PART 7

1.3K 54 0
                                    

PAGI-pagi lagi di rumah tok dah penuh dengan kaum wanita. Aku pun tidak ketinggalan. Bersinting lengan baju sampai ke paras siku membantu apa yang patut. Bila nak dekat-dekat jadi bini orang ni kena la rajin-rajinkan diri sikit.

Kenduri apa?

Kenduri bacaan yassin dan tahlil untuk arwah tok wan dan mama aku.

Ya, mama sudah meninggal dunia. Ketika aku masih kecil. Kata tok, raut wajah mama saling tak tumpah seperti aku. Cantik. Eh, terperasan pula.

Tapi, perangai aku... kata tok, nauzubillah! Jauh beza sungguh dengan arwah yang lembut dan mendengar kata.

Tengah hari, majlis dimulakan oleh kaum lelaki. Agak ramai yang datang bila penduduk kampung ini dan kampung sebelah turut dijemput. Kira ruang tamu rumah yang luas itu pun boleh penuh lah. Terus jadi kelam dengan manusia.

"Mak ngah... lapar la," rengek Noah sambil menarik-narik baju kurung kapasku.

"Yalah, yalah." Pinggan yang sedang dilap aku letak. Kesian pula pada Noah. Dah jam dua belas tengah hari, memang haruslah perut boyot dia tu minta diisi.

"Jom, kita makan dekat dalam." Tangan dia aku tarik lembut masuk ke dalam rumah ikut pintu belakang.

"Noah... Noah kan dah sekolah. Kata kat ibu dah ada girlfriend. Makan la sendiri. Kenapa kacau mak ngah ni?" tegur Kak Naura sebaik saja dia masuk ke ruang dapur.

"Tak nak. Noah nak mak ngah yang suapkan juga. Ibu jangan la beritahu Putri. Nanti Noah malu."

Masam mencuka saja muka si anak tayang. Si ibu pula hanya menggelengkan kepala.

"Eee, dah ada girlfriend tak bagitau mak ngah pun. Tak padan dengan kecik. Gatai hang noh!" Hidung Noah aku tarik sekali lalu. Geram!

"Nanti Mak Ngah Dinda kahwin dengan Pak Ngah Haidar, Noah pula nak kahwin dengan Putri." Noah menayang barisan gigi depannya yang kecil-kecil.

Aku buat-buat terperanjat.

"Kita bersanding empat orang?!"

"Haah. Noah dengan Putri nanti nak pakai baju pengantin warna pink. Mak Ngah Dinda kena pakai warna lain tau?"

"Kenapa pink? Selalunya lelaki kan tak suka warna pink. Noah suka warna tu ke?"

"Tak suka pun. Putri yang suka sangat warna tu. Jadi Noah kena suka juga la. Kalau tidak dia tak nak kahwin dengan Noah."

Aku hanya menarik senyum lucu dengan balasan itu. Tangan kiri naik semakkan rambut dia.

"So manly la anak fruit mak ngah ni. Dah, sekarang sambung makan. Noah dah basuh tangan, kan tadi?"

"Dah!"

"Kalau macam tu, nah... Noah suap sendiri pulak."

Aku tolak pinggan padanya. Noah muncungkan mulut tanda tak mahu.

"Haip! Mak ngah ikat mulut comel tu nanti. Kata nak kahwin. Lelaki kalau malas nak makan sendiri, tak boleh kahwin tau."

"Ya ke, mak ngah?"

"Yalah! Suap sendiri, ya? Mak ngah janji, mak ngah akan tunggu Noah makan sampai habis. Okey?"

"Okeylahhh..."

Pinggan itu Noah tarik dan mula suap. Aku naikkan sebelah kening. Cakap pasal kahwin terus boleh aje dia. Anak saudara siapa entah.

"Petang nanti Noah nak ikut mak ngah pergi kubur tok ma tak?" Soalku tatkala dia sedang berselera makan.

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now