Malam itu setelah selesai majlis tahlil buat Puan Rahmah, Raisya termenung sendirian di dalam kamarnya. Suara ibunya masih terngiang-ngiang di telinga membuatkan dia terus menangis. Dia tidak dapat melelapkan mata. Setiap kali dia ingin melelapkan mata, pasti dia terbayang akan wajah ibunya. Terasa dirinya begitu berdosa terhadap Puan Rahmah selama ini.
Raisya segera mencapai kunci kereta lalu bergerak keluar dari kamar. Ayahnya yang ada di katil arwah ibunya menegurnya.
"Isya nak pi mana?" Soal ayahnya perlahan.
"Isya nak keluar kejap." Balas Raisya sambil menoleh sekilas ke arah ayahnya.
'Huh! Orang dah meninggal baru terhegeh-hegeh nak menangis, menyesal konon!' Cemuhnya dalam hati. Tiba-tiba dia tersentak, cemuhannya itu seolah berbalik pada dirinya.
'YA ALLAH! Aku menyesal tinggalkan ibu!' Segera diseka air mata yang ingin mengalir.
"Ayah tak payah tunggu Isya. Isya bawa kunci rumah sekali." Ujar Raisya sambil mengukir senyuman kelat buat ayahnya. Ayahnya hanya mengangguk kecil tanpa berkata apa-apa.
Enjin kereta dihidupkan lalu kereta milik Raisya terus meluncur keluar dari kawasan rumahnya. Dia menuju ke arah Menara Alor Star.
Setibanya di situ, dia terus bergerak keluar dari perut kereta. Dia berjalan menuju ke arah salah sebuah bangku kosong di situ. Dihela nafasnya kasar. Dia merasa bersalah kerana meninggalkan ibunya selama ini. Tetapi dia sedar, sekalipun dia tidak meninggalkan ibunya, ajal tetap datang seperti yang ditentukan oleh Tuhan buat ibunya.
Dicapai sebatang rokok lalu segera dinyalakan. Perlahan asap rokok dihembus tanpa mempedulikan pandangan orang sekeliling padanya.
"Tuhan.." Sepatah kata meniti di bibirnya.
"Andai Tuhan itu wujud.. Kenapa hidup aku penuh malang?" Ratapnya sendiri. Air mata yang bergenang dibiarkan terus mengalir tanpa cuba diseka.
"Daripada aku kecil.. Sampai sekarang... Kenapa tak habis-habis malang dalam hidup aku?" Suaranya makin meninggi membuatkan orang ramai semakin memandangnya. Mungkin orang ramai beranggapan dia gila.
Tiba-tiba dia bagai terdengar satu suara dari dalam fikirannya sendiri.
'Setiap kali kau diuji adakah kau meminta pertolongan daripada-Nya? Kau lupa pada Dia, Raisya!'
"Tak! Aku tak lupa!" Tegas Raisya sendirian. Fikirannya berkecamuk.
'Kau solat ke, Raisya? Kau buat tak perintah-Nya? Apa bukti kau ingat pada-Nya?'
Suara-suara tu terus bergema di dalam fikirannya. Raisya menutup rapat kedua-dua belah telinganya.
'Allah uji kau sebab Dia nak kau kembali pada Dia. Berubah lah Raisya.. Berubah selagi kau masih bernyawa. Sampai satu saat nanti kau kehilangan nafas kau, saat itu dah tiada guna untuk kau menyesal!'
Raisya tersentak lagi.
"Berubah..." Ujarnya sendirian. Segera dikesat pantas. Dia berlari masuk ke dalam kereta lalu dia berlalu pergi dari situ. Dia membuka radio di dalam keretanya agar tidak terasa sunyi.
Firman Allah S.W.T :
"Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah Subhanahu wata'ala berfirman, artinya, "Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya."Raisya terpana mendengar tazkirah dari radio yang baru dihidupkannya itu. Terlepas putung rokok di tangan yang baru dinyalakannya tadi. Raisya terus menutup radio itu semula. Dia ingin segera pulang ke rumahnya.
Setibanya di rumah, tiada lampu yang menyala. Kemungkinan ayahnya sudah tidur. Raisya melangkah masuk ke dalam rumah. Ayahnya terbaring di atas katil milik arwah ibunya sambil memeluk selimut arwah. Hati Raisya dipagut rasa sayu. Dia segera mengatur langkah ke dalam bilik.
Dia membuka aplikasi Wechat di telefon bimbitnya. Dia membaca satu persatu ucapan takziah dari rakan-rakan dalam dunia cheong tersebut. Ada yang menghantar chat dan bertanyakan keadaan dia. Dia menaip sesuatu untuk di post pada wall Wechat miliknya.
"Bermula dari bulan 9, 2016. Aku berkecimpung dalam dunia ni. Semuanya demi dia! Demi dia semata-mata! Dan hari ni. Aku dah kehilangan dia buat selama-lamanya. Tiada makna lagi untuk aku terus berada dalam dunia ni. Izinkan aku mengundur diri. Dengan ini, secara rasminya.. Miss Luna retired dan account ni akan dipadam. Goodbye Cheong World. Thanks buat yang membantu, dari segi tenaga, kewangan dll. Aku sangat-sangat hargai. Sehingga kita berjumpa lagi. TQ."
