Part 16

4.8K 67 6
                                    

Sebaik sahaja tiba di rumah Raisya, Ray mengejutkan Raisya dari tidur. Jelas sekali gadis itu keletihan.
"Raisya.. Bangun. Dah sampai ni." Kejut Ray lembut. Raisya bangun mendadak. Digosok lembut matanya lalu melihat ke arah rumahnya.
"Dah sampai?" Soal Raisya lagi sekali. Ray hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Thank you, Ray. Sorry menyusahkan you. Wife you okay ke?" Soal Raisya lembut. Dia rasa bersalah kerana mengabaikan Ray tadi.
"Wife I dah bersalin. Tu pasal I lambat tadi." Jelas Ray ceria.
"Wah! Tahniah Ray. Baby girl ke boy?" Soal Raisya ramah.
"Baby girl pulak yang ni. Okay la dah sepasang kan." Ujarnya sambil tergelak kecil.
"Ambil ni buat beli barang baby, okay. Thanks again." Raisya meletakkan dua keping not 100 ke atas dashboard sebelum terus keluar dari kereta. Dia tahu Ray akan tolak pemberiannya itu, sebab itu dia terus keluar tanpa menunggu.
Raisya terus masuk ke dalam rumah sebaik sahaja kereta Ray keluar dari perkarangan rumahnya. Rumahnya sudah gelap bermakna mungkin ayahnya sudah tidur. Raisy membuka pinty dengan perlahan lalu mengatur langkah ke biliknya setelah memastikan pintu berkunci.
Raisya segera ke bilik mandi bagi membersihkan tubuhnya yang digunakan oleh Irfan sebentar tadi. Selepas membersihkan diri, matanya terasa sangat mengantuk. Raisya terus merebahkan diri ke atas katil lalu memejamkan matanya.

Raisya terjaga apabila terdengar bunyi enjin kereta ayahnya. Terpinga-pinga dia bangun dari katil. Selesai meregangkan badan, dia terlihat jam di dinding yang menunjukkan jarum ke arah 12. Baru dia sedar betapa penatnya dia. Perutnya pula berkeroncong dek kerana lapar. Raisya segera mandi lalu setelah bersiap ala kadar, dia keluar dari bilik. Dilihat ayahnya di hadapan televisyen sambil memegang telefon bimbitnya.
"Ayah, pinjam phone kejap. Phone Isya rosak." Pinta Raisya lembut sambil memberi alasan.
"Bila Isya balik? Kereta tak ada pun?" Jelas ayahnya terkejut dengan kehadirannya.
"Isya balik semalam. Kereta rosak, kawan Isya hantar balik semalam." Jelas Raisya sambil menyambut huluran telefon bimbit ayahnya.
"Nak ayah amikkan kereta ke?" Usul ayahnya perlahan.
"Tak apa, yah. Isya call kawan yang semalam je." Encik Radi mengangguk kecil. Raisya terus menghilangkan diri ke dalam bilik lalu menghubungi kawan sekolahnya yang juga tahu akan pekerjaannya sebagai seorang freelance malah penah menjadi pemandu Raisya beberapa kali.
"Hang kat mana? Ni aku Raisya." Soal Raisya sebaik sahaja panggilannya berjawab.
"Aku kat rumah ja ni. Awat?" Soal Hafiz perlahan. Baru bangun tidur la tu!
"Ambik aku sat. Nak kena pi tengok kereta aku rosak dekat KTM semalam. Lepas tu teman aku pi beli sim baru." Terang Raisya panjang.
"Okay, 30 minit lagi aku sampai." Hafiz terus menamatkan panggilan. Raisya keluar sebentar bagi memulangkan telefon ayahnya lalu masuk semula ke dalam bilik. Dia terbaring di atas katil tidak sedar bila dia terlelap.
Raisya terjaga apabila pintu biliknya diketuk.
"Awat, yah?" Soal Raisya malas.
"Hafiz mai tu." Balas ayahnya pendek. Raisya bingkas bangun lalu dicapai telefon bimbit , rokok serta tas tangannya. Raisya mencapai sneakersnya di atas rak lalu terus disarung. Dia menghampiri kereta Kancil milik Hafiz lalu terus masuk ke dalam.
     "Hang rasa kereta aku tu nak buat macam mana eh? Aku rasa battery kong sebab aku start memang tak hidup langsung." Soal Raisya bagi memecahkan sunyi antara mereka.
     "Yang tu hang tak payah risau. Aku dah call tow truck untuk ambik kereta hang bawak pi bengkel." Ujar Hafiz sambil tersengih.
     "Macam tu kita tak payah pi KTM dah la kan? Awat hang tak cakap awal-awal." Balas Raisya sambil menyalakan sebatang rokok.
     "Yup. Kita pi beli simkad baru untuk hang ja la." Balas Hafiz sambil sesekali melihat wajah Raisya.

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now