PART 23

489 21 0
                                    

HANYA sesaat. Mata tajam itu terus hilang bisanya. Dia menundukkan pandangan sebelum perlahan-lahan bahuku terasa bebas dari dipenjara cengkaman tangannya.

Sejurus itu aku menarik dan menghembus nafas lega. Ingatkan diri ni bakal mati dicekik dengan tuan rumah sendiri tadi. Mana tahu, demi memelihara rahsia, bunuh kawan baik isteri pun dia sanggup buat.

Eee, seram!

“Okey… Aku janji. Aku akan beritahu pada Suraya sendiri. Tapi, selepas dia lahirkan anak kami. Jadi sekarang aku minta sangat-sangat pada kau, tolong aku untuk kali ni aje.”

Diam. Kecil besar saja aku merenung Faiz yang begitu mengharapkan simpati.

Argh!”

Tindakan refleks buat tanganku menggelepar. Tunduk memandang hujung jari telunjuk. Kelihatan darah merah sudah muncul di situ. Semakin lama semakin banyak! Meleleh turun dan jatuh menitik pada…

Oh, noooooo!

Aku hanya mampu mengemam mulut melihat cecair merah melekat di gaun perkahwinan.

Haih… Malangnya nasibku hari ni.

Terjun dari katil, aku berlari menuju bilik air. Ini la jadinya bila buat kerja, tapi tiada fokus.

Huh, nak fokus macam mana? Balik dari rumah Suraya, kata-kata dan rayuan Faiz itu bermain-main aje dalam ingatan aku.

“Jantan tu... dah dapat susah, nak heret aku sekali. Dia fikir aku ada masa agaknya untuk sakit kepala dengan masalah yang dia sendiri cipta,” bebelku sambil menonyoh secara geram kesan darah pada gaun tersebut.

Dup dup dab, dup dub dap.

Terus terhenti apa yang sedang aku lakukan apabila jantung tidak semena-mena berdegup laju. Menghantar satu rasa tidak kena di hati.

Untuk itu sebelah tanganku naik menekap di tengah-tengah dada. Sebelah lagi menyentuh pipi. Aku angkat kepala memandang muka di dalam cermin.

Kenapa aku rasa macam ni?

Kembali menunduk, gaun pengantinku yang bersidai di singki dipandang lama. Saat ini yang terlintas di fikiran aku adalah...

“Haidar.” Terkeluar nama itu daripada bibir sebelum cepat-cepat kepala aku bergeleng.

Tak semestinya bila terkena jarum atau kaca pecah, petanda ada sesuatu yang tak baik berlaku, kan? Semua ni jadi pun sebab diri sendiri yang cuai.

Padan dengan muka aku! Sibuk sangat di butik siapkan busana orang, sampaikan busana perkahwinan sendiri ditolak ke tepi. Sekarang mahu atau tak terpaksa bawa balik buat di rumah.

Keluar dari bilik air, telefon di atas meja lampu tidur aku ambil. Nak juga telefon bertanyakan tentang Haidar meski fikiran sudah berkali-kali meyakinkan hati; tiada apa-apa yang buruk terjadi.

Panggilan pertama tak jawab. Begitu juga yang kedua. Minta ditinggalkan pesanan. Bila masuk kali ketiga...

“Dah tidur ke dia?”

Ya kut.

Aku meletakkan telefon di tempatnya semula. Tak mahu menganggu Haidar yang mungkin saja kini asyik diulit mimpi.

Sedang aku mengeringkan gaun di atas tilam, telefon tiba-tiba berteriak. Memikirkan Haidar yang menghubungiku, seberapa segera telefon itu dicapai.

Mami Diva?

Fuhh, hampir-hampir saja aku nak lempar hair dryer yang digenggam melihat nama itu di dada skrin. Pelik binti ajaib. Sebelum ini tak pernah-pernah pun dia telefon.

