Part 5

9.2K 74 0
                                    

     "Isya!!! Balik cepat! Ada sesuatu jadi dekat ibu!" Suasana cemas jelas tergambar di corong telefon. Hati Raisya ikut tidak tenteram memikirkan tentang ibunya.
     "Kenapa dengan ibu, ayah? Kenapa dengan ibu?" Soal Raisya berkali-kali namun dihujung panggilan hanya sunyi sepi. Raisya semakin tidak keruan. Tiba-tiba...

     Raisya terbangun dari tidur. Tubuhnya dibasahi peluh. Hatinya tidak tenang, terasa mimpi tersebut benar-benar berlaku. Dia memegang dadanya perlahan, degupan jantungnya yang masih deras. Telefon bimbitnya dicapai lalu terus hubungi Encik Radi.
"Isyyy! Kenapa ayah tak jawab call ni?!" Gumam Raisya semakin resah. Tiba-tiba dia terpandang jam dinding yang terdapat di sudut biliknya. Secara spontan dia menepuk dahinya sendiri.
'Patutlah ayah tak jawab call! Baru pukul 3pagi.' Getus hatinya geram. Mahu tak mahu dia terpaksa memujuk matanya untuk kembali tidur.

     Keesokkan paginya perkara pertama yang Raisya lakukan selepas bangun dari tidur ialah terus cuba menghubungi ayahnya. Lebih menambah galau di hatinya apabila panggilan yang langsung tidak dijawab. Sehingga kali ke-6 dia mencuba baru panggilannya dijawab.

     "Ayah! Kenapa tak jawab call Isya? Dah Isya call pagi tadi pun ayah tak call Isya balik! Isya risau tau tak?!" Bentak Raisya sedikit marah
"Allah! Dah kenapa kamu ni Isya? Ayah bukannya 24jam nak pegang handphone ni!" bidas ayahnya geram dengan intonasi suara Raisya yang baginya agak kurang sopan.
"Tak, sekarang ni mana ibu? Ibu okey ke tak? Ibu sihat ke tak?" Tidak menghiraukan Encik Radi, Raisya terus-menerus menanyakan tentang Puan Rahmah.
     "Kamu dah buang tabiat ke apa ni? Ibu kamu tu baik saja di sini. Bila kamu nak masukkan duit? Ayah nak kena beli barang ibu kamu lagi ni. Masukkan lebih sikit ye, banyak ayah nak pakai duit ni.". Terasa panas telinga Raisya mendengarkan soalan yang terpacul dari bibir Encik Radi pada hujung panggilan tersebut . 'Duit saje yang kau fikir eh orang tua kutuk!' getus hati Raisya bengang.
     "Esok Isya balik sana, Isya belikan sendiri barang ibu. Assalamualaikum." Laju saja Raisya memutuskan panggilan tersebut. Benar. Sejak Puan Rahmah yakni ibunya jatuh sakit, ayahnya telah berubah.
     Sebelum ini ayahnya langsung tidak bekerja dan hanya mengharapkan wang jualan gerai ibunya untuk menampung kehidupan seharian mereka. Atau lebih tepat, semuanya ditanggung oleh ibunya sendiri manakala Encik Radi sekadar membantu dari segi tenaga kerja sahaja di gerai itu. Sejak ibunya sakit, mereka tiada wang lagi, hanya mengharapkan duit simpanan ibunya semata-mata. Malah ayahnya langsung tidak memikirkan cara untuk mencari pekerjaan.
     Seringkali mereka kehabisan makanan dek kerana sifat cuai dalam tanggungjawab ayahnya itu. Dan itu juga lah penyebab dia keluar dari situ dan berhijrah ke Kuala Lumpur tika umurnya mencecah 18tahun. Namun dengan umur semuda itu, tiada pengalaman bekerja dan tidak punya sijil kelulusan apa sekalipun termasuk SPM benar-benar menyukarkan Raisya untuk mendapat sebarang pekerjaan di sana sedangkan Raisya amat memerlukan pekerjaan tika itu.
     Di situ lah Raisya berkenalan dengan seorang lelaki yang digelar Edy. Edy menceritakan tentang 'dunia cheong' kepada Raisya dan Edy mendakwa dia merupakan salah seorang 'master' yang berpengaruh di negeri Melaka. Raisya sendiri ditegah oleh Edy dari melakukan kerja tersebut namun Raisya tiada pilihan. Dia memerlukan wang demi perubatan dan keperluan ibunya. Encik Radi? Dia langsung tidak mempedulikan ayahnya itu lagi kerana kecewa dengan sikap lelaki tersebut. Hanya ibunya yang sentiasa berada di fikiran.
     Raisya akhirnya memulakan kerjaya sebagai freelance singkatannya FL atau lebih dikenali masyarakat dengan panggilan pelacur, Raisya bergerak secara solo dan bukan di bawah mana-mana 'master' kerana Raisya tahu 'master-master' tersebut hanya mengambil kesempatan ke atas freelance yang lain, dari dunia gelap itu juga Raisya bertemu dengan Hanani dan lain-lain.
     Sehari Raisya melakukan kerja terkutuk itu, Raisya berjaya memperoleh minima RM1500! Maksima Raisya pernah dapat sebanyak RM3500 sehari. Siapa tidak mahu bukan? Kerja mudah dan hanya beberapa jam sahaja namun pulangannya lumayan sekali. Dengan wang tersebut dia berhasil menyediakan semua keperluan ibunya. Walaupun Raisya berasa jijik setiap kali hendak memulakan kerja tersebut namun akhirnya dia tersenyum ceria apabila menerima bayaran.
     Tersentak Raisya dari lamunan. Dia segera mengemas pakaiannya ke dalam bagasi. Entah mengapa dia berasa terlalu rindukan ibunya itu. Ditambah dengan mimpi buruk semalam, dia terasa ingin berada lebih pama di samping Puan Rahmah. Sesekali Raisya tersenyum sendirian tatkala terbayangkan wajah ibunya. Betapa dia merindukan ibunya itu.
     'Oh ibu! Maafkan lah anak mu ini!' rintih hati Raisya perlahan. Dia tahu perbuatannya salah. Menggunakan wang hasil perbuatan haram, lebih-lebih lagi digunakan untuk ibunya namun hanya Tuhan yang tahu. Raisya benar-benar tidak punya pilihan! Itu sahaja cara yang ada untuk mendapatkan wang yang banyak dengan cepat dan mudah!

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now