Kring~
Aku keluar dari kedai serbaneka bersama seplastik makanan kucing. Harganya murah sahaja jadi aku beli untuk diberikan pada kucing liar kat kawasan perumahan yang berdekatan dengan train.
Setelah aku sampai, aku metelakkan plastik itu di atas jalan dan setin makanan kucing aku keluarkan. Mataku sudah tajam memandang kearah beberapa ekor kucing yang sudah teragak-agak untuk datang kearahku.
"Mari, Nyaa~" panggilku dan mereka pun datang kearahku. Aku tersenyum sambil memberikan makanan itu pada mereka. Di gosok setiap seekor kucing di situ.
Tanpa aku sedar,
Seseorang memerhatikan aku. Aku dapat rasakan aura itu setelah aku bangun untuk pulang. Kaede sudah pulang, aku ja belum lagi.
Aku bergerak kearah pusat bandar. Mataku yang asalnya terpejam, aku buka dan angkat kepalaku melihat dunia ini.
Duniaku yang penuh dengan benang merah pengikat jodoh. Merata tempat.
Ting!
Aku melihat alat pejalan kaki yang sudah menunjukkan warna hijau. Aku bersama penduduk disitu melintasi jalan bersama dengan penuh sesak.
"Mari! Promosi 45%! Kedai Ayam Goreng Daejoon! Jangan lepaskan!"
Aku meneruskan perjalanku dengan penuh bersesak itu tanpa mempedulikan orang lain. "Mari! Promosi!" dan ahli neraka itu masih lagi terjerit-jerit memanggil pelanggannya. Suka hati kau panggil orang tu ahli neraka. Habis kau tu dah sah ahli syurga ke?
Aku menasihati diriku.
Secara tak sengaja, aku terlanggar dirinya dan kami berdua jatuh diatas jalan dan dilihat oleh masyarakat sekeliling. Tapi aku menjadi gelabah disitu. Sebab bukan jatuh sahaja namun...
"Apa masalah kau! Dah langgar aku! Pukul kepala aku pula tu?!"
Tadi aku dapat rasakan yang tanganku melayang terkena kepala seseorang tapi aku tak tahu kepala siapakah yang menjadi mangsa itu. Mungkin dia ini.
"Errmm... Mianhae! Gomenasai! Pergi dulu!" Aku cuba lari dari situasi meresahkan itu. Aku ni tak pandai untuk bergaul dengan orang luar. Aku akan jadi cepat gelabah bila bercakap dengan orang yang tidak di kenali.
Aku merempuh keluar dari kawasan itu dan berlari. "Yah!" Apabila aku toleh kebelakang, "omo!" Dia mengejar langkahku. Aku mempercepatkan lagi larianku.
"Oh Tuhan!" Aku berlari dan memasuki satu lorong kecil yang membahagi dengan gerabak train. Setelah aku melepasi dia pun berjaya melepasi. Aku masih lagi berlari di tepi gerabak keretapi itu dan dia masih berusaha mengejar.
Aku melompat melepasi satu batu besar yang menghalang laluan aku. "Assa!" Jeritku kegembiraan. Walaubagaimanapun, lelaki itu setia mengejar diriku.
Akhirnya aku sampai di platform train dan dia juga mengikutiku. Turun naik nafas kami berdua akibat keletihan. "Haa... Haa... Yah." Panggilnya. Aku melihat dirinya.
"Aku dah minta maafkan" balasku pada dirinya. "Memanglah tapi aku rasa kurang berpuas hati dengan semua tu"
"Habis kau nak aku buat apa?"
"Esok Sabtu, teman aku jom. Jangan kau complain" katanya.
Eh?
EEEEHHHH??!!!!
"KE-KENAPA AKU?!"
"Aku dah kata kau tak boleh complain"
Dia hendak berlalu pergi namun sebelum itu dia berhenti dan menoleh ke belakang. "Oyasumi nasai,..
...Sulyeon"
Balasnya. Jap, celah mana Jimin tahu nama aku?! Aku rasa macam ada aku bagitau namaku padanya tapi tak ingat. Oh, lupa nak kasi tau, Jimin yang kejar aku tadi. Setelah itu train sampai dan aku pun terkedu sampai balik rumah.
Esok keluar?
Esok keluar dengan Jimin?!
Oh tuhan...
TBC~
Buat masa ni author masih lagi active. Tunggu lepas cuti nanti huhuhuhu (╥_╥)
YOU ARE READING
red string quest | pjm
Fanfiction〔🌸〕"Aku boleh melihat jodoh seseorang dari kecil" "Dengan hanya melihat jari kelingking mereka diikat dengan benang merah yg berkilau." "Hanya aku sahaja boleh melihatnya.." "...namun apabila aku melihat kearah jari aku..." "...tiada satu pun benan...