"Hei! Kita jumpa lagi!" Mataku dan Kaede memandang tepat kearahnya. Mulut Kaede mengukirikan senyuman manakala aku hanya terkedu.
"Ah! Jimin!"
Kenapa?! Kenapa mamat ni ada kat sini pula? Jap, kenapa aku gelabah sangat ni?
"Ermm... Pergi rehat?"
"Yup!"
Jimin tersenyum kearah kami berdua dan seseorang melaung namanya dari belakang. Dia menoleh. "Chim! Cepatlah! Kau buat apa tu?!" Pekik seorang lelaki tinggi kearahnya. "Okay! Seok!" Dia memandang kearah kami dan meminta diri untuk pergi.
Aku hanya melihat dia dari belakang. Tiba-tiba ada dalam 2 orang gadis berjalan bersama mereka bertujuh. Kawan? Girlfriend? Apa aku kesah.
Jimin memandang dengan penuh minat kearah seorang gadis berambut pendek yang bersebelah dengan Seok. Dia yang panggil lelaki tu Seok, aku pun Seoklah. Jimin mungkin crush pada gadis itu? Tapi dia macam tak berjodoh atau berjodoh? Ah peningnya fikir jodoh orang.
Sebelum bergerak pergi aku sempat menjeling kearah jari kelingking gadis itu yang sudah mempunyai benang yang terikat dan bersambung dengan...
... Seok.
Aku menoleh memandang kehadapan, bergerak bersama Kaede, Sooryun dan kawan baik Sooryun, Namyung. Seorang lelaki.
Tiba-tiba rasa simpati muncul dalam diriku. Rasa kasihan pada Jimin. Aku pun tak tahu kenapa.
"Sooryun, Namyung! Pergi beli ramen. Kita makan kat kawasan padang rumput ni depan Sungai Han!" Pesan Kaede pada mereka berdua. Manakala aku pula khusyuk membaca buku tebal dan menulis beberapa perkataan di buku notaku.
"Kenapa tak pesan ayam goreng je?" Namyung menyoal Kaede.
"Aku takda duit. Hoho!" Sempat pula dia ketawa seperti ibu Suneo di situ. Namyung dan Sooryun pun pergi dengan menggunakan motto "kerana lapar, aku di paska dan aku relakan jiwa" panjangnya motto kau bang.
"Jangan lupa ambil chopstick" pesanku pada mereka berdua tanpa memandang kearah mereka berdua. Mataku lebih tertumpu pada buku di depanku.
15 minit kemudian
"Okay, kita makan perlahan-lahan. Tiup dulu. Panas tu" balas Namyung sambil tergaru-garu kepala bersama Sooryun. "Okay" Kaede hanya tersenyum kecil dengan wajah gelisah.
Aku memandang kearah ramenku dengan dahi berkerut. Kepalaku dinaikkan dan aku pun memandang satu persatu manusia di situ. Tanganku mencapai ramen cup aku lalu menghirup sup serta meenya sekali.
Slurrp!
Glup!
Setelah kunyah dan telan, aku melihat mereka lagi.
"Aku dah pesan jangan lupa ambil chopstick!💢" marahku pada mereka. Terkejut mereka bertiga. Namyung sudah bersujud depanku. "Sorry! Aku lupa!" Kaede dan Sooryun hanya mampu tergelak sahaja.
"Sulyeon! Mana kau dapat buka sejarah Sastera Jepun tu?" Soal Kaede. Aku melihat buku teks itu memandang mereka bertiga. "Dari Akak Gengster kat library tu..."
"Hhhaaahhh!!" Terkejut mereka bertiga. Aku sudah buat muka pelik kearah mereka. "He-hebatnya"
"Lepas ni nak pinjam buku secara lama kena suruh Sulyeonlah ya..." Kata-kata Namyung sambil tersengih kearahku membuatkan aku bengang. "Kau tau tak! Penat aku berdebat seorang diri dengan akak tu sebab sebuah buku! Kau ingat senang-senang je?! Dia tu tak reti nak mengalah tul!" Marahku membuatkan mereka tergelak.
Kenapa lelaki yang aku jumpa kelmarin tiada benang merah yang terikat di jarinya?
Adakah dia juga sepertiku?
Kemana jodohnya?
Dan kemana jodohku?
Park Jimin, kenapa kita bertemu?
Kenapa aku sedih melihat dirimu?
Apa maksud semua ini?
-Coretan Kang Sulyeon, February 28
TBC~
YOU ARE READING
red string quest | pjm
Fanfiction〔🌸〕"Aku boleh melihat jodoh seseorang dari kecil" "Dengan hanya melihat jari kelingking mereka diikat dengan benang merah yg berkilau." "Hanya aku sahaja boleh melihatnya.." "...namun apabila aku melihat kearah jari aku..." "...tiada satu pun benan...