PART 24

794 36 0
                                    

"Tunggu!"

Haidar menurunkan kakinya yang baru diangkat. Aku yang tadi di luar, kembali melangkah masuk mendekatinya.

"Via... What the hell she is doing here? Ada masalah ke?"

Haidar diam. Wajahnya dipalingkan.

"Cakap la!" Suaraku dah naik dua oktaf. Bahu dia aku tolak-tolak. Tapi, Haidar memilih untuk terus berdiam.

Kepala mengangguk. Bukan kerana tahu jawapannya. Sebab hati ni jelas mengatakan yang sekarang; dia sedang usaha sembunyikan sesuatu daripada aku.

"Tak apa. Teruslah kunci mulut awak tu sampai bila-bila. Saya boleh pergi tanya pada mami sendiri!"

Ini Nur Adinda la. Jangan harap dia nak balik selagi tak dapat jawapan. Lagipun, Tengku Sarah yang minta aku ke sini. Jadi aku yakin, dia pasti ada perkara penting mahu dimaklumkan padaku.

"Jangan!" Haidar menahan tubuhku dengan tubuhnya. Berdiri betul-betul di depan, sepuluh jari dia angkat tunjuk pada aku.

"Saya janji akan terangkan semua pada awak. Tapi, esok... Bukan malam ni. Because right now just isn't a good time to talk about it. Sekarang balik rumah dulu ya, sayang? Dah lewat."

Haidar yang tadinya begitu garang, sekelip mata boleh berubah lembut?

Bibir menarik senyum senget ke atas. Tanpa dia sedar, sikapnya ini telah menolak naik setakah lagi rasa curiga yang wujud di dalam diri aku.

"Tak. Nak."

Satu persatu perkataan itu ditekan. Menolak tubuhnya ke tepi, aku bawa diri menuju ruang tamu.

Haidar menyaingi langkahku. Sampai di situ dia terus melutut di hadapan Tengku Sarah yang sedang duduk bersilang kaki di sofa satu.

"Semua ni hanya salah faham, mami. Tolong jangan libatkan Dinda. I love her so much! I beg you mami. I beg you. Please..."

Bersungguh-sungguh Haidar merayu. Mengenai apa aku sendiri tidak tahu. Apa yang aku tahu, aku tak pernah tengok dia terdesak seperti sekarang ini. Hodoh betul!

"Kau nampak Via di sini, kan?" Suara Tengku Sarah, perlahan. Tapi, keras dan tegas. Si anak yang masih merayu di hadapan langsung tidak diendahkannya.

Aku kalih pada Olivia. Posisi duduknya masih sama. Bezanya muka dia sekarang dah basah dengan air mata!

Mana pergi muka tertelan cuka tadi?

Kepalaku bergeleng-geleng. Oh, perempuan. Drama apa yang sedang kau putarkan ini?

"TUNGGU!" BESAR langkah yang Haidar ambil mendekati aku yang sedang menyarung kasut.

"Dinda, kita kena berbincang."

"There's nothing to discuss about, HaidarLet's call it off here!"

Laju aku menuju ke kereta. Separuh jalan, tup-tup Haidar muncul di depan mematikan gerak.

"Saya betul-betul minta maaf. Tolong tarik balik keputusan awak. Kita dah nak berkahwin kan, sayang?"

Tarik balik? Lawak apakah?

"Tak nak dan tak mungkin! Sebab tak lama lagi kita nak jadi suami isterilah saya kena putuskan semua ni. Saya tak nak gadaikan diri hidup dengan lelaki macam awak!"

"Sayang, please..."

"You know what? Saya tak sangka dan susah sangat nak percaya rupa-rupanya saya diperbodohkan oleh awak selama ni. Tengku Haidar Tengku Habib, sekarang saya mula tertanya-tanya..."

Jeda. Aku renung wajahnya dengan mata yang sudah terasa panas bertakungkan air.

"Siapa sebenarnya saya dalam hati awak? Kalau awak masih sayangkan Via, why do you always say love to me all this time? Saya tak faham. Kenapa awak nak berkahwin dengan saya? Why, Haidar? Tell me whyyy?!"

Aku melangut. Tangan naik menekan kepala. Sehabis daya mencari kekuatan jiwa yang masih ada untuk menahan air mata agar tidak jatuh mencemari muka.

Tidak boleh di sini.

Tidak sesekali di hadapan jantan tak guna seperti ini!

Sungguh, aku kecewa dengan Haidar pada malam ni. Mengenalinya sehingga membawa ke tali pertunangan, sikit pun tidak pernah terlintas di fikiran bahawa dia boleh lakukan semua itu di belakangku.

Ternyata dia seorang lelaki yang hipokrik!
Munafik!

Ya Allah, apa silap yang diriku telah lakukan sehingga dihukum begini? Dalam satu hari ini saja, dua lelaki pemusnah hati wanita perlu aku hadap!

"Ya. Saya mengaku, memang saya salah. Tapi..."

"Tapi apa lagi, Haidar?! Awak nak saya percaya yang perempuan tu dan mami berkomplot? Itu ke maksud awak?"

Tak tunggu Haidar jawab aku sudah mengangguk.

"Ya, saya percaya."

Haidar tersenyum. Jelas terlahir riak lega di wajahnya. Namun, tak lama. Aku lekas bertindak mematikan itu dengan satu tepukan tangan.

"Tapi, awak lupa bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Dan tetamu tidak akan masuk jika tak dijemput!"

Dia diam. Aku sambung cakap lagi.

"I'm not dumb. So here we are, Haidar. Keputusan dah dibuat; Saya takkan berkahwin dengan awak."

Sebelum terlupa, cepat-cepat aku mencabut keluar cincin tunang di jari.

"Ni... ambil balik!" Aku campak tepat ke mukanya. Baru nak sambung langkah, Haidar laju bergerak merentangkan tangan ke kiri dan kanan.

"Tak. Awak tak boleh tinggalkan saya. Bagi saya peluang untuk betulkan keadaan. Jangan buat saya macam ni, Dinda."

Aku pejamkan mata. Mengumpul sabar yang bersisa.

"Untuk apa yang telah awak lakukan di belakang saya, saya mungkin boleh maafkan, Haidar. Tapi, untuk beri peluang kedua pada hubungan kita..." Kepalaku bergeleng.

"TAK MUNGKIN!" 

Bagaikan masa berputar perlahan...

Setapak.

Dua tapak.

Tiga tapak. Kaki ini dihayun pergi.

Tiba di rumah, tas tangan dilempar laju ke atas katil. Tersedar empangan mata sekali lagi memainkan peranannya, sebelah tangan segera naik mengipas-ngipas muka.

"Jangan menangis, Dinda. Jangan!"

Ke sana dan ke sini aku berjalan bercekak pinggang memujuk hati. Tapi, bila terpandangkan gaun pengantin yang ditinggalkan terhampar di atas tilam sebelum ke rumah Tengku Sarah tadi, hati terus terbakar! Makin lama makin marak seakan-akan minyak mencurah api.

Aku kaut gaun itu kasar. Diangkat separas muka dan digenggam kuat.

Gaun ini. Gaun yang aku reka istimewa untuk majlis resepsi di sebelah pihakku nanti dah tak ada ertinya lagi. Padan la kalau tak disiapkan pun. Sebab sekarang, aku akan hancurkan dia sama macam hati ni!

Tak menunggu lagi, gunting kain yang masih ada di atas katil dicapai. Sebaik meletakkan mulutnya pada leher baju, diriku membatu. Fikiran mendesak untuk melakukannya, tapi tanganku seolah-olah hilang daya.

Hidung mula kembang kempis. Sekali mata berkelip, serta merta empangan kolam yang ditahan-tahan pecah. Ranap sama sekali!

Tangan yang terketar-ketar buat gunting besi terlepas jatuh mengena kaki. Rasa sakit tak seberapa, tapi aku dah mula meraung seperti kehilangan kaki. Sebenarnya diri yang tak tertahan nak menangis. Tunggu silap saja.

'Tak apa, Dinda. Dah lama sangat kau menahan. Menangislah. Menjeritlah. Tak ada sesiapa di sini. Lepaskan semua yang kau rasa. Sekarang, Dinda. Sekarang!'

Memusingkan tubuh, punggung dihempas duduk di sisi katil. Menurut kata hati yang nanar, aku menangis semahu-mahunya.

Dan pada lewat malam yang sungguh hening ini, seorang Nur Adinda benar-benar telah lemas ditenggelami lautan emosi.

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now