PART 5

1.3K 61 1
                                    

AKU tiba di Butik Adinda Wedding Wear. Butik aku. Jadi janganlah merasa pelik bila ada nama 'Adinda' di situ. Semua ni terhasil atas berkat kesabaran dan kegigihanku bekerja sebagai penolong pereka pakaian pengantin dulu. Dan sekarang, sudah lima tahun butik aku berjaya beroperasi di Jalan Bukit Bintang ini.

Hah, jangan fikir Haidar seorang saja cekap main gunting. Bakal bini dia ni pun apa kurangnya. Cuma dia lebih popular daripada aku. Balik dari luar Negara terus meletup! Mungkin sebab rekaan dan target pelanggannya lebih kepada selebriti dan golongan elit kut. Jadi tak hairan la cepat saja namanya dikenali.

Tambahan pula, banyak jenis rekaan pakaian yang dia turut ketengahkan di dalam industri ini. Seperti busana perkahwinan, tradisional, dan sekarang yang terbaru pakaian siap dipakai.

Aku?

Tipu la kalau kata tak mahu mencuba yang lain, kan? Tapi, setakat ini biarlah aku hanya meletakkan fokus pada rekaan busana perkahwinan terlebih dahulu. Itu pun dah tak menang tangan dibuatnya.

"Good morning everyone!"

"Morning boss!"

Itu Joy. Orangnya seceria nickname dia juga. Kalau sekali tengok serupa perempuan. Bila dua kali tengok, jelas-jelas jantan okey! Banyak pelangganku yang pertama kali masuk ke sini tertipu dengan rambut paras bahu rebonding dia yang cantik berkilat tu kalau dilihat dari belakang.

"Pagi, bos!" Balas Noni pula. Bergegas dia bangun tatkala aku berjalan ke arahnya yang sedang duduk di kerusi kaunter. Alat kawalan jauh dicapai dan dia terus mematikan TV.

Haih... Pantang ada peluang sikit, memang nak hadap TV sajalah dia tu. Ingatkan drama Melayu aje dia layan. Kartun pun dia hentam tengok juga.

"Noni, saya nak awak keluarkan semua baju-baju pengantin milik Butik Debar Bridal Sense yang dah siap. Lepas tu, masukkan ke dalam garment bag," arahku.

"Kak Maya nok maghi ambil baju-baju tu sendiri ke, bos?"

"Hmm, pagi ni dalam pukul sembilan setengah macam tu."

"Hah, okey-okey. Lening gop saya pergi uruskang."

Noni bergerak masuk ke dalam bilik penyimpanan pakaian pelanggan. Manakala aku menyambung langkah menuju ofis.

"Eh, bos! Kata tak datang butik hari ni sebab nak balik kampung, kan? Tak jadi ke?" Soal Luna, pembantuku sebaik saja aku melintas di hadapannya yang baru keluar dari bilik menjahit. Kemudian ikut berjalan denganku.

"Jadi... mungkin petang nanti kut. Sebenarnya saya terlupa yang tiga hari lepas Kak Maya ada telefon saya sendiri cakap nak berjumpa hari ni. Nak bincang tentang rekaan baru dan ambil baju-baju yang dia minta kita buat dua bulan lepas."

"Ohh..."

Berhenti di depan pintu pejabatku, aku angkat tangan melihat jam yang terikat.

"Pukul sebelas kita pergi Anggun Tekstil. Dan macam biasa, semak baik-baik rekod material untuk setiap baju klien. Saya tak nak satu pun tertinggal. Nanti menganggu kerja kita pulak."

"Noted, boss!"

Aku tark senyum.

"Dah, pergi sambung buat kerja."

Setelah Luna berlalu pergi, aku memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam. Menghempas punggung di atas kerusi, beberapa hasil lakaran busana yang separuh siap diambil. Lalu, dibelek satu persatu.

Harap-harap sempatlah nak disudahkan rekaan-rekaan ni. Kerana sekarang hanya tinggal beberapa bulan saja nak masuk bulan Disember. Bermakna sebulan sebelum itu mesti semua klienku akan datang mahu mengambil baju mereka.

WALIMATUL URUS AKU & DIAWhere stories live. Discover now