PART 9

1.3K 60 2
                                    

"Sorry."

Melihat dia sengih, bibir aku pun ikut tersengih. Tak tahu la kenapa. Mungkin kesan daripada lesung pipit dia yang dalam tu kut. Sesiapa tengok pun boleh tersenyum sendiri wehhh...

Aku jeling tubuh Zarr yang sedang melabuhkan duduk. Pakaiannya kini sudah berganti dengan kain pelekat serta baju t-shirt leher bulat yang Abang Dika bagi pinjam.

Tidak dinafikan dia kelihatan sungguh berbeza dari dulu. Badan dah seperti stok-stok mamat gim. Rambut pula dah tak serupa pelatih tentera. Lebat dan berstail! Tambah pula bila ada jambang nipis di muka dia tu. Perhhh... segak habaq hang!

"Sorry," ucapnya lagi. Aku melabuhkan duduk.

"Kenapa cakap sorry sampai dua kali ni?"

"Satu maaf buat awak terkejut masa di bilik air masa maghrib tadi. Satu lagi buat awak terkejut semasa tengah tuang air ni." Tangan itu menunjuk secangkir kopi yang baru sahaja aku hidangkan di depannya.

"Maaf diterima. Dan... saya pun nak minta maaf juga sebab panggil awak orang minyak masa kemalangan depan bilik air tu. Tak sengaja. Saya terkejut sebenarnya." Insaf dah. Lain kali aku dah tak nak tuduh orang sembarangan.

Zarr tak kata apa. Dia senyum menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun cantik.

"Macam mana dengan kereta awak? Mekanik tu dapat siapkan cepat ke?" Muncung mulut aku menghala mekanik yang sedang membaiki kereta Zarr sambil diperhati oleh Abang Dika.

"Insya-Allah. Kejap lagi siap la tu. Esok pagi-pagi saya dah boleh balik."

Aku angguk-angguk. Sedang kira-kira nak bangkit masuk ke dalam, terus tak jadi bila nampak Zarr ukir satu senyum sewaktu memandangku. Dan-dan aku rasa tak selesa.

"Ke... kenapa pandang saya tersengih-sengih macam tu?" Aku mula rasa tak selesa. Selendang di atas kepala aku betulkan walau tidak ada apa yang perlu diperbetulkan. Duduk pula dipusingkan sikit ke sisi. Segan!

"Nothing. Cuma tak sangka adik kesayangan Adika ni baru nak berkahwin. Ingatkan dah jadi mak budak," ujarnya sesedap rasa ajinomoto. Apa, dia ingat sebelum ni aku tak laku sangat ke?

"Hek eleh... Awak lagi parah. Dah sama tua dengan Abang Dika. Sepatutnya sekarang dah jadi bapak budak berusia lima tahun macam Noah tu."

Zarr sekadar ketawa lepas menerima tembakan daripada aku.

Huh, Intonasi dia ketawa pun dah serupa bapa budak.

"Lama kita tak jumpa. Seven years? Akhir jumpa rasanya masa saya dengan Adika Call to the Bar, kan?" soalnya.

"Haah, tujuh tahun."

Senyap. Selepas menyisiap dua kali kopi, dia menyoal lagi.

"Oh ya... Dah lama awak kenal dengan bakal suami awak tu?"

"Maksud awak, Haidar?"

"Tengku Haidar, CEO dan Pengarah Kreatif Hai'Der Couture. Anak lelaki Tengku Sarah dan arwah Tengku Habib. Awak ada tunang lain selain daripada dia ke?"

"Aw... awak kenal dengan dia?"

Zarr gelak.

"Siapa yang tak kenal dengan pereka fesyen muda kegilaan ramai tu, hurm?"

Aku terus sengih. Ya tak ya juga ek. Lupa pulak yang aku ni ada tunang kacak lagi popular.

"Sebenarnya tak lama sangat pun. Dalam tiga tahun macam tu. Mula-mula saya kenal Haidar di MECC, Pusat pameran dan Persidangan MATRADE. Masa tu merupakan hari kedua berlangsungnya Minggu Fesyen Malasysia di sana. Perkenalan yang saya kira agak tragik. Sebab waktu tu dia tengah sibuk ditemu bual dan saya tak sengaja terlanggar belakang Haidar sampai tersungkur dia depan semua wartawan."

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now