PART 11

1.4K 56 1
                                    

SUDAH tiga puluh minit di lebuh raya. Pun begitu, mulut kami masing-masing terkunci. Yang menjadi halwa telinga cumalah lagu-lagu dari pendrive yang aku cucuk dekat radio itu. Ini kalau tak fikir ada manusia lain dalam kereta, memang dah lama aku melalak nyanyi. Bosan kut.

Aku curi-curi tengok aktiviti Zarr di sebelah.

Sibuk sungguh dia ni dengan buku dari tadi. Catat apa benda entah. Tension juga jadi pensyarah ni ek. Hidup di mana-mana pun tak boleh nak berpisah dengan buku dan pen. Mengalahkan penulis. Huh! Bosan kuasa dua.

"Buku apa tu?" Saja aku nak menyibuk.

"Diari," jawab dia sepatah tanpa memandangku.

Aku buat muka pelik. Sebab tak sangka masih ada lagi manusia atas bumi ni rajin tulis diari.

Yalah. Bukan orang sekarang lebih suka menaip aje ke? Upadate status di Facebook, Twitter, blog dan Instagram. Khabar pada dunia apa yang mereka buat hari-hari. Sampaikan hal di dalam rumah tangga pun dicoretkan di sana!

Aku jeling-jeling Zarr bersama diari di tangannya itu. Agak-agak dia catat apa ya?

Hah... Mesti dia tulis; Hari ni balik KL tumpang gadis jelita bernama Nur Adinda.

Ahaks! Perasan betul aku ni.

"Ahem, ahem! Dr. Zarr Iskandar, boleh tak kalau saya nak tanya awak sikit?"

Dia panggung kepala menikam wajahku. Ada kerutan di dahi itu. Acah-acah peliklah tu daripada mana aku tahu dia dah berpangkat Doctor of Philosophi.

"Panggil Zarr cukup. Hurm, awak nak tanya apa?"

"Kenapa awak jadi pensyarah, bukan lawyer?" Mula dah aku nak korek-korek.

"Kerana profesyen guaman tu sangat luas. Bak kata mantan Hakim Makhamah Agung, Allahyarham Tan Sri Harun Hashim; You can become anyone if you have a degree in law except to become a doctor or an engineer."

Betul juga tu. Pernah aku dengar Abang Dika cakap, beberapa orang kawan dia tiap-tiap tahun perbaharui sijil amalam guaman, tapi pilih kerja lain. Menguruskan restoran la. Buat bisnes import eksport la. Tapi, berjaya juga.

Tak kisah la, kan. Tak semestinya sijil yang ada menunjukkan itu yang harus kita jadi. Apa yang kita belajar di universiti itu adalah ilmu. Cuma jika dipraktikkan lebih baik.

"Ini bermakna awak tak minat jadi peguam?"

Zarr menutup diari dan memeluk tubuh.

"Bukan tak minat. Saya ambil belajar jurusan undang-undang sebab abi seorang bekas peguam dulu. Dia nak saya ikut jejak langkahnya. Tapi, setakat ni saya lebih ke arah dunia mengajar. Mungkin sebab umi seorang guru sekolah. Jadi darahnya lebih kuat mengalir dalam badan saya ni," katanya, lalu ketawa sendiri.

"Allahyarham Sudirman dan beberapa lagi nama terkenal di Malaysia ni ada lulusan undang-undang tau. Tapi, mereka memilih untuk jadi apa yang mereka nak. Dan saya memilih pensyarah. Pensyarah undang-undang dan peguam tu sama aje. Bezanya saya hadap studen, bukan klien. Kalau dulu asyik keluar masuk makhamah rasa puas sangat bila dapat menangkan kes. Tapi, sekarang saya puas dan bangga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman pada bakal peguam yang hebat-hebat di uni tu."

Aku angguk-angguk. Tersenyum setuju dan kagum dengan keputusan Zarr membuka ruang kerjayanya mengikut apa yang dia suka. Bagus juga tu. Kalau kita suka dengan apa yang dibuat hari-hari, barulah diri gembira dan kerja pun berkualiti.

Aku diam. Tak tahu nak cakap apa lagi. Sebab semua dah jelas.

"Awak pulak macam mana boleh berminat jadi pereka pakaian? Kenapa tak pereka hiasan dalaman atau pereka grafik aje?"

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now