PART 1

2.1K 70 0
                                    

MINGGU Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kali ni menghimpunkan variasi jenama tempatan juga antarabangsa bagi koleksi Ready-to-Wear di mana temanya lebih tertumpu kepada pengaruh warna dan bermotifkan flora. Rekaan pakaian yang begitu sesuai dipakai harian.

Acara ini adalah acara yang paling dinanti oleh para pereka fesyen dan jutaan fesyenista Malaysia pada saban tahun. Peminat dan pemain industri fesyen tempatan, termasuk selebriti yang hadir di Centre Court Pavillion ini lain tidak bukan hanya ingin menunjukkan sokongan terhadap dunia fesyen serta pereka kesayangan masing-masing.

Oleh itu, pelbagai gaya OOTD (Oufit of the Day) yang digayakan oleh mereka dapat diihat sekali gus menyumbang sedikit ilham buat sesiapa saja, terutama pereka-pereka pakaian yang turut hadir di acara ini.

Sebenarnya hari ini merupakan hari terakhir setelah empat hari berlangsungnya minggu fesyen ini. Dan kesian... Kerana baru hari ni aku berkesempatan untuk ke sini.

Jadi bila dah menjadi tetamu undangan untuk runway berprestij seperti ini, haruslah aku pun tidak melepaskan peluang untuk tampil bergaya. Namun, secara ringkas, santai serta mix and match saja.

Memandangkan keselesaan serta melindungi aurat itu lebih menjadi keutamaanku, celana dan blaus putih tanpa lengan aku gandingkan bersama kot labuh berwarna dusty pink. Biar senada dengan sepatu tinggi lima inci di kaki.

Oh ya... Tidak lupa, sama warna juga dengan hijab di kepala.

Lima belas minit berlalu. Setelah tamat dua buah lagu dinyanyikan oleh penyanyi jemputan dan kata aluan daripada pengacara, seorang demi seorang pereka tampil mempamerkan hasil rekaan masing-masing.

Daripada apa yang aku tahu, hari ini sebanyak dua puluh orang pereka ternama dari dalam dan luar negara akan mempersembahkan koleksi Ready-to-Wear mereka. Salah seorangnya amat aku nanti-nantikan.

HAI'DAR.

Setelah selesai lapan orang pereka menampilkan rekaan mereka, akhirnya jenama itu muncul juga di dalam visual skrin putih yang terdapat di kiri dan kanan pentas peragaan.

Senyum di bibirku terus lebar sehabis mungkin. Ikut rasa hati, macam nak aje aku bangkit bersorak. Tapi, memikirkan ini bukan konsert atau majlis penerimaan anugerah, aku duduk diam-diam dan penuh sopan saja seperti tetamu yang lain.

Hai'Dar adalah jenama yang diambil sempena nama pereka itu sendiri. Yakni, Tengku Haidar.

Ya, Tengku Haidar. Dia la orang yang paling aku nanti-nantikan itu. Seorang pereka baru yang kini menjadi rebutan ramai terutama di kalangan selebriti.

Namanya di dalam industri fesyen Malaysia sudah tidak asing lagi. Siapa sangka di usia yang sebegitu muda, dia sudah mampu berdiri sebaris dengan pereka-pereka ternama yang lain.

Percaya atau tidak. Percaya sajalah yang dia pernah menerima Anugerah Asia Young Designer pada dua tahun lepas. Dan baru-baru ini dia berjaya meraih Anugerah Etnic Chic Design di dalam pertandingan reka bentuk di Singapura.

Itu belum termasuk lagi anugerah-anugerah yang diterimanya sewaktu menuntut di Colifornia dulu.

Hebat Haidar tu, kan?

Mungkin sebab itulah dia digelar; King of Couture. Kerana setiap satu hasil rekaannya tidak pernah tidak berjaya menampilkan potongan yang dramatik terutama sekali di dalam rekaan gaun perkahwinan. Oleh itu, pelanggan rela tabur duit berapa saja asalkan mereka dapat menggayakan busana hasil sentuhan magik tangannya.

Konsentrasi yang aku beri selama satu jam setengah di pentas peragaan itu tiba-tiba terganggu. IPhone milikku bergegar-gegar agak lama tanda ada panggilan yang masuk. Tepat pada waktu Anuar Zain keluar nyanyi pula tu. Spoil betul!

"Helo?"

Pot pet, pot pet.

Tanpa sebarang mukadimah terus telinga aku menjadi mangsa bebelannya.

"Hah? Apa kau cakap? Rumah? Apa rumah?" Dahi aku kerut-kerutkan. Tak mengerti.

"Rumah lari???"

Eh, apa aku mengarut ni? Rumah mana ada kaki. Lalu, sebelah telinga aku pekup dengan tapak tangan. Mahu fokuskan pendengaran pada dia di talian.

"Hah?!"

Asyik duk hah, hah... Salah seorang pereka fesyen Negara yang duduk di sebelahku sudah menggarit senyum pada wajahnya. Mungkin agak kuat suaraku tadi. Lantas, aku tunduk sikit kepala pada dia tanda maaf.

Ah, malunya!

"Aku tak dengar. Bising la dekat sini. Kau WhatsApp ajelah." Terus aku putuskan talian. Bila teringatkan intonasinya semasa bercakap tadi, seperti dia di dalam kesusahan aje.

Hesy, bimbang pula hati ni. Cepat-cepat aplikasi hijau itu aku buka.

Mak ai! Banyaknya pesanan yang dia hantar.

Ibu jariku tangkas skrol skrin naik ke atas. Membaca dan menghadam setiap satu pesanan daripadanya. Pesanan yang bikin nafas sesiapa saja boleh terlepas berat.

Dia buat dahhhh... 

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now