PART 8

1.2K 57 0
                                    

"Hensem lagu ni hang panggil orang minyak?" Sama sepertiku, tok membelek-belek muka lelaki itu.

"Dia terkejut agaknya tengok saya tok," balas lelaki tersebut.

Pap! Punggung aku terasa ditampar.

"Yang mulut hang tu duk ternganga-nganga tengok anak teruna orang ni pasai apa?"

Aku cepat-cepat tutup mulut. Mula menganalisis lelaki itu dari atas sampai ke bawah.

"Teruna ka dia ni? Nampak serupa bapak orang saja," getusku perlahan.

Tok dekatkan mukanya dengan muka aku.

"Apa hang kata?"

"Dak aih! Mahunya Dinda tak jerit tadi tok? Tengok la tu... semua serba hitam dia pakai."

Kepala lelaki itu terus tertunduk ke lantai. Seolah-olah rasa bersalah.

Huh! Kalau ya, baguslah. Lain kali kalau dah tahu ada orang di dalam bilik air tunggu tepi sikit. Tercongok depan pintu macam hantu dah kenapa? Lepas tu berlagak hero sambut aku.

Gigi aku kacip atas dan bawah. Mata menjeling. Rasa geram pula dengan kawan Abang Dika ni. Syok la tu dapat peluk aku.

"Amboi mulut hang... Loklaq! Ni hang mandi ke dak lagi?"

"Dahhh... Dinda nak balik bilik la. Nak solat Maghrib. Tapi, duk rasa batai dah wuduk ni."

Walaupun badan kawan Abang Dika itu berlapik baju, mulutku yang tercium dada dia tadi aku tonyoh-tonyoh sebelum sekali lagi kepala mendongak memandangnya.

'Tunggu apa lagi? Sila tepi... sikit.'

Dia langsung menyengetkan badan membuka laluan. Tak sangka dapat baca isyarat mata aku rupa-rupanya.

"Hah, lekaih pi masuk ambil wuduk tu. Sat lagi tok letak kain sejadah dekat depan untuk hang nah?"

Aku julingkan biji mata ke atas. Rasa nak merangkak keluar tahi telinga ni bila dapat tangkap tutur kata tok yang lembut amat dekat lelaki tu.

Eh, kejap! Langkahku tiba-tiba terhenti. Tok yang sedang melintas di hadapanku menjeling saja. Aku buat-buat tak nampak dan terus menoleh memandang pintu bilik air yang baru ditutup.

"Bukan sepatutnya kawan Abang Dika tu dah balik KL ke petang tadi? Buat apa lagi dia dekat sini?" soalku pada diri sendiri sambil menggaru-garu belakang telinga.

*****

DENGAR kata kata kereta lelaki itu tak boleh hidup masa nak balik petang tadi. Kebetulan mekanik pula tak ada. Kalau ikutkan, kampung aku ni bukannya hulu pun. Nak cari bengkel mudah aje. Masalahnya semua tutup pula hari ni. Tak pasal kena cari di tengah bandar. Jadi lewat sikitlah nak sampai si mekanik tu.

"Kalau lambat siap kereta tu nanti, Zarr tidoq sini la noh?" Tok mula bersuara.

Zarr...

Sejak tadi nama itu yang semua orang guna kalau nak panggil dia. Anehnya, tiap-tiap kali aku dengar nama itu disebut, terasa seolah-olah begitu dekat saja dengan diriku.

"Tak apa, tok. Saya segan la," balas Zarr.

"Hesy, nak malu apanya? Bukan ada orang lain pun. Tinggai kami anak cucu yang duk ada dekat meja makan ni saja. Lagipun, semua hang dah kenai, kan? Tidoq sini la nah?"

"Betoi tu, Zarr. Sorang-sorang bawa kereta tengah malam kalau tertidoq bahaya nanti. Bukan bahaya dekat nyawa hang saja. Bahaya dekat nyawa pengguna jalan yang lain juga. Tambah-tambah keadaan duk hujan lagu ni. Jalan licin. Sebelum jadi benda tak elok, baik kita elak siap-siap."

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now