PART 3

1.5K 59 1
                                    

"SURAYA Tarmizi, aku ni bukan tak sayang kau tau. Tapi, ini dah masuk kali kedua kau lari dari rumah. Kau tu kahwin tak sampai setahun lagi. Macam-macam hal dah berlaku. Yang jadi orang tengah, aku... jugak!"

"Yalah, kata kawan baik dunia akhirat. Kau kenalah tolong aku," balas dia teresak-esak.

Huh, itu saja la modalnya.

Aku menggaru-garu kepala yang sedikit gatal. Tak sempat nak cabut tudung lagi kut. Sampai-sampai di rumah tengok dia dah terpacak di depan pintu pagar. Ikut hati geramku tadi, rasa nak aje suruh dia balik. Bila fikir-fikir macam kesian la pula. Dapat tahu dia datang ke sini naik teksi, lagi la aku kesian. Kereta dah dua hari di bengkel katanya.

"Dah la. Bawa beg kau tu naik atas. Aku pun nak naik ni. Nak mandi. Rasa belengas satu badan!" Dengan muka penat aku capai tas tangan.

Suraya kalut-kalut bangun ikut aku di belakang bersama beg pakaiannya.

"Kira aku boleh tinggal sini la, kan?"

Aku buat brek kecemasan di anak tangga kelima.

Suraya kaget. Sikit lagi dia nak terlentang. Mujur aku tengok dia sempat menyandarkan belakangnya ke dinding.

"Satu malam aje tau!" Satu jari aku angkat lurus di depan muka dia. Hampir mengena pundak hidungnya yang kemik itu.

"Kedekutnyaaaa... Mentang-mentanglah aku dah tak menyewa di rumah kau."

"Tahu tak apa."

Menjeling, aku sambung langkah.

Ya. Dulu Suraya memang tinggal denganku. Bila dah kahwin mestilah dia keluar dari sini. Maka, tinggal la aku di rumah ini sendiri. Nak buat macam mana? Tempat seorang isteri itu kan di sisi suaminya.


*****

PANG!

Terkejut. Cepat sudip yang melambung aku sambar.

"Maaf," kata Suraya. Terus menikus dia sewaktu aku acah-acah mendekatinya mahu ketuk kepala itu dengan sudip di tangan. Biar bertambah senget. Dasar minah senget!

Sesuka hati dia aje nak hempuk meja makan tu kuat-kuat. Dah la aku tengah fokus memasak. Nasib baik sudip yang melambung. Kalau belanga? Biar dia yang ternganga nanti tak dapat makan.

"Aku tak tahu pula kau kena pergi rumah keluarga Haidar. Sorry... Kau tak dapat keluar malam ni mesti sebab aku, kan?"

Aku lihat bibir Suraya muncung sedepa. Boleh ikat buat sangkut belanga! Rasa bersalah la tu.

"Tak ada hal la." Dia tak tahu yang aku ni malah tadah tangan ucap syukur.

"Sekarang baru pukul lapan, beb. Sempat lagi ni kalau kau nak pergi. Tak apa... jangan risaukan aku. Teman okey aje. Teman boleh tinggal sendiri."

"Nope. Sebenarnya... aku kalau boleh memang nak elak berjumpa dengan Tengku Sarah. Kau sendiri tahu kan, sikap dia pada aku macam mana? Jadi, bila kau ada dekat sini boleh la aku jadikan sebagai alasan."

Suraya diam. Aku capai pinggan. Spageti yang dah siap masak aku bahagi dua.

"Here you go bestie." Sebaik saja pinggan diletakkan di hadapannya, muncung di bibir Suraya terus berganti dengan senyuman.

Entah apa la mimpi dia tiba-tiba pujuk rayu aku minta masak Spageti Carbonara. Nasib baik cukup bahan-bahan tau. Kalau ikut diri yang malas ni, ingat nak buat nasi goreng bodoh-bodoh aje. Maklumlah hidup masih sendiri. Ikut suka usus la nak sumbat apa pun.

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now