Part 17

4.9K 62 2
                                    

"Im so lonely, broken angel
Im so lonely, listen to my heart
You, you are the one
I miss you so much
Now that you're gone
Don't, don't be afraid
I'll be by your side
Leading the way

Im so lonely, broken angel
Im so lonely, listen to my heart
One and only broken angel
Come and save me before I fall apart"

     Begitu penuh penghayatan Raisya menyanyikan lagu Broken Angel di pusat karaoke tersebut. Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahirannya yang ke-19. Awal pagi tadi dia telah menerima 'suprise delivery' daripada Tuan Ahmad sementelah Raisya tidak lagi tinggal di Kuala Lumpur. Hanani juga telah berhenti dan berkahwin dengan kekasihnya lalu berpindah ke negeri pantai timur.
"Lepas ni hang nak pi mana pula?" Suara Hafiz dikuatkan agar dapat menandingi bunyi sound system dalam bilik karaoke tersebut.
"Tak tahu la. Tapi aku nak jumpa Pian dulu, mintak duit sikit. Boleh enjoy lebih sikit malam ni." Balas Raisya sambil tersengih-sengih. Benar, tiap lelaki yang hadir dalam hidupnya sekarang hanya digunakan untuk kepentingannya sahaja. Meskipun Pian pernah melamar dia untuk dijadikan sebagai isteri kedua namun Raisya tegas menolak lamaran tersebut.
Bagi Raisya, dia mungkin jalang tapi dia bukan perampas! Begitu juga Amri, pernah menyuarakan hasrat agar Raisya menjadi miliknya seorang tapi Raisya enggan dikonkong.
     Raisya awal lagi dah meminta wang pada Pian. Dengan alasan ingin melangsaikan bil eletrik rumahnya, sedangkan bil eletriknya tak pernah tertunggak lagi. Yang paling membuatkan Raisya berpuas hati adalah bila Pian hanya menurut tanpa pertanyaan walaupun kadang mencapai ribuan ringgit yang dipinta oleh Raisya. Cinta itu buta!
     Selesai lagi dua buah lagu dinyanyikan oleh Raisya dan Hafiz, mereka beransur pulang dari pusat karaoke tersebut.
     "Lepas hang ambil duit kat Pian, hang ada nak pi mana-mana lagi tak?" Soal Hafiz sebaik sahaja memulakan pemanduan. Ya, sejak kejadian kereta Raisya rosak di stesen KTM tempoh hari, dia hanya menumpang Hafiz jika ingin ke mana-mana meskipun kereta miliknya sudah selesai dibaiki. Raisya kan suka mengambil kesempatan atas lelaki. Haha!
     "Aku boring. Tapi tak tahu nak pi mana? Awat?" Balas Raisya semula sambil menyalakan sebatang rokok.
     "Aku ada nak bawal hang pi satu tempat. Aku selalu pi situ bila nak tenangkan fikiran aku. Nak pi tak?" Soal Hafiz teruja. Berkerut dahi Raisya memandang Hafiz yang jelas teruja.
     "Boleh ja. Tapi yang hang excited lebih ni dah kenapa?" Hafiz hanya ketawa kecil mendengar soalan Raisya. Telefon bimbit Hafiz yang terletak pada dashboard bergetar. Tertera nama 'Abu' pada skrin telefon bimbit tersebut.
     "Abu call hang. Awat tak jawab?" Tanya Raisya sambil menjuihkan bibir ke arah telefon bimbit Hafiz.
     "Biar ja dia. Sat lagi aku call dia balik." Senyuman langsung tidak lekang dari bibir Hafiz membuatkan Raisya semakin aneh dengan sikap Hafiz.
     "Hang singgah 7E depan tu. Rokok aku dah habis la." Pinta Raisya tiba-tiba. Hafiz hanya menurut permintaan Raisya itu tanpa bicara.
     Setibanya di 7E tersebut, Raisya terus melangkah keluar dari kereta meninggalkan Hafiz. Sekali lagi telefon bimbit Hafiz bergetar, Hafiz segera menjawab.
     "Hang dekat mana?" Tanya Abu di penghujung talian.
     "Kami ontheway dah. Sat lagi sampai la. Semua ready dah ka?" Balas Hafiz sambil memerhati andai Raisya dah kembali dari 7E tersebut.
     "Semua ready dah, hampa ja tak sampai lagi!" Jelas nada sindir dari percakapan Abu namun Hafiz tidak ambil pusing, Abu memang begitu orangnya.
