Raisya masih bermalasan di atas katil. Tika dia mula membuka mata, Fareez, Ridzwan dan MC sudah tiada di pandangan. Jam dinding yang tergantung dikerlingnya sekilas. Lalu dia cuba mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja solek bersebelahan katil Fareez. Sebuah pesanan dari MC terdapat dalam telefon bimbitnya. Skrin telefon bimbit di 'slide' ke kiri lalu dibaca pesanan MC tersebut.
"Morning babe! You rilex-rilex dulu. Kami ada kerja sikit. Pukul 6 make sure you dah siap. Kami dah beli tiket train you pukul 6.25pm."
Sungguh cekap! Hanya itu yang mampu menterjemahkan layanan mereka terhadap Raisya. Raisya mencapai sehelai sweater dari almari Fareez bagi menutup bahagian atas tubuhnya sementelah dia hanya memakai short dan bra.
Dia bergerak keluar dari bilik. Hampir saja dia menjerit apabila melihat ada seorang perempuan sedang memasak di dapur apartment tersebut sambil berbual dengan seorang lelaki bertubuh tinggi lampai. Raisya bingung sebentar lalu segera masuk ke dalam bilik. Dia segera menghubungi Fareez untuk mendaparkan kepastian.
"You! Ada perempuan dalam apartment you! Tengah masak!" Raisya terjerit kecil sambil menjelaskan perkara yang dilihatnya tadi. Terdengar tawa Fareez di hujung talian.
"Chill weh! Tu girlfriend roommate I. You keluar buat macam biasa ja. Depa tak kacau you punya laa!" Pujuk Fareez sekaligus cuba menyakinkan Raisya.
"Oh okay. But make sure next time bagitau I awal, okay?" Raisya mengurut lembut dadanya tang berdegup kencang sebentar tadi.
"Hahaha chill laa, Raisya! I pi dulu, nanti settle kerja kami balik." Panggilan terus diputuskan lalu Raisya melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil. Dicapai kotak rokok bersama lighter lalu dia melangkah keluar.
Langkah diatur menuju dapur lalu dia mengeluarkan sebotol JD bersama gelas. Ais kiub dimasukkan terlebih dahulu ke dalam gelas lalu dibawa ke ruang tamu bersama sebotol minuman keras itu.
"Bak ashtray tu!" Pinta Raisya sambil menunjukkan dua bekas abu rokok yang terdapat di hadapan rakan serumah Fareez. Rakan serumah Fareez itu hanya menghulurkan bekas tersebut kepadanya tanpa berkata apa-apa. Mata Raisya hana tertumpu pada televisyen, mulutnya ligat bergilir dengan hisapan asap rokok dan meminum minuman keras.
Raisya mulai bosan. Minuman keras tersebut sudah tinggal separuh botol sahaja lagi manakala rokoknya sudah habis. Raisya