PART 21

555 29 1
                                    

MULUT Suraya melopong luas. Bila rasa agak lama, selamba aku tolak dagunya ke atas dengan satu jari. Biar tertutup semula.

"Kau biar betul ni, Dinda?" soalnya. Kini sudah bangun berdiri.

"Betul la. Sampai ke hari ni aku belum habis fikir lagi. Atas alasan apa dia diamkan perkara tu daripada aku. Masa di kampung bulan lepas, tak ada pulak Zarr beritahu yang dia pernah berkahwin. Sedangkan waktu tu Zarr dah sedia maklum, aku ni merupakan tunang Hadiar, bapa saudara anak tiri dia!"

Dua belah tangan Suraya naik mencekak pinggang. Berjalan ke sana dan ke mari di hadapanku, tiba-tiba dia memetik jari.

"Hah, Abang Adika! Mereka berdua kan kawan baik. Mustahil dia tak tahu Zarr pernah berkahwin."

"Su... Abang aku tu memang dah lama tahu pun. Katanya Zarr menikah di London. Dua tahun lepas baru dia dan arwah isteri balik ke Malaysia."

"Kau dah jumpa Abang Dika?" Soalnya seraya menjatuhkan punggungnya kembali di sebelahku.

"Petang semalam, selepas Haidar hantar balik aje, terus aku pecut kereta pergi rumah Abang Dika. Terkejut cicak dia bila dapat tahu pasal identiti sebenar anak tiri Zarr tu!"

"Bermakna selama ni abang kau memang tak tahu la yang arwah isteri dan anak tiri kawan dia tu sebenarnya ada kaitan dengan Haidar?"

"Nak tahu macam mana? Zarr tak pernah buka mulut bercerita pasal anak tiri atau arwah isteri dia. Dan Abang Dika juga satu hal. Katanya tak pula teringin nak bertanya tentang siapa ayah kandung budak tu. Lagipun, cuba kau fikir ek... Kalau selama ni Abang Dika tahu, takkan la dia tergamak nak sembunyikan semua tu daripada aku terutama sekali Haidar, kan?"

"Haah. Betul jugak tu," balas Suraya. Terangguk-angguk.

"Kesian kau tau tak​. Hampir dua tahun arwah bekas kakak ipar meninggal dunia, baru sekarang ni hah Haidar dapat tahu mengenai kewujudan anak fruit dia. Padanlah dia naik angin dengan Zarr!"

"Jadi, Haidar nak rebut budak tu daripada Zarr la ya?"

"Bukan rebut. Haidar nak tunaikan tanggungjawab dia sebagai bapa saudara. Itu aje! Katanya selama ni Zarr sengaja sembunyikan budak tu daripada pengetahuan dia dan Tengku Sarah. Sekarang bila Haidar dah tahu, dia nakkan hak jagaan la. Masalahnya, Zarr pulak tak benarkan. Tak faham betul aku!"

Suraya bergeleng berkali-kali. Mungkin merasa jengkel mendengar setiap responsku yang penuh emosi.

"Kau sekarang di pihak Haidar, memanglah kau tak Faham. Cuba letak diri kau sebagai Zarr sekejap."

Aku diam. Suraya sambung bicara.

"Bapa mana tak kasihkan anak, Dinda? Walaupun sekadar ayah tiri, mungkin Zarr dah sayangkan budak tu macam anak dia sendiri. Tup-tup tunang kau muncul terus nak ambil. Haruslah dia rasa tergugat."

Tergugat? Itu ke yang buat Zarr berkeras menidakkan hak Haidar?

Aku dengar Suraya melepas keluh sebelum diajunya satu soalan padaku.

"Haidar belum tahu kau kenal dengan Zarr?"

Lambat-lambat aku angguk.

"Bila jadi macam ni, terus aku bingung, Su. Sama ada baik atau tak aku beritahu dia."

"Seeloknya kau berterus-terang aje. Siapa tahu, nanti kau boleh buat dia orang duduk berbincang baik-baik."

"Perlu ke aku masuk campur?"

"Perlu la bebbbb! Ini berkaitan dengan keharmonian hidup kau. Kedudukan kau sekarang kena di tengah-tengah tau. Kalau kau pilih berdiri di sisi Haidar, kau akan ada masalah dengan Zarr nanti. Serius… aku tak boleh bayangkan keadaan di mana orang yang pernah kau suka, tiba-tiba bertukar menjadi musuh. Memang Haidar tu bakal suami kau. Tapi, kau tak boleh la dengar sebelah pihak aje."

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now