     "Raisya mai dah ni. Aku letak dulu, sat lagi kami sampai." Tanpa menunggu jawapan dari Abu, Hafiz terus menamatkan panggil tersebut apabila melihat Raisya berjalan mendekati keretanya bersama sekotak rokok dan dua botol minuman.
     "Nah! Aku beli ja ni, tak tahu la hang minum atau tak." Ulas Raisya ringkas sambil mengjongket bahu.
     "Hang beli apa pun aku telan jaa." Balas Hafiz sambil ketawa terbahak-bahak. Raisya tiba-tiba menahan Hafiz dari memandu keluar dari situ.
     "Tunggu sat sini. Pian call tadi, dia kata dia ada area ni. Sat lagi dia sampai." Akhirnya mereka hanya menunggu dalam kereta tersebut. Raisya hanya menghisap rokok sambil scroll screen telefon bimbitnya. Begitu juga Hafiz.
     "Tu sampai dah." Raisya membetulkan rambutnya sebelum melangkah keluar dari kereta Hafiz menuju ke sebuah kereta Wira berwarna jingga yang terparkir di hadapan kereta Hafiz.
     Pian keluar dari keretanya dan turut menghampiri Raisya.
     "Hai, abang!" Sapa Raisya pura-pura manja. Tersengih Pian melihat telatag Raisya.
     "Raisya sihat?" Tanya Pian sambil mengelus rambut panjang Raisya. Raisya hanya mengangguk kecil sambil tersenyum.
     "Ni Raisya mai dengan siapa?" Soal Pian lagi tanpa jemu memandang ke arah Raisya.
     "Macam biasa la,bang. Dengan Hafiz haa." Balas Raisya seraya memuncungkan bibir ke arah Hafiz yang didalam kereta. Hafiz hanya tersenyum sambil mengangkat tangan ke arah Pian.
     "Pi tengok abang beli apa untuk Raisya kat dalam kereta tu." Pinta Pian sambil tersenyum. Raisya dengan teruja terus berlari anak ke arah pintu hadapan kereta Pian. Sebuah kotak sederhana besar berwarna merah hitam di atas seat penumpang hadapan.
     Raisya mencapai kotak tersebut lalu berjalan semula ke arah Pian.
     "Buka la dulu.." Arah Pian lagi membuatkan Raisya tersengih. Sebaik sahaja kotak tersebut dibuka, ada sebuah patung teddy bear berwarna coklat dan seutas rantai emas yang tergantung di kaki teddy bear tersebut.
     "Untuk apa ni, bang?" Soal Raisya gembira sekaligus teruja dengan hadiah tersebut.
     "Selamat ulangtahun kelahiran, sayang." Ucap Pian sambil mengucup lembut pipi Raisya. Raisya tergamam seketika, tidak pernah lagi dia menerima hadiah rantai emas sebegini atau lebih tepat tak pernah ada sesiapa pernah hadiahkan emas padanya.
     "Terima kasih, abang." Ucap Raisya tersipu malu.
     "Ni Raisya nak pi mana pula?" Soal Pian sambil memegang erat tangan Raisya, Raisya hanya membiarkan perlakuannya itu.
     "Lepas ni nak balik dah. Awat abang?" Raisya memandang tepat ke arah anak mata Pian. Raisya, memang pandai betul menggoda dan menagih simpati orang!
     "Ni duit yang Raisya minta. Jaga diri elok-elok. Jaga hadiah abang bagi tu." Pesan Pian sambil sekali lagi mengucup dahi Raisya, manakala tangannya menghulurkan 10 keping not 100 pada tangan halus Raisya.
     "Terima kasih tau abang. Raisya janji Raisya akan jaga elok-elok barang ni." Balas Raisya sambil membuat wajah comel. Dia berjalan menghampiri kereta Hafiz sambil sesekali menoleh ke belakang untuk melambai pada Pian.
     "Dah, jom kita pi!" Terus hilang riak manja Raisya sebaik saja masuk ke dalam kereta Hafiz.
     "Apa benda la sampai bagi rantai emas bagai!" Rungut Raisya sambil melakukan aktiviti wajibnya iaitu merokok.
     "Dia bagi apa kat hang?" Soal Hafiz ringkas.
     "Teddy bear dengan rantai emas!" Balas Raisya acuh tak acuh.
     "Okey la tu. Aku pun tak mampu nak bagi rantai emas kat hang." Ujar Hafiz perlahan namun cukup untuk didengari oleh Raisya membuatkan Raisya mendengus kasar.
     "Untuk apa rantai emas segala? Tu la yang tak ada siapa faham aku. Aku bukan nak duit, aku nakkan perhatian. Tak payah nak bagi aku macam-macam benda, duit berlambak. Aku cuma nak perhatian. Tak ada guna kalau lelaki tu bagi duit berkepuk tapi bila aku ajak borak pun dia tak layan. Yang lelaki tahu, sex ja! Menyampah aku!" Rungut Raisya bengang membuatkan Hafiz tertawa.
     "Habis buat apa hang layan depa?" Kali ni giliran Raisya pula tertawa namun lebih sinis.
     "Sebab depa bodoh. Aku senyum, aku manja sikit pun depa sanggup bagi macam-macam dah. Lagipun depa semua dah ada bini. Aku tau depa bukannya boleh bagi perhatian yang aku nak pun so better aku guna depa untuk kepentingan aku sendiri ja." Balas Raisya sinis dan yakin sekali suaranya. Akhir sekali perjalanan mereka sunyi sepi tanpa bicara sehingga mereka tiba di Tasik Jitra.
     "Aku dah agak hang nak mai sini." Ujar Raisya memecah kesunyian. Hafiz tiba-tiba berdiri di belakang Raisya.
     "Aku tutup mata hang boleh?" Soal Hafiz sambil memegang sehelai kain berwarna hitam.
     "Apa benda la hang buat nii." Gumam Raisya agak kuat, agak cemas sebenarnya. Matanya perlahan ditutup oleh kain tersebut dan dia berjalan sambil dipimpin Hafiz. Tiba di satu tempat dia terdengar suara beberapa orang lelaki menyanyikan lagu 'Happy Birthday' sebelum ikatan matanya dibuka.
     Di hadapannya terdapat sebiji kek size sederhana dikelilingi oleh kawan-kawan Hafiz iaitu Abu, Syamir dan Aidil. Sekali lagi Raisya tergamam sebab dia belum pernah meraikan sambutan hari lahir sebegini sebelumnya.
     "Apa benda laaa.." Ujar Raisya gugup. Hafiz dan lain-lain tersengih manakala Hafiz menjuihkan bibir ke arah lilin pada ke tersebut. Raisya hanya menurut sambil tersenyum manis. Dia memotong kek tersebut lalu dibahagikan pada mereka semua.
     "Ikut aku sat, boleh?" Ajak Hafiz setelah dia dan Raisya selesai menjamah kek tersebut.
     "Nak buat apa?" Tanya Raisya kehairanan.
     "Ada lahhh.." Tanpa menunggu jawapan dari Raisya, Hafiz terus menarik tangan Raisya agar mengikutinya. Mereka berdiri betul di hadapan tasik, orang ramai disekeliling langsung tidak dihiraukan mereka.
     "Selamat ulangtahun, Raisya. Aku ada benda nak cakap ni. Tapi aku tak tahu macam mana nak cakap dekat hang.." Jantung Raisya berdegup kencang, dia telah lama sedar akan perasaan Hafiz terhadapnya tapi dia selalunya berpura-pura tidak tahu.
     "Aku suka hang. Lebih dari seorang kawan... Aku tahu hang dah lalui macam-macam tapi aku harap hang dapat bagi peluang kat aku." Ujar Hafiz perlahan sambil tersenyum. Raisya melepaskan tangannya yang di dalam genggaman Hafiz sambil tersenyum lembut.
     "Aku bukan tak mahu.. Tapi kita kawan dari kecil dan aku rasa kurang selesa kalau kita lebih dari seorang kawan. Awkward gila wehhh." Ujar Raisya sambil cuba ketawa, Hafiz hanya tersenyum pilu ke arahnya membuatkan Raisya berasa bersalah.
     "Tapi... Peluang tu ada ja. Selagi aku tak kahwin, selagi tu peluang ada. Jadi buktikan lah yang hang bukan macam lelaki lain. Buktikan yang hang mampu jadi ciri-ciri yang aku nak." Ujar Raisya lembut sambil berpeluk tubuh memandang ke arah tasik.
     "Aku akan cuba sedaya upaya aku. Tunggu aku tau." Hafiz mulai tersenyum kembali, Raisya hanya membalas dengan senyum sinis.
     "Aku tak janji yang aku akan tunggu hang tapi macam aku kata. Selagi aku tak kahwin, peluang tu ada ja." Raisya terus berlalu pergi dari situ lantas menghampiri kawan-kawan Hafiz yang lain. Dia mencapai kotak rokok lalu dinyalakan sebatang sambil duduk memerhatikan tasik. Dia tahu taman rekreasi merupakan tempat dilarang merokok tapi dia tidak pernah kisah.
     Selepas langit mulai bertukar jingga menandakan sudah hampir senja, Hafiz mengajak Raisya pulang. Raisya hanya menurut tanpa sebarang kata. Keadaan sememangnya menjadi lebih kekok apatah lagi selepas Hafiz meluahkan perasaannya tadi.
     Kadang-kadang Raisya sendiri termenung memikirkan entah apa yang istimewa pada dirinya sehingga membuatkan lelaki-lelaki itu menyintainya. Dia hanya gadis biasa. Lagi malang dia juga merupakan gadis jalang dan bekas pelacur. Langsung tidak menarik malah jijik di mata masyarakat namun lelaki-lelaki ni tetap ingin menyintainya.
     Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Raisya, dia mencapai barang serta hadiah daripada Pian sebentar tadi sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Tatkala dia ingin mengatur langkah ke dalam rumah. Hafiz memanggilnya ke bonet belakang kereta.
     "Awat?" Tanya Raisya malas. Dia sudah penat sebenarnya. Sejak awal pagi lagi dia keluar ke sana sini, sekarang sudah jam 8 malam baru dia pulang.
     "Happy Birthday." Ucap Hafiz tulus sambil menghulur sejambak bunga ros dihiasi beberapa jenis coklat kesukaan Raisya.
     "Thanks." Balas Raisya ringkas sambil tersenyum simpul. Dia membawa jambangan hunga serta kotak hadiah Pian ke dalam rumahnya. Mujur saja ayahnya tiada di rumah. Kalau tidak pasti ayahnya akan bertanya tentang hadiah-hadiah tersebut.
     Rantai pemberian Pian segera dipakai, manakala teddy bear diletakkan di atas katil. Kotak kosong disimpan di atas almari bajunya. Kuntuman bunga ros pemberian Hafiz diambil lalu dimasukkan ke dalam pasu yang diisi sedikit air lalu diletakkan di atas meja solek.
     Dia mengambil gambar rantai yang dipakai, teddy bear serta kuntuman bunga lalu di hantar kepada si pemberi hadiah sebagai tanda dia menghargai hadiah-hadiah tersebut.
     Akhirnya Raisya menyalakan sebatang rokok lalu terbaring lesu di atas katil. Sebaik sahaja rokok tersebut habis, Raisya segera ke kamar mandi bagi membersihkan diri. Sedang Raisya mandi, dia terdengar bunyi enjin kereta ayahnya di luar rumah.
     Dia hanya menyarung seluar tracksuit dan tshirt lengan pendek sahaja selepas mandi sebelum melangkah ke dapur untuk meminum air.
     "Isya dah makan ka?" Suara Encik Radi mengejutkan Raisya yang baru sahaja ingin keluar dari biliknya. Berkali-kali Raisya mengusap dadanya menghilangkan rasa terkejut.
     "Isya makan dah tadi dengan Hafiz." Jawab Raisya ringkas sambil menuju ke dapur.
     "Haiii.. Isya ada apa-apa ke dengan Hafiz?" Jelas suara Encik Radi cuba menahan ketawa.
     "Mana ada la, yah.." Mendatar saja jawapan Raisya.
     "Well.. Dia ada rasa something dengan Isya. Unfortunately Isya tak rasa benda yang sama dengan dia. The end." Cerita Raisya ringkas kepada ayahnya.
     "Hafiz tu lurus budaknya.." Ujar Encik Radi bersahaja.
     "Lurus pun tak bermakna dia tak boleh nak kerja betul-betul, yah. Ni kerja pun nak taknak, ada hati pulak nak kahwin." Rungut Raisya sambil menayang wajah bosan. Encik Radi hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.
     "Isya masuk bilik dulu ya." Ujar Raisya meminta izin. Encik Radi mengangguk kecil sambil memberi izin.
     "Pergi lah." Raisya terus meluru ke dalam biliknya sebaik mendapat izin ayahnya. Pintu bilik dikunci lalu Raisya duduk di birai katil sambil menyalakan rokok. Sebatang demi sebatang sambil mendengar lagu di telefon bimbitnya sehingga dia penat lalu berbaring sambil matanya terpejam rapat. Satu lagi hari berlalu semenjak Raisya berhenti menyertai 'cheong' lebih kurang seminggu yang lalu.
    

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now