PART 18

456 27 0
                                    

"Mana awak tahu dia nak kahwin?"

Aku tarik senyum.

"Sebenarnya kan..." Aku terdiam mendengar bunyi vibrate dari iPhone Haidar. Secara tak sengaja, mataku melorot jatuh pada skrin yang menyala-nyala itu.

Olivia???

Haidar sambar telefonnya cepat. Ditolak panggilan tersebut dan dibalikkan muka skrin ke atas meja.

"Kenapa dengan lelaki tu? Do you know him?"

"Dia..."

Damn it! Sekali lagi telefon itu bergegar.

"Sorry... I have to take this call." Haidar bangkit bersama iPhone itu dan aku menelan saja kata-kata yang dah berada di tekak.

Ya, aku faham mereka sering berhubung selama ini kerana projek itu. Tapi, kalau dah Haidar menjawab panggilan Olivia sampai kena menjauhkan dirinya dari aku bukankah mengundang curiga?

Ktuk, ktuk!

Aku toleh belakang.

Lily, pelajar praktikal itu tersenyum padaku sebelum melangkah masuk ke dalam sambil menatang dua muk dan diletakkan di atas meja kaca bersebelahan dengan kotak donat.

"Terima kasih," ucapku yang sudah biasa dengannya. Sama juga seperti lain-lain staf tetap di butik ini.

"Sama-sama, Cik Dinda."

Lily tidak terus keluar, malah dia bergerak mengutip benda-benda yang berselerakan di lantai. Mungkin Danny yang arahkannya untuk kemas.

Aku bangun dan menjatuhkan lutut membantu. Lebih tepat motifku ingin mencari tahu.

Nak tanya Danny?

Mustahil lelaki mata sepet itu nak cerita nanti. Tambah-tambah selepas aku pijak kaki dia tadi.

"Boleh tak saya nak tanya awak sesuatu?"

"Tanya apa, Cik Dinda?"

"Apa sebenarnya yang dah berlaku dalam bilik ni?" Soalku perlahan. Haidar memang tengah sibuk. Tapi, aku juga seorang pereka. Jadi takkan la dia buat kerja sampai bilik serupa baru lepas dilanda Taufan Katrina?

Mesti ada sesuatu yang dah terjadi ni.

Aku lihat geraknya terus kaku. Menelan liur, sekilas Lily menjeling Haidar yang masih sibuk bercakap telefon di luar dinding kaca bilik kerja ini sebelum kalih memandangku.

"Encik Haidar mengamuk tadi, Cik Dinda," bisiknya.

"Hah? Dia mengamuk kenapa?" Aku beriak terkejut.

Biar betul? Selama ini tak pernah pula aku tahu Haidar yang sentiasa nampak cool di depanku itu panas baran orangnya.

"Tadi ada seorang lelaki datang sini jumpa dia."

Tadi? Lelaki?

Zarr Iskandar kah?

"Tak lama lepas tu kami semua dengar Encik Haidar marah-marah. Saya ada dengar dia orang cakap pasal anak. Ini bukan kali pertama tau, Cik Dinda. Dah tiga kali lelaki tu datang sini! Dan tiga kali juga la bos tu mengamuk," ceritanya penuh semangat sambil sesekali memandang ke luar.

"Mereka cakap pasal anak?"

Lily angguk-angguk.

Aku tak faham. Dah kenapa pula Haidar dengan Zarr bercakap pasal anak dan bukan tentang busana perkahwinan?

"Lelaki kemeja putih yang baru keluar dari butik tadi tu bukan klien bos awak ke?"

"Takkan la Encik Haidar nak mengamuk dekat klien sendiri. Dia bukan macam tu."

Memang Haidar yang kukenal bukan seperti itu.

Habis tu, tak akan dia tipu aku kut?

"Cik Dinda jangan cakap dekat bos tau apa yang saya beritahu ni. Nanti rosak markah praktikal saya," pinta Lily dan aku angkat tangan sebagai tanda janji.

Buku dan majalah yang disusun Lily aku angkat. Masa hendak letak di atas meja kerja Haidar, ada sesuatu yang nipis seperti kad terjelir keluar dari salah sebuah buku itu.

Aku tarik dan dahi terus berkerut.

MASUK SAHAJA dalam perut kereta, aku keluarkan sekeping gambar dari beg tangan. Oleh kerana penasaran, gambar lama tetapi berwarna ini aku ambil tanpa pengetahuan Haidar.

'Bukan itu maksudnya mencuri ke?' Sebelah hatiku yang baik berbisik.

Ala, pinjam aje. Nanti bagi la balik. Sekarang izinkan aku untuk siasat dulu.

Bila ingat-ingat semula la kan, beza sungguh gambar keluarga ni dengan gambar keluarga yang selalu aku tengok di dinding ruang tamu rumah Tengku Sarah tu.

Aku tahu Tengku Sarah berkahwin dua kali.

Pertama dengan Tengku Habib.

Kedua dengan Encik Lukman iaitu kawan baik daddy Haidar sendiri.

Tengku Habib meninggal dunia dan Encik Lukman pula bercerai hidup dengan Tengku Sarah. Kasihan... memang tak panjang betul jodoh bakal mak mertua aku tu dengan suami-suaminya.

Okey, berbalik pada gambar. Di sini ada wajah arwah Tengku Habib, Tengku Sarah bersama seorang bayi di atas ribanya. Dan...

Lelaki ni.

Hah, ini yang aku hairan! Siapa budak lelaki yang berdiri di belakang Tengku Sarah dan arwah Tengku Habib?

Nak kata Haidar, bukan. Sebab dia tak ada lesung pipit macam budak ni. Jadi, ini bermakna bayi di atas riba Tengku Sarah tu la Haidar.

Adakah budak lelaki ni Abang Haidar?

Tapi, Haidar tak pernah cakap apa-apa pun. Yang aku tahu selama ni dia aje anak Tengku Sarah dengan arwah Tengku Habib.

Kalau ya itu abang Haidar, siapa dia? Dan di mana dia sekarang?

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now