Lantas, jam di dinding bilik dijeling sekilas. 11 malam tepat. Apa yang Tengku Sarah nak waktu-waktu macam ni?

Jangan-jangan...

Pipi ditepuk-tepuk saat fikiran aku sekali lagi terjentik tentang Haidar.

“Jangan fikir yang bukan-bukan, Dinda. Tolonglah!”

Menikam skrin telefon yang masih bernyala, terketar-ketar ibu jari kiriku menyentuh butang jawab.

“As... assalamualaikum, mami.”

11.35 MINIT. Aku tiba di banglo mewah milik Tengku Sarah. Entah apa la yang digesakan sangat supaya aku ke sini. Serupa dah tak ada hari esok.

Melucutkan kasut flats, tak sengaja mataku tertangkap sepasang sepatu tumit tinggi lima inci terletak elok di hadapan pintu.

Ada orang lain di rumah ni ke? Sebab nak kata kasut tu milik Tengku Sarah, macam bukan. Ini bukan stail dia.

Bibik? Lagi la bukan! Mahu terpeleot kaki dia nanti kalau pakai.

Hanna? Hah, boleh jadi. Adik Haidar yang seorang itu agak bergaya orangnya. Fesyenista la katakan!

Pintu utama yang tertutup kini dibuka seseorang. Aku bingkas menegakkan diri yang dibongkokkan.

“Astaga non Dinda… Sampainya kok diam saja? Ayo non masuk. Tengku lagi nuguin tuh di ruang keluarga.”

Menarik senyum pada bibik, aku melangkah masuk ke dalam. Tiba di ruang tamu, bagaikan magnet dan besi, mataku terus tertarik pada Olivia.

Eh, ini bermakna kasut berwarna merah terang di luar tadi tu milik dia la ya?

Huh, no wonder lah!

Anehnya ‘Olive si bini Popeye’ ni aku lihat sedang duduk senyap saja di atas sofa import milik Tengku Sarah yang mahal itu. Namun, wajah dia kelihatan begitu bengang.

Kenapa? Baru lepas bergaduh ke?

Ah, lantak kau la nak bergaduh atau berwajah macam mana sekalipun. Boleh jadi muka serupa tertelan cuka satu gelen tu terjadi disebabkan kehadiran aku di sini.

“Assalamualaikum?”

“Waalaikumsalam.” Bakal mak mentua aku saja yang menyahut.

Haidar?

Dia ada aje dekat sini. Berdiri membelakangi sambil memeluk tubuh menghadap kolam renang yang terpisah oleh dinding kaca ruang tamu ini. Sikit pun tak kalih melihatku. Apa yang ralit dimenungkan pun tak tahulah.

Separuh senyum, aku mendekati Tengku Sarah.

“Haidar!” Teriak wanita itu. Bergegar rasa rumah ni. Yalah, belum sempat dia sambut huluran tangan aku, anaknya terlebih dahulu merentap lengan aku.

“Haidar, sakitlah!” Luahku sambil kaki laju mengikut langkahnya.

“Balik,” arah Haidar sebaik saja dia melepas kasar tanganku di gerbang pintu.

“Tapi, mami yang…”

“Saya cakap balik, balik la! Kenapa degil sangat ni?!”

Terhinjut bahuku. Terkejut, terpempan, terkesima dan segala ‘ter’ yang adalah!

Memandang wajah itu, diri mula tertanya-tanya. Siapa dia? Kerana Tengku Haidar yang dikenali, tidak sekali pun pernah berkasar dengan aku, tunangnya. Tapi, malam ni…

Olivia.

Ingatanku tiba-tiba melekat pada perempuan itu. Pasti ada sesuatu yang terjadi. Jika tidak, mustahil dia boleh ada di sini pada waktu begini.

“Tunggu!”

Haidar menurunkan kakinya yang baru diangkat. Aku yang tadi di luar, kembali melangkah masuk mendekatinya.

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now