Tidak sampai 5 minit pesanan itu di post, sudah ramai yang memberikan komen. Dan rata-rata mereka bersetuju malah menyokong tindakan Raisya. Tak kurang juga yang menghantar pesanan secara personal. Dia memberikan nombor telefon rasminya kepada beberapa kenalan yang dia kenali.
Hanani juga menghantar pesanan buatnya.
"Babe! Takziah weh. Aku baru tengok post ko."
Raisya pantas membalas sambil menyalakan sebatang rokok.
"Its okay."
Pada masa yang sama salah seorang kenalan lelakinya yang digelar Pakmat dari Melaka turut menghantar pesanan.
"Takziah, mat. Mat harap semuanya baik-baik saja."
Raisya tersenyum sendirian sebelum membalas.
"Thanks, mat. Bila-bila datang utara, call ler."
Raisya terlihat notifikasi bahawa Hanani menghantar sebuah pesanan gambar padanya. Raisya terbatuk kecil dek kerana tersedak tika menghisap rokok atau lebih tepat setelah melihat gambar dihantar oleh Hanani.
"Aku pun nak retired."
Bersama pesanan itu, Hanani menghantar gambar sebuah pregnancy test yang menunjukkan dua line merah atau erti kata lain, positif!
"OMG!!! Dengan Syamsul ke???"
Terhibur seketika Raisya melayan si Hanani. Tangannya terus ligat menyalakan rokok. Dia tidak berasa puas walau sudah berbatang dihisapnya. Selalunya dia akan berhenti setelah terasa sesak nafas atau sakit di bahagian dadanya.
"Dia lahh. Sape lagi kan?"
Belum sempat Raisya membalas, sebuah panggilan masuk ke telefonnya daripada Pakmat. Raisya segera menjawab panggilan tersebut.
"Mat okay ke?" Soal Pakmat prihatin.
"Mat okay je. Asal ni Mat call?" Iya, semua orang digelar Mat oleh Pakmat tidak kira orang tu lelaki atau perempuan. Raisya tidak ambil pusing tentang hal itu.
"Mintak maaf kalau ganggu. Cuma.. Mat ada jumpa dengan Hanani tak?" Soalan Pakmat membuatkan Raisya kehairanan sebentar.
"Kenapa mat?" Tanya Raisya ringkas.
"Tak.. Macam ni mat. Si Hanani ada pinjam duit daripada Ziza. Tak laa banyak tapi beratus jugak la. Then terus diam macam tu je. Last dia update cakap excident time ontheway job." Raisya terpinga-pinga mendengar penjelasan daripada Pakmat.
"Tak tahu ler mat. Mat kat kampung lagi ni, belum balik KL." Balas Raisya tidak ingin masuk campur.
"Okey ler mat. Kalau Hanani ada call ke apa ke, mintak dia contact Ziza eh. Kalau dia tak ada duit nak bayar pun tak apa tapi at least update dengan si Ziza. Dah mengamuk Ziza tu haa!" Jelas Pakmat lagi. Raisya tergelak kecil mengingatkan rakannya yang digelar Ziza Bunga itu. Gadis itu memang terkenal dengan sikap baran dan meroyannya. Raisya juga terasa gadis itu agak mengjengkelkan.
"Okay mat, apa-apa nanti mat Whatsapp. Goodnight." Ucap Raisya sebelum memutuskan panggilan.
Ah dunia cheong! Penuh dengan kemewahan, bahaya dan juga drama! Bila diingatkan kembali saat pertama kali dia menyertai dunia itu, dia juga takut. Namun setelah dimaklumkan bahawa setiap kali job, pelanggannya wajib memakai perlindungan, Raisya menarik nafas lega. Setiap 3bulan juga Raisya akan ke klinik swasta untuk melakukan full medical checkup demi keselematan dirinya. Dia juga diajar bagaimana hendak memastikan tarikh, kawasan dan pelanggan yang selamat untuk berurusan.
Tidak dinafikan setiap kali job, dadanya hampir nak pecah dirasakan. Bimbang andai pelanggan itu merupakan seseorang yang dikenali, hotel di serbu dan lain-lain. Namun sepanjang Raisya berkhidmat sebagai Miss Luna, Raisya masih belum berhadapan dengan situasi begitu melainkan hadap pelanggan yang degil.
Bila difikirkan balik, dia mula tertanya-tanya adakah keputusan yang dibuatnya itu betul. Pergi daripada dunia cheong bermakna dia tidak lagi dapat menikmati hidup mewah. Segera diusir semua tanggapan itu. Dia harus tekadkan hati agar tidak berpaling ke arah itu lagi.NAMUN! Berjayakah Raisya keluar dari dunia cheong sepenuhnya? Atau dia kembali terjerumus ke lembah gelap itu?

ANDA SEDANG MEMBACA
Relakah Dikau?
RomansaPerit? Namun masih gagah melangkah sambil tersenyum demi hari-hari yang dilewatinya? Dugaan demi dugaan menimpa Nur Raisya Afiqah sehingga dia terpaksa mengambil jalan mudah. Tetapi apakah kesudahannya? Adakah dia kekal di dalam sisi gelap hidupnya...