"Perempuan mana pulak ni?" hairan Jimin pada kawan-kawannya. Seorang lelaki menggarukan kepalanya lalu memandang ke arah Jimin semula.
"Yang kau dok keluar kelmarin haritulah..." Ujar salah seorang daripada mereka. Jimin mengerutkan dahi dan berfikir senjenak. Lama selepas itu dia tersedar.
"Ah, dia Kang Sulyeon. Aku kenal dia masa korang suruh aku pergi beli air dekat mesin minuman. Time tu ada kawan dia sekali nama Kayano Kaede" balas Jimin panjang lebar pada mereka. "Boleh tahan aku tengok dia. Baik tak?" Soal Namjoon pada Jimin.
"Okay. Dia baik. Tapi masalah kalau kau bawa dia ke kedai buku. Dia tak nak keluar langsung kalau dia dah masuk situ!" Balas Jimin sambil menggeleng. Mereka berlima hanya ketawa sahaja.
"Dia ngan kawan dia jurusan Kesussasteraan Bahasa Jepun" balas Jimin lagi.
Dia memandang kawannya. "Kenapa tanya?" "Takdalah, cuma kawan kita yang sorang ni berkenan kat Sulyeon tu" kata Namjoon sambil menolak Taehyung ke depan. Taehyung pula tergaru-garu kepala sahaja.
Jimin tersengih. "Dia cukup baik. Btw, mana Hoseok?" Soal Jimin sambil memerhatikan sekeliling bilik"
"Dia keluar dengan Ryujin. Katanya ada hal tapi aku rasa macam dia keluar date huhu~ Hoseok dah pandai berahsia~" balas Yoongi yang duduk disitu.
Jimin hanya tertunduk. Sakit hati? Adalah sedikit. Jeles tu banyak.
"Jom keluar ke kampus" balas Seokjin dan mula berdiri diikut orang lain.
Setelah mereka keluar untuk ke kawasan luar kampus, mata mereka mengerling pada tiga orang gadis yang sedang berkumpul dan melihat sesuatu di dalam kotak. Kaki mereka melangkah ke arah mereka.
Yoongi paling cepat since kaki dia pendek. Dia menjenguk di dalam kotak tersebut. Tiga orang gadis itu melihat pelik kearah Yoongi. "Wah! Kucing! Hitam swag!" Ergh. Kawan²nya hanya menggeleng melihat telatah Yoongi.
"Hai" sapa mereka berenam pada tiga orang itu. Mereka membalas. "Jimin!" Jimin menoleh kearah Kaede. Aku disini hanya mengusap-usap kucing tanpa mengira hal orang lain. Wah, I like.
"Hai Kaede" balas Jimin. Setelah itu sesi perkenalan mula berlaku.
"Aku nak nama kucing ni Swag"
"Tak, aku dah letak nama dia Kuro! Kuro! Nama omma dia Kuro!"
Aku dan lelaki bernama Yoongi ini bertikam lidah tentang nama kucing hitam ini. "Baiklah. Nama omma dia Kuro tapi nama anak 4 ekor ni. Aku cabar kau letak nama 4 ekor ini dengan stagename aku" cabar lelaki itu. Ini yang aku tak suka. Di cabar.
"Apa stagename kau?"
"Suga!"
Ah ini mudah.
Aku tersenyum. "Kau boleh buat ke Sulyeon?" Soal Jimin dan Kaede padaku. "Kalau aku tak berjaya buat apa aku patut lakukan pada kau?" Soalku. Yoongi tersengih kejam. Apasal dia tu. "Kalau kat tak berjaya...
... One-night stand dengan aku"
ZHHAANGGG!!!
Ternganga aku. BUKAN AKU SAHAJA! SOORYUN DENGAN KAEDE PUN! "KAU SAPA NAK ONE NIGHT STAND NGAN KAWAN AKU HAHH??!!"
Kaede sudah menjerit marah. "Tak logik langsung!" Kali ini Sooryun pula. "Sabar² usah risau. Aku takkan one-night stand dengan dia." Ujarku bersemangat. Aku takkan biarkan segala mak nenek sexual-sexual ni berlaku! SERAMLAH BABI!
Yoongi tersengih. "Jadi mulakan" aku pandang dia dengan pandangan selamba. Jari telunjukku menunjukkan pada anak kucing bawah jagaan Kuro.
"Yang ni Kasuga,"
"ini Sugano,"
"ni pula Sugawara"
"Last adalah Sugar~~"
Mataku merenung tajam kearahnya dan tersenyum senget. Entah kenapa aura jahat aku datang. Kaede dan Sooryun mengurut dada. "Fuh, nasib baik" ujar mereka berdua.
"So, tiadalah one-night stand" ujarku selamba padanya sambil menyilangkan tanganku di dada. Suga ternganga bersama kawannya. "Wah Daebak" teruja Namjoon. "Entah kenapa aku pun rasa lega bila benda alah ni tak berlaku" kata seorang lelaki. Tak silap aku namanya Jungkook.
"Jom makan. Laparlah" semua mata memandang kearah Kaede. "Oh!" Jimin mengeluarkan sekeping kertas iklan dari poket belakang seluarnya. "Mari makan kat kedai ayam goreng ni!" Katanya sambil menayangkan kertas iklan itu.
Aku menggeleng. "Dia promote kedai ayam goreng tu pulak" ujarku. Dia tersengih. "Tak salahkan?"
Dan kami pun pergi kekedai ayam goreng yang Jimin selalu promote itu.
TBC~~~
Happy birthday namjoonie! 🎆🎉🎊🎏🎇
YOU ARE READING
red string quest | pjm
Fanfiction〔🌸〕"Aku boleh melihat jodoh seseorang dari kecil" "Dengan hanya melihat jari kelingking mereka diikat dengan benang merah yg berkilau." "Hanya aku sahaja boleh melihatnya.." "...namun apabila aku melihat kearah jari aku..." "...tiada satu pun benan...