"Kau ada crush kat seseorang tak Sulyeon?" Soalnya pada diriku dan aku menoleh melihatnya.
"Ermm... Tak" jawabku jujur. Aku memang tak crush pada sesiapa pun. Sebab aku masih cuba fikir tentang jodohku. Tapi difikirkan kembali tanpa usaha macam mana kita ada jodohkan? Mataku mula melihat duniaku yang penuh dengan benang merah pengikat jodoh.
Lalu mataku melihat jarinya. Masih tiada.
"Aku crush kat seseorang. Dia sangat rapat dengan aku dan Hoseok"
"Hoseok tu Seok ke?" Soalku. Dia angguk. "Perempuan tu Shin Ryujin. Kau tahu yang rambut pendek tu"
"Ya, ya. Dia sangat cantik" pujiku sambil meneguk air teh hijauku. Kalau nak di bandingkan dengan aku apalah aku ada. Muka tak cantik manapun, tak pandai bergaul, orang ingat sombong. Dia cantik, pandai bergaul malahan dia cup C , aku cup A. AH! Bodoh! Kan aku dah mula, semua ni salah Kaede sebab dia forever flat!
(Kaede di rumah tersedak nestum)
"Tapi aku selalu tengok dia bersama dengan Hoseok. Mesra" ujarnya kedengaran sedikit suram di situ. Langit mula bertukar menjadi gelap.
"Aku ada pelung ke nak luahkan perasaan aku padanya?" Soal Jimin pada diri sendiri. Raut wajahku bertukar menjadi sedih. Aku terasa simpati pada Jimin.
Sudahlah dia tiada benang merah yang terikat di jarinya. Ah! Sedihnya aku pada dirinya!
Tik! Tik! Tik!
Mulanya rintik sahaja namun semua berlaku dengan cepat.
Fhommm!!
Klak!
Jimin yang menyangka dirinya akan bermandi hujan ternyata silap. Matanya tak berkedip memandang aku.
"Kalau kau tak berusaha kau takkan dapat hasil. Jadi kau perlu bersungguh-sungguh untuk dapatkan hatinya baru kau akan dapat hasilnya" nasihatku sambil tangan kananku memegang payung yang baru aku buka dan mataku tidak langsung memandang mukanya.
Nasib aku sediakan payung yang kecil dapat muatkan dalam beg aku ini. "Gomawo sebab berikan kata-kata semangat. Oh, dan payung tu" kepalaku menoleh memandang mukanya dan tersenyum manis. Aku akan cuba jadi perlindung kau bila kau perlukan,
...Jimin.
"Bak sini payung tu. Kau pendek nanti aku tak masuk dalam payung" ujarnya dan aku terus memberikan payung itu padanya. Aku tak terasa kalau dia panggil aku pendek. Sebab aku dengan lelaki, aku memang pendek. Tapi bila dengan perempuan aku tinggi~
Aku dan Jimin mula berjalan keluar dari taman tema itu. "Rumah kau kat mana Jimin?" "Kat kawasan ni sahaja." Balasnya. Kami mengambil teksi untuk kembali ke pusat bandar. Setelah turun dari teksi aku berjalan bersama payungku untuk ke train dan dia pulang ke rumah.
"Saya dah pulang" ujaru pada penghuni rumah tersebut. Kaede berlari-lari ke depan dan menyambutku. Seperti biasa, dia akan menyuruhku menceritakan apa yang berlaku dan aku pun ceritakan padanya.
"Kenapa korang suka sangat pergi kat sungai han mcm ni?" Soal Namyung pada kami bertiga. Kami bertiga yang sedang terbaring diatas padang rumput itu hanya memerhatikan dirinya.
"Dah tak tahu nak kemana. Kami dah tak ada kelas lepasni" ujar kami serentak. Bini pensyarah kami nak bersalin so kami boleh melepak mana-manalah. #pontengygberjaya
Namyung menggeleng. "Aku ada kelas lepas ni. Aku balik dulu"
"Okay bye"
Ujar kami pada dirinya.
Di bilik tarian
"Chim!" Semua orang menyapa Jimin yang sedang duduk meminum air. Dahaga. "Ya?" Soalnya memandang kawan²nya. Mereka tengok sesama sendiri sebelum mengangguk.
"Siapa peremuan bertuah yang kau selalu keluar tu?" Soal mereka pada Jimin yang tiba-tiba terkedu. Bertuah?
TBC~
Author Nao is cambek!~
YOU ARE READING
red string quest | pjm
Fanfiction〔🌸〕"Aku boleh melihat jodoh seseorang dari kecil" "Dengan hanya melihat jari kelingking mereka diikat dengan benang merah yg berkilau." "Hanya aku sahaja boleh melihatnya.." "...namun apabila aku melihat kearah jari aku..." "...tiada satu pun benan...