Aku melihat dalam biliknya. Wah, kemasnya bilik dia! Barang tersusun elok, sampah tak ada baju di lipat dan-
"Erk" okay, aku tarik balik segala pujian yang aku lemparkan pada dirinya setelah melihat depan pintu bilik air penuh dengan baju busuk bersepah atas lantai. Teruk jugak perangai dia. Jimin yang sedang membelek phone sebentar tadi memandang diriku yang sedang melangut depan dia. "Ya kenapa?" Soalnya.
Daripada pemerhatian aku, dia baru habis mandi sebab rambut dia basah lagi. "Erm Jimin, ada buku ke, manga ke yang best-best untuk di baca?" Soalku. Lelaki, majoritynya akan menyimpan koleksi majalah sukan atau manga di bilik mereka. Mereka tidak berminat akan buku yang tiada gambar. Itulah dari apa yang aku perhatikan.
"Oh ada! Kau check rak tepi meja belajar aku tu." Katanya dan aku tersenyum. "Thanks" kakiku melangkah kearah rak bukunya dan mencari mana-mana manga yang syok dibaca" Banyak juga manga shoujo dia" aku berkata sambil membelek manganya. Setelah jumpa aku terus mengambilnya.
Namun mataku tertangkap pada sesuatu yang pelik di belakang buku-buku manganya yang tersusun di rak itu. Aku melihat dirinya sebelum menarik keluar beberapa komik dan mengambil majalah di belakang itu.
"Majalah apa ni Jim- eugh!" Agak terkejut aku melihat cover depan majalah tersebut. Mata Jimin yang asalnya memandang phone terus melihat kearahku. "Apa? Huh?"
Dan out of the blue~
"WAAARRGGGHHH!!! MANA KAU DAPAT TU??!!" Majalah itu dirampas terus dari tanganku olehnya. Dipeluk kemas dengan muka yang merah padam.
Aku terkedu. "Jimin, kau-"
"DAH MATANG"
Ujarku padanya dengan wajah terkedu. Nak tahu itu majalah apa? Huhu,
ITU ADALAH MAJALAH PLAYBOY YANG BERUNSURKAN 18+ DAN SEMEMANGNYA MEN'S MAGAZINE DAN KEBANYAKKAN TELAH DI SEKAT OLEH KERAJAAN KOREA.
Dia memandang aku. "Tolong jangan kasi tau mak aku!" Katanya dan aku angguk. "Ak-aku tak bagitahu tapi erm-" mulutku di tekup sebentar dan mataku memandang kearah lain. Mukaku juga memerah. KAU TAHU TAK APA ITU MALU TENGOK COVER MAJALAH TU?!
"Dari mana kau dapat majalah tu?"
Aku melihatnya. Dia juga melihat kearahku. Muka kami berdua merah.
"Beli online ngan pinjam"
"Pasaran gelap?"
"Kau biar betul? macam mana aku nak masuk pasaran gelap? Web biasalah"
"Pinjam?"
"Namjoon"
"Ouh"
Kami tak dapat bercakap seperti biasa. Haih, janggalnya rasa. "Kau janji ngan aku kau takkan kasi tau mak aku?" Ujarnya. Aku angguk. Semasa aku berundur untuk keluar dari biliknya, kakiku tersadung satu kotak besar yang berada di lantai biliknya.
Tidak semena-menanya lidahku menghasilkan satu jeritan nyaring dan aku jatuh tersadung depan Jimin. WAH! MALU GILA! AKU JATUH MACAM NANGKA BUSUK DOH!
Terus aku bangun dan melihat lantainya. Oh. Tuhan.
"WAHHH!!! MAJALAH AKU SIMPAN! YANG NI NANJOON PUNYA! INI PULA HOSEOK PUNYA! AH! YOONGI NGAN SEOKJIN PUNYA AKU LUPA HANTAR LA PULAK! AH INI JUNGKOOK NAK PINJAM NANTI! MANA BOLEH ROSAK! AH TAEHYUNG PUNYA YANG LIMITED EDITION!" Aku hanya mampu memandang Jimin yang kalut menyimpan semula majalah Playboy hak miliknya dan kawan²nya ke dalam kotak yang aku tersadung tadi.
"Jimin, Sulyeon, apa korang buat sampai menjerit tu?" Suara omma Jimin mengejutkan kami berdua. Jimin memandang aku "tolong aku kemas!"
Aku mengeluh dan menolong dia kemas. Aku yang tersepak tadi, takkan nak buat kelam pulak. Setelah selesai, kami menyimpan di bawah katil. Omma Jimin melihat kami lalu menanyakan soalan tadi dan aku menjawab yang aku jatuh dan tak sengaja terjerit.
Dengan melihat wajah kami yang innocent, omma Jimin menutup pintu dan pergi. Kami melepaskan rasa lega.
Dan aku pula mengorak langkah untuk keluar dari bilik Jimin. Aku tak mahu terjumpa benda pelik-pelik lagi dalam bilik Jimin.
EXTRA PART!
HARI PERSAHABATAN BANGTAN YG KE-2 TAHUN
"Baiklah kita dah dua tahun berkawan dan ini adalah acara kemuncaknya" ujar Namjoon dalam bilik tarian.
"Bahagian memberi hadiah! Mari duduk rapat² dalam bulatan!" Taehyung menjerit memanggil kawannya dan mereka duduk dalam satu bulatan.
"Satu dua mula!" Hadiah sudah bertukar tangan. Berpusing. Memastikan hadiah yang hak milik kita sudah menjadi milik orang lain.
"Berhenti" ujar Yoongi. Mereka menghentikan memusingkan hadiah.
"Weh aku dapat yang Namjoon doh" kata Taehyung sambil menunjukkan hadiahnya. "Jom buka hadiah kita" Jungkook mula mengoyakkan kertas balutan hadiah itu termasuk orang lain.
"Wait, kita semua dapat majalah-" Kata² Seokjin terhenti lalu ketawa perlahan termasuk semua orang.
"Kita memang tahu taste kawan kita" ujar Yoongi.
"Kejap. Semua orang hadiah majalah Playboy ke?" Jimin menyoal dan mendapat anggukkan kawannya. Dia tersengih bersama kawannya.
"Hehehehe" malahan ketawa bersama-sama.
TBC~
Lelaki~ -_-||
YOU ARE READING
red string quest | pjm
Fanfiction〔🌸〕"Aku boleh melihat jodoh seseorang dari kecil" "Dengan hanya melihat jari kelingking mereka diikat dengan benang merah yg berkilau." "Hanya aku sahaja boleh melihatnya.." "...namun apabila aku melihat kearah jari aku..." "...tiada satu pun benan...