RANDOM TEASER 1

723 18 0
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Adinda binti Amrun dengan mas kahwinnya tiga ratus tiga ringgit tunai...."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Jelas suara-suara tidak senada itu sampai di telingaku. Maka, bersaksikan kedua-dua belah keluarga selamatlah kami berdua menjadi suami isteri dengan dua kali lafaz.

"Alhamdulillah." Ustaz Naim mula menadah tangan. Diikuti yang lain termasuk aku.

Selesai doa kesyukuran dibacakan, tok, umi dan Suraya masing-masing bangkit memeluk aku membisikkan kata tahniah dan mendoakan kebahagiaan hidupku yang baru.

Waktu ni rasa sebak sungguh. Sesak dada tahan perasaan. Memang Allah tak takdirkan aku bersama dengan lelaki yang dicintai. Tapi, hari ni Dia mengirimkan aku seseorang yang telah berjanji akan mencintaiku. Itu lebih baik, kan?

Aku lihat Zarr bangun datang ke arahku. Sewaktu dia semakin mendekat, kepalaku kembali berdenyut diikuti pandangan tiba-tiba menjadi kabur. Serupa cermin kereta yang wipernya tidak berfungsi ketika hujan. Hah, begitulah penglihatan aku saat ni.

"Dinda, suami hang nak sarung cincin tu. Sua la tangan cepat! Ralit pulak dia." Suara tok tak sabar-sabar. Dicuit-cuitnya lenganku.

Kepala bergeleng. Setelah mata dikelip-kelipkan beberapa kali barulah jelas aku nampak muka Zarr di depan dan ramai-ramai orang yang sudah mengelilingi kami bersama telefon serta kamera di tangan masing-masing. Ada yang berdiri. Ada yang ikut menjatuhkan lutut mahu merakam salah satu detik penting ini.

"Dinda, are you alright? Nampak pucat muka awak tu," tegurnya separa berbisik.

Aku angguk-angguk. Malu. Sepatutnya saat macam ni suami akan puji isteri nampak cantik. Ini sebaliknya pula. Haih, entah macam mana la rupa aku di dalam gambar nanti.

"Tak ada apalah. Pening sikit aje. Tapi, saya okey." Tangan dihulur supaya cepat-cepat dia alihkan pandangan daripada terus melekat di mukaku.

Namun, seelok saja tangan sejuknya menyentuh tangan aku, dunia tiba-tiba berputar. Sama macam tadi, tapi lebih kuat berpusing-pusing! Sampaikan aku nampak Zarr dan orang-orang di sekeliling seperti tunggang-terbalik.

Terus tangan aku tarik balik daripada tangan Zarr dan naik menekan kepala. Rasa sakit ni tak ubah seperti sebelum aku pitam di depan butik tempoh hari.

"Dinda..." Zarr memanggil-manggil sedang tubuh aku pada waktu ini serasa sudah tak mampu nak diimbangkan lagi. Semakin condong, condong dan...

"Dinda, cucu aku!"

Wajah Zarr yang menjadi tatapan mata sebentar tadi kini sudah bertukar ganti dengan siling rumah. Tika ini telingaku masih boleh menangkap jeritan tok dan suara-suara yang mula bising. Tapi, hanya dalam beberapa saat sebelum semuanya menjadi kelam dan senyap.

BLURB/SINOPSIS NOVEL

Kalau bertunang, tak semestinya sampai ke pelamin. Lebih kurang dua bulan saja lagi, status diri Nur Adinda dan Tengku Haidar bakal bertukar single kepada married. Namun, sedang hati mereka memandu menuju pelamin angan, tiba-tiba ada pula datang melanggar. Terus jadi 'pelamin anganku musnah'.

"Tolong tarik balik keputusan awak. Kita dah nak berkahwin kan, sayang?" - Haidar

"Tak nak dan tak mungkin! Sebab tak lama lagi kita nak jadi suami isterilah saya kena putuskan semua ni. Saya tak nak gadaikan diri hidup dengan lelaki macam awak!" - Dinda

Jika yang pergi itu cinta, mungkin yang datang adalah jodoh. Setelah tujuh tahun tidak bersua, takdir membawa Zarr Iskandar kembali. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.

"Zarr Iskandar, awak sedar tak apa yang awak tengah buat ni? Awak buta ke? Tengok betul-betul saya ni siapa? Saya Adinda. Bukan tunang awak la!" - Dinda

"Saya malas nak cakap banyak. Jom kita kahwin?" - Zarr

Tak boleh! Adinda tidak mahu mencari masalah. Malangnya, rencana manusia memang indah, tapi rencana Allah lebih indah. Mereka bersatu jua.

"I'm just acting my part. Tak perlu berterima kasih." - Dinda

"Your part? As what?" - Zarr

"Your wife la." -Dinda

"Boleh ulang tak?" - Zarr

Berkahwin biar sekali. Dinda berusaha belajar memberi dan menerima meski terus dirayu oleh Haidar untuk kembali. Ah, kacau! Tapi Dinda sedar dengan kewujudan Putri memang dia tidak dapat larikan diri. Nanti atau boleh jadi sampai bila-bila!

"Macam yang saya rancang sebelum ni. Awak dan saya sama-sama jaga Putri." – Haidar

"Takkan ada sesiapa pun di dunia ni boleh ambil Putri daripada saya." – Zarr

Apa hubungan sebenar dua lelaki itu, sehingga sepanjang hidup Dinda harus tersangkut dengan bekas tunangnya? Dan siapa pula Putri dalam lingkungan takdir mereka bertiga?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 25, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now