Aku boleh melihat jodoh seseorang sejak dari kecil.
Waktu aku kecil dulu, aku hairan melihat benang merah yang terikat di jari kelingking setiap orang.
Waktu aku kecil dulu juga, aku tinggal di Jepun dan mengikut kepercayaan orang Jepun ia di panggil benang merah pengikat jodoh.
Tapi di bandar raya Tokyo terlalu ramai orang sampai aku sendiri pening! Selalu begitu bila nak pergi sekolah. "Wahh, ramainya orang Kaede!" Kataku. Mataku sudah berpusing-pusing. "Sabar Sulyeon! Kita dah nak sampai!" Biarpun begitu, aku takkan sangkut kalau aku melintasi benang tersebut dan Kaede tahu pasal kuasa aku.
Semuanya berlarutan sehingga aku habis sekolah menegah tinggi di Jepun dan aku pun kembali ke Korea.
Tapi hanya satu sahaja yang aku hairan.
Bila aku lihat jariku,
Tiada satu pun benang merah yang terikat.
Aku tak berjodoh ke?
Atau jodohku belum datang?
Jadi aku sentiasa menunggu ia datang...
...dan aku sentiasa akan mencarinya.
-Coretan Kang Sulyeon, February 14
YOU ARE READING
red string quest | pjm
Fanfiction〔🌸〕"Aku boleh melihat jodoh seseorang dari kecil" "Dengan hanya melihat jari kelingking mereka diikat dengan benang merah yg berkilau." "Hanya aku sahaja boleh melihatnya.." "...namun apabila aku melihat kearah jari aku..." "...tiada satu pun benan...