Jimin tersenyum sepanjang masa ketika aku menghantarnya pulang ke wad.
Dan ketika itu juga kawan kami tiba. Mataku membulat memandang kearah Kaede yang berlari ke arahku.
"KANG SULYEON!! AKU RINDU KAU!!!"
BAK!
Dia terus merangkul leherku. Sooryun juga tidak melepaskan peluang untuk peluk aku. Aku membalas pelukkan mereka. "Aku okay, usah risau..." ujarku dan mengusap belakang mereka. Tiba-tiba sahaja mataku memandang kearah kawan-kawan Jimin. Aku sedar Jimin memandang sesuatu.
Benang merah di jari Hoseok dan Ryujin.
"Geum Ryuse! Kamu nak kemana tu!" Tiba-tiba sahaja aku terdengar jeritan seorang makcik. Aku menoleh dan terlihat seorang budak lelaki berjersey baseball berlari ke arahku.
"Hati-hati!" Badanku di peluk seseorang dan membawaku ke tepi dinding. Lelaki bernama Ryuse itu melihat kearah aku sebelum tunduk.
"Mianhaemida!" Ujarnya lantang. Badanku yang di peluk sudah di lepaskan. Aku melihat gerangan itu.
"Oh! Kamsahamida, Taehyung" ujarku padanya. Taehyung melihat sebelum tuduk dan mengatakan terima kasih.
Jimin melihat kami. Aku terpandang dia dan dia menjeling aku dengan mata yang tajam. Aku hairan. Kenapakah?
"Ah, Jimin nak epal?"
"Tak perlu"
"Oh, erm nak apa-apa, aku boleh ambilkan..."
"Tak payah"
Aku hairan. Setelah kawan kami pulang, aku saja melepak di wad Jimin tapi entah kenapa dia berperangai begini denganku. Rasanya tadi okay je. Dia pula hanya membaca buku tanpa memandangku. Act bukan buku, tapi webtoon. Bertajuk Killing Stalking dan Tong. 2 jenis.
Aku yang terpandang dia membaca Killing Stalking terus menjauhkan diri. "Ap-Apa benda kau baca tu??!!" Dia melihat diriku. "Yaoi, kunyit. Kenapa?" Soalnya. Aku pula hanya terkedu disitu. Ergh, Jimin baca benda pelik. (Sebenarnya author pun pernah baca Killing Stalking sbb jalan cerita dia menarik. Cuma genre dia kurang menyenangkan)
Aku setelah itu meminta diri untuk pulang ke wadku daripada Jimin dan setelah itu aku keluar dari wadnya.
Setelah 2 minggu setengah, aku di benarkan keluar wad. Ahli keluargaku ada semasa aku sakit, termasuk keluarga Jimin. Tapi aku dan dia tetap perlu pergi hospital untuk melihat tahap kesihatan kami.
"Sulyeon, jom makan kat The Chekens!" Ajak Kaede pada waktu tamat kelas namun aku tolak. "Aku kena pergi hospital kejap korang pergilah" ujarku. Dia akur lalu aku pergi ke hospital seorang diri.
Masuk sahaja bas, aku menggunakan kad pelajarku untuk membayar tambang bas. (Kad tambang bas khas untuk pelajar)
Masuk sahaja tiba-tiba seseorang duduk di sebelahku. Ternyata orang itu Jimin. Patutlah ada beberapa orang tolong dia naik bas tadi. Dia memandangku lalu tersenyum lalu meletakkan topang kakinya di sebelah. Aku membalas senyumannya dan bas pun bergerak.
Aku dan Jimin tunggu di kerusi untuk menunggu panggilan. "Kang Sulyeon" aku bangun dari kerusi dan pergi ke bilik doktor. Apabila aku menoleh melihat Jimin, dia memandang aku sebelum menjerit. "Sulyeon! Tunggu aku tau, kita balik sama-sama!"
Aku membuka mulut. "Ah Nae!" Aku terfikir. Kaki Jimin patah, macam mana dia boleh berjalan hanya dengan menggunakan topang kaki? Penat tau guna topang kaki.
Doktor keluar dari bilik penyimpan data pesakit dan melihat diriku yang berada di depannya. "Ermm... Kamu ada rasa sakit lagi?" Soalnya. Aku geleng.
"Luka dah sembuh?"
"Bahagian tangan yang terseliuh sikit ni masih luka sikit. Ah, dan kadang-kadang kepala saya sakit"
Doktor itu berfikir senjenak. "Cuma satu sahaja perkara yang perlu kamu elakkan..."
"... Jangan biarkan kepala kamu terhantuk walaupun sedikit..." Mataku membesar melihat doktor Heong. "Ke-kenapa? Apa masalahnya?"
"Ketika kemalang itu, badan kamu terpelanting lalu jatuh terhempap dengan kuat di atas jalan dan menyebabkan gegaran yang kuat dan drastik berlaku pada bahagian otak kamu. Jika kepala kamu terhantuk sedikit kamu berkemungkinan akan hilang beberapa ingatan kamu dan menyebabkan pengsan..."
Aku terpaku. Hilang ingatan? "Apa-apa pun kamu sihat. Baiklah appointment kita pula lepas ini pada 3 minggu akan datang hari Rabu ya..." Ujar doktor Heong dan menghulurkan kad appointment pada diriku. Aku mengucapkan terima kasih sebelum pergi dari situ.
TBC~
When author suka melukis~~
BTW! NAMA KEDAI AYAM GOREANG TU ADA SEORANG READERS YG MEMBERI NAMA, MAAFKAN PATIK TUANKU, PATIK LUPA USERNAME TUANKU UNTUK TAG 😂😂😂
YOU ARE READING
red string quest | pjm
Fanfiction〔🌸〕"Aku boleh melihat jodoh seseorang dari kecil" "Dengan hanya melihat jari kelingking mereka diikat dengan benang merah yg berkilau." "Hanya aku sahaja boleh melihatnya.." "...namun apabila aku melihat kearah jari aku..." "...tiada satu pun benan...