PART 2

1.7K 59 0
                                    

NAMPAK GAYANYA tak sempat aku nak jamu mata dengan melihat koleksi terbaru Rizman Ruzaini, Jovian Mandagie dan beberapa lagi orang pereka.

Ruginya!

Tapi, tak apalah. Asalkan aku dah dapat tengok koleksi daripada Haidar. Kalau koleksi dia tak keluar lagi tadi, jangan harap aku nak balik. Biar dicap kejam oleh manusia yang menelefonku tadi itu.

Mana dia ni?

Kakiku berjinjit-jinjit mencari kelibat Haidar dalam ramai-ramai krew belakang tabir, model dan pereka fesyen di sini.

Bukan apa, sebelum pulang ke rumah, rasanya aku perlu berjumpa dengan dia dulu. Dah memang aku kerja separuh hari ni pun semata-mata untuk datang ke sini kerana dia. Nanti apa pula katanya kalau aku pergi macam tu aje.

Hah, itu pun dia!

Semasa dia menoleh, aku langsung melambai tangan padanya. Menggamit minta dia datang padaku.

Malaslah aku nak pergi dekat. Nak-nak bila tengok dia dan teamnya dikelilingi model-model wanita yang jelitawan di sana. Entah apa yang mereka semua sedang bincangkan. Sakan sangat bergelak ketawa sampai bertepuk bertampar.

Cemburu?

Haruslah. Tapi, aku percayakan Haidar.

"Hi, honey! Saya ingatkan awak tak jadi nak datang," ucapnya sebaik berdiri di hadapanku. Besar langkah dia sewaktu berjalan ke sini tadi. Jelas sangat tak sabar-sabar nak berjumpa dengan aku.

"Mana boleh tak jadi. Buat rugi ajelah tiket yang awak minta Danny hantarkan pada saya hari tu. Lagipun, tak ada siapa di Malaysia ni yang nak lepaskan peluang tengok koleksi ready-to-wear by Hai'Dar, hasil pereka fesyen muda negara yang kini menjadi rebutan ramai!"

"Mujurlah rekaan aje yang menjadi rebutan. Kalau hati yang menjadi rebutan, habislah wanita cantik yang bernama Nur Adinda di depan saya ni kena kejar."

"Eh... Kenapa saya yang kena kejar pula?"

"Sebab hati saya ada pada awak la, sayang...," balas Haidar seraya jarinya naik mencuit hidungku.

Aku cebir bibir. Ciss, jawapan tu tak boleh cheesy lagi kah?

"By the way, Haidar. Saya... Tak! Saya rasa semua yang datang hari ni suka dengan koleksi untuk wanita dan lelaki tu. Yalah, kali ni koleksi awak nampak sangat sweet and simple. Tapi, tetap terserlah ciri elegan, moden dan kasual. Pemilihan palet warna yang lembut. Fabrik utama yang awak guna tu pun saya tengok jenis yang menyelesakan. Mesti akan banyak permintaan nanti. Congratulations!"

"Thank you so much, princess. Semua rekaan baru tu takkan nampak menarik kalau bukan awak yang sweet and simple ni sebagai sumber inspirasi saya."

"Really?"

Haidar angguk-angguk.

"Well... I'm seriously flattered."

"You should be." Dia kenyit mata. Aku tayang gigi depan saja padanya.

"Oh ya, sebelum terlupa. Sebenarnya saya jumpa awak di balakang ni sebab..."

"Sorry for the interruption, boss."

"Ada apa Danny?" soal Haidar.

"Beberapa orang wartawan dari syarikat akhbar dan majalah dah tunggu bos untuk interviu."

"Orite. I'll be there in a minute," balas Haidar.

Mulutku dah bertukar menjadi mulut itik. Kata-kata yang mahu diluahkan padanya tadi aku sekadar telan tawar saja.

"Muncungnya mulut tu. Kiss baru tahu!"

Erk? Terus aku kemam mulut. Haidar gelak-gelak.

"Ohhh... I missed you terribly, baby. Awak tunggu sini. Nanti saya datang semula, okey?" Tangan itu dangkat-angkat meminta aku supaya jangan ke mana-mana.

"Okey...," balasku lemah. Sebaik Haidar melangkah pergi, tiba-tiba aku tersedar yang aku tak boleh menunggu lama lagi di sini.

"Danny, tunggu!"

Lelaki berbangsa Cina itu berpaling. Cepat-cepat aku mendekatinya

"Dinda xiaojjie, weishenme (Kenapa, Cik Dinda)?"

Pembantu peribadi Haidar ni kalau cakap dengan aku mesti akan terselit bahasa ibunda dia. Mentang-mentang la aku tahu sikit-sikit.

Tak menunggu lagi, aku mula meninggalkan pesanan pada Danny. Terangguk-angguk kepala dia. Tekun mendengar setiap butir bicaraku.

"Hao, wo hui de (Baik, saya akan sampaikan). Ada apa-apa lagi?"

"Tak ada. Itu aje. Xiexie, (Terima kasih) Danny. You jangan lupa tau."

Danny bentukkan jarinya tanda 'OK' padaku.

Aku senyum sebelum lengan baju disingkap sikit ke atas melihat jam tangan. Sekarang sudah lima setengah petang. Memikirkan masalah di rumah, laju-laju aku melangkah keluar dari belakang pentas.

"Aduh!" Teriakku.

"Ngak lihat aku lagi jalan di sini?"

Eh, kejap. Bukan dia ke yang langgar aku? Apahal nak marah aku pula?

"I minta maaf." Aku tunduk kepala layak orang Korea selalu buat tu. Malas nak cari gaduh. Lebih tepat aku tak suka membesarkan masalah.

"Maaf? Emangnya kamu tu kalau jalan ngak pakai mata ya?"

Kaki yang diangkat aku turunkan semula. Berdesing telinga menangkap suara daripada mulut longkang itu lagi. Aku kembali mendongak memandang wajahnya.

"I mean, is your brain not able to communicate to your legs, where you can and can't walk?" soalnya sambil membelit tubuh. Muka tak puas hati ditayang.

Mataku pejamkan seketika menahan rasa. Agaknya dia nampak aku berjumpa dengan Haidar tadi kut. Sebab itu la dengan sengaja dia cipta jalan nak cari pasal dengan aku.

Aku renung dia atas dan bawah.

"Rasanya you tak ada patah riuk dekat mana-mana pun, kan?" Aku menikam ke dalam matanya yang mengenakan kanta lekap berwarna biru itu.

Sebelum dia membalas pertanyaanku...

"Ohh, I lupa!"

Jari telunjukku dibawa menujah ke dada atasnya yang terdedah sehingga menampakkan lurah itu.

"Di sini yang patah riuknya. Betul tak? Mesti tadi you ada nampak I berjumpa dengan Haidar, kan? Kenapa? You marah? Cemburu?" Bibirku menarik senyum sinis.

"You!" Tanganku dia tepis kasar. Mukanya yang putih gebu kelihatan sudah bertukar rona. Bengang la tu.

Aku mengulum senyum kemenangan. Langkah yang terhenti kembali bersambung.

Buang masa aje layan dia!

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now