Epilog

21.8K 177 0
                                    

     Anak gadis berusia 12tahun itu hanya mampu menangis di sudut rumah kosong tanpa mengerti apa yang telah berlaku padanya. Bahagian kemaluannya terasa sakit, dia tertanya-tanya apa yang telah dilakukan oleh Syafiq, sepupu lelakinya itu terhadap dia. Sebentar tadi Syafiq mengajak dia bermain 'permainan baru' dan kini Syafiq telah pergi meninggalkan dia terpinga-pinga sendirian. Perlahan-lahan anak gadis itu bangun lantas memakai semula pakaiannya dan terus berlalu pulang meninggalkan rumah kosong tersebut.

     Dia terasa sakit, keliru, bingung, benci, semuanya seolah-olah bercampur aduk. Hendak mengadu pada ibunya? Sudah tentu tidak! Awal lagi ibunya sudah berpesan agar tidak terlalu bergaul dengan Syafiq kerana sepupunya itu memang terkenal di kalangan keluarga mereka dengan sifat yang amat nakal. Tapi dia degil, dia yang membesar sebagai anak tunggal seringkali berasa sunyi. Ibu sibuk berniaga manakala ayahnya bekerja sebagai tukang rumah, lantaran itu juga dia gemar bersiar-siar di kawasan kampung dan sesekali bermain dengan Syafiq.

     Anak gadis itu berjalan perlahan-lahan menuju gerai makan ibunya, kelangkangnya terasa sakit benar. Sebaik sahaja dia tiba di gerai, susah terdengar suara ibunya,
     "Raisya! Pergi mana tadi? Puas ibu cari kamu sampai ke rumah!" Soal Puan Rahmah tegas.
     Hati ibu mana tidak bimbang bila satu-satu anak gadisnya pergi entah ke mana tanpa meminta izinnya terlebih dahulu?
     "Err Isya.. Isya tak pergi mana pun, ibu. Isya jalan-jalan sekitar kampung saja." anak gadis itu menipu ibunya, bimbang ibunya terlalu risaukannya.
     Puan Rahmah sudah bercekak pinggang di hadapan anak gadis itu, matanya mencerlung tajam membuatkan anak gadis itu terus tertunduk memandang tanah. Takut ingin bertentang mata dengan ibunya itu.
     "Sudah berapa kali ibu pesan, nak pergi mana sekalipun minta izin ibu dulu! Sekurang-kurangnya tidaklah ihu terlalu risaukan kamu. Kamu itu satu-satunya anak ibu." suara Puan Rahmah berubah sayu sambil membelai wajah cantik anaknya itu.
Raisya mara ke depan lalu terus memeluk erat pinggang ibunya itu.
     "Isya minta maaf sebab buat ibu risau. Ibu tolong jangan sedih, Isya sayang ibu sangat-sangat" tulus sekali luahan hati nak gadis tersebut. Sebentar dia terlupa akan perbuatan Syafiq terhadapnya sebentar tadi.
     Perlahan bibir Puan Rahmah mengukir senyuman, Raisya sememangnya seorang anak yang baik dan manis, tidak pernah sekalipun kurang ajar dengan dia dan suaminya.
     "Raisya mari sini tolong ibu kemas barang boleh? Dah boleh tutup gerai ni, barang banyak dah habis. Risau kejap lagia da pelanggan datang tapi tak ada benda untuk dimakan dah."
     Raisya tersenyum simpul sambil mengangguk laju, dia gemar membantu ibunya berniaga sebab ibunya sering memberi upah. Duit upah tersebut dia akan simpan ke dalam tabung untuk digunakan semasa hari sekolah.

     Sebaik sahaja selesai mengemas gerai, ayahnya tiba dengan memandu sebuah kereta Waja lama yang dibeli oleh ibunya 3tahun lepas. Encik Radi keluar dari perut kereta lalu melangkah ke arah anak dan isterinya yang sudah berdiri di hadapan gerai bersama barang-barang niaga mereka.
     "Anak ayah nakal tak harini?" Soal Encik Radi sambil mengusap lembut kepala anak gadisnya itu. Raisya ketawa mengekek lalu menjawab,
     "Harini pun Isya baik je, tak nakal langsung!" Puan Rahmah turut ketawa melihat telatah anak tunggalnya itu.
     "Iya laa tu tak nakal, yang tadi hilang ke mana sampai merata ibu cari tu apa?" bidas Puan Rahmah, Raisya mula mencebik.
     "Isya pergi mana tadi? Tak tolong ibu ye?" soal Encik Radi pada Raisya. Raisya mula menunduk,
     "Isya pergi jalan-jalan di kampung saje, tak sedar dah lewat tadi. Tapi Isya sempat tolong ibu kemas kedai!" bersemangat Raisya membela dirinya, Encik Radi tersenyum sambil menggeleng.
     "Denda sebab Isya lambat tolong ibu tadi, Isya kena tolong masukkan barang-barang ni dalam kereta. Upahnya kejap lagi kita beli aiskirm, nak tak?" Raisya bersorak girang bersama ibunya. Pantas saja dia memasukkan barang niaga ke dalam kereta. Selesai memasukkan barang ke dalam kereta, mereka pun bergerak pulang ke rumah.

     Inilah keluarga Nur Raisya Afiqah. Kecil, sederhana namun bahagia. Tapi adakah Raisya akan terus bahagia? Apa yang telah Syafiq lakukan padanya? Adakah ibu dan ayahnya akan mengetahui akan perbuatan Syafiq kepadanya itu?

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now