PART 14

1.3K 65 13
                                    

Aku lihat Tengku Sarah berjalan masuk ke ruang ini sambil mengepit hidung sendiri dengan jari. Sebelah tangan lagi melibas-libas depan muka seperti menghalau sesuatu. Matanya pula liar mencari wajah bibik.

Aku?

Sikit pun tak dipandangnya. Selamba saja dia melintas di depan.

Aku menoleh pada bibik yang sedang menghidangkan mangkuk nasi.

"Lauk apa yang bibik masak ni?" soal Tengku Sarah sebaik mendekati wanita 30-an itu. Tegas suaranya melantun.

Bibik mula mengaru-garu kepala. Memandang aku di sini dan majikannya silih berganti.

"Waduh... Bukan bibik yang masak, Tengku. Bibik cuma bantuin non Dinda masak aja."

Tengku Sarah menoleh. Mata itu menjelingku sekilas.
La, nampak rupa-rupanya dia. Tadi sikit pun tak pandang. Buat macam aku ni tak wujud aje dekat sini.

Tak kata apa-apa padaku, Tengku Sarah menunduk. Wajahnya bergerak menganalisa lauk-pauk yang ada di atas meja.

"Owhhh, jadi kau la yang masak semua lauk yang entah hape-hape ni?" Hidung yang dikepit masih tak dilepaskannya. Sengau macam kartun Squidward Tentacles pula aku dengar suara dia.

"Ini bukan lauk yang entah hape-hape, mami. Ini asam pedas ayam, gulai nenas ikan masin, sayur goreng, sambal tumis petai dan ikan bilis. Paling istimewa, ikan sepat pekasam Tok Suri. Jauh mai ni. Dari Kedah nuh!" Beritahu aku seraya tangan menunjuk satu-persatu mangkuk.

Mami?

Hah, jangan salah faham. Selepas bertunang dengan Haidar memang aku diminta memanggilnya seperti itu.

Eh, bukan Tengku Sarah yang minta. Anak lelaki dia yang minta. Kata Haidar; Supaya aku dapat biasakan diri dan jadi lebih rapat dengan maminya.

Jadi lebih rapat?

Tak. Langsung tak ada bunga-bunganya. Apa yang aku perasan selama hampir setahun aku dan Haidar bertunang makin teruk lagi adalah! Rasa serupa aku seorang ni saja yang terhegeh-hegeh nak buat baik dan ambil hati dia. Tapi, dia... None! Sikit pun tak pernah nak berusaha jaga hati aku.

Memanglah aku ni hanya bakal menantu. Tapi, bakal menantu bukan manusia juga ke? Apa, aku ni tak ada hati dan perasaan? Tolonglah... Yang tua tahu nak dihormati saja ke? Habis tu yang muda tak perlu disayangi?

Betul la orang pernah kata; Kita ni kalau dah tak suka pada seseorang tu, dia buat baik macam mana pun, memang kita akan sentiasa mencari silapnya. Sebab tu, selama ni apa saja yang aku buat, sikit pun tak dihargai oleh Tengku Sarah.

"Ikan sepat pekasam? Kegemaran saya tu."

Tubuhku tersentak. Terkejut dengan bisikan itu. Bila ditoleh ke belakang, aku lihat Haidar menarik senyum sebelum menarik kerusi dan menjejakkan punggungnya di situ.

"Ya. Tahu," balasku berserta satu kenyitan. Serentak itu juga aku melihat Tengku Sarah ikut ekor mata. Biji matanya sudah menjuling memutih ke atas. Sakit hati la tu bila dengar anak dia cakap suka ikan pekasam.

"Busuklah benda ni," kata Tengku Sarah. Diluah perlahan, tapi sudah cukup untuk menyagat hatiku. Lagi sakit rasanya saat dia sengaja buat-buat mual sambil menolak jauh mangkuk ikan pekasam tersebut sebelum melabuhkan duduk.

Aku pejam mata. Nafas ditarik dalam-dalam.

Sabar, Dinda... Sabar! Dah besar tuah la kiranya ni Tengku Sarah tu tak minta bibik dia pergi buang semua lauk-pauk ni ke dalam tong sampah.

"Sedapnya bau!"

Aku buka mata. Melemparkan pandangan pada anak perempuan Tengku Sarah. Hasil perkahwinannya yang kedua.

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now