PART 20

497 25 0
                                    

JUS EPAL aku sedut sehingga tinggal separuh gelas. Puas! Sejuk sikit hatiku yang panas sampai menggelegak ke kepala ni. Kemudian Yee Mee Sizzling aku ragut dengan gelojoh.

Lapar memang lapar. Tambah pula dalam keadaan tekanan begini, memang luar biasa sangat rasa sedapnya bila aku melantak.

Haidar pula sejak keluar dari dewan panggung wayang tadi asyik tayang muka hairan padaku. Mungkin dia tak perasaan lelaki tadi adalah Faiz. Mereka bukannya rapat pun. Pernah jumpa sekali saja. Itu pun masa majlis kahwin Suraya tahun lepas.

"Awak ajak saya keluar ni sebab nak cakap sesuatu, kan? Apa dia?" Aku mula bersuara.

Sudu dan garpu, Haidar lepaskan ke dalam pinggan. Napkin atas meja dia capai dan hujung bibir dilap penuh cermat sebelum kepalanya diangkat lurus memandang aku di depan.

"Kalau saya cakap awak jangan terkejut pula," kata dia dan entah kenapa otak aku duk tak duk boleh pula melayang teringatkan Olivia.

"Macam serius aje ni," komenku. Haidar langsung menganggukkan kepala.

"Ya, memang serius. Sebab perkara ni sangat berkait rapat dengan masa depan kita berdua. Jadi... sebelum kita berkahwin, saya fikir awak perlu tahu. Dan saya harap sangat-sangat awak bersedia dengan keputusan saya ni."

Jantung aku mula berdebar kencang.

Oh, Tuhan... Janganlah betul-betul ada kaitan dengan Olivia. Kalau tidak, mahu bertambah tekanan emosi aku hari ni.

"Okay. What it is?" soalku, tenang. Namun, masih ada debar di dada.

"Saya... nak ambil anak angkat."

Krik. Krik. Krik.

Aku memandang sekeliling dengan hairan. Apa pasal macam ada cengkerik aje dalam K'Ops Kafe ni?

"Dinda, awak dengar tak apa yang saya cakap?"

Aku kembali tengadah padanya. Kepala bergeleng.

"Tak. Ya. Nooo! Kejap... Awak nak ambil anak angkat?" Aku ulang semula apa yang diberitahunya tadi. Mana tahu Haidar tersalah sebut. Boleh jadi aku yang tersalah dengar.

Haidar angguk. Melihat riak pada mukanya sebegitu serius, tawaku terus terburai. Walau tak pasti perkara ini kelakar atau tidak.

Okey, tak kelakar.

Sangat-sangat tak kelakar!

Anak manusia yang mahu diangkatnya, okey. Bukan anak kucing!

Aku pejam mata sesaat. Nafas ditarik dalam-dalam. Kini giliranku berwajah serius.

"Kita belum kahwin, Haidar. Kenapa tiba-tiba awak buat keputusan nak ambil anak angkat sedangkan kita boleh berusaha untuk ada anak sendiri?"

Sungguh, aku perlukan alasan serta penerangan yang jelas daripadanya. Seperti apa yang dikatakan oleh Haidar di awal tadi, ini melibatkan masa depan kami bersama.

Dan seingatku, tak ada pula selama ni aku beritahu dia yang aku sakit, tak boleh berikan dia zuriat atau seangkatan dengannya. Pelik!

Atau...

Mulut aku pekup. Mata membulat.

"OMG, Haidar! Awak ada masalah lelaki ke?" Debar di dadaku kembali menggila.

"Bukan la, sayang. Saya sihat. Nanti kita nak ada anak satu team rugby pun saya boleh kasi pada awak."

Erk? Mataku terus menjuling. Mula mengira-ngira di atas angin. Uit, berbelas kut. Tak nak la aku! Jenuh nak jaga nanti.

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now