Bam!
Aku menutup diary aku lalu membuka penutup ramen yang aku masak. Tepat-tepat 3 minit. "Itadakimasu" ujarku. Aku mula mematahkan chopstick dan mula memakan ramenku. Hmm... Aku dah selalu makan makanan Jepun dan rasa Korea dengan Jepun memang berbeza.
Sedang aku menghirup sup di dalam mangkukku, satu laungan menerjah masuk telingaku. Mataku mengerling melihat kearah itu.
"Yah! Pencuri!" Suara perempuan itu sungguh lantang. "Aduh sakit telinga aku" rungutku dan menggosok telingaku. Aku melihat dia mengejar pencuri itu dan memukulnya dengan batang penyapu. Ganasnya mak...
"Uhm?" Kali ini mataku mengerling pula pada satu benang panjang yang terikat di jari kelingking mereka berdua. Sebenarnya pencuri itu budak sekolah menengah je.
Mataku tertutup dan secara senyap aku tersenyum.
"Mereka ada jodoh"
"One two three" kaki mereka bertujuh menghentak keatas lantai dan beberapa pergerakan yang cantik mula di lakukan. Setelah muzik tamat, semua orang berhenti dengan nafas yang turun naik.
"Wah! Letihnya!" Jerit seorang lelaki yg berbahu lebar. "Seok, okay tak tarian aku tadi?" Soal seorang lelaki tinggi lampai pada lelaki yang di panggil Seok itu. "Okay, makin baik!" Kata Seok dengan semangat. Tak lupa juga ibu jari di naikkan sebagai tanda bagus.
"Chim-ahh, pergi beli air kat luar uni jap" seorang lelaki menoleh memandang kearah lelaki yang menyuruhnya membeli air. "Amboi kau"
"Please Chim, kami bayar"
"Okay then"
Katanya dan mula berdiri lalu menapak keluar dari bilik tarian. "Semua perisa yang sama ya. Jangan kau complain" warning Chim sambil jari telunjukkan menunjukkan satu persatu membernya. "Okaylah"
Lalu dia keluar ke arah mesin air di luar bangunan block A tempat yang berdekatan dengan cafeteria.
"Kau okay Kaede? Perlukan bantuan?" Soalku pada Kaede yang sudah menirap di atas jalan depan mesin minuman sambil tangannya terjulur masuk ke bawah mesin itu.
"Tak, tak perlu. Errgghh.." Tolaknya dan dahiku sudah berkerut melihat dirinya itu. Sudahlah semua orang yang lalu dekat situ pandang pelik kearah kami. Aku hanya mampu tertawa sambil garu kepala sahaja apabila orang bertanya tentang apa yang Kaede cuba lakukan.
"Dah 15 minit kita kat sini Kaede"
"Kejap! Apahal jauh sangat!"
"Ermm maaf, perlukan bantuan?"
Aku dan Kaede menoleh melihat kearah suara garau milik seorang jejaka yang berada di belakang kami itu.
Dan benda kedua yang aku lihat adalah jari kelingkingnya.
Mataku terbelik takala melihat jarinya itu.
"Bi- biar betul"
TBC~
Hello! Long time no see you alls~
YOU ARE READING
red string quest | pjm
Fanfiction〔🌸〕"Aku boleh melihat jodoh seseorang dari kecil" "Dengan hanya melihat jari kelingking mereka diikat dengan benang merah yg berkilau." "Hanya aku sahaja boleh melihatnya.." "...namun apabila aku melihat kearah jari aku..." "...tiada satu pun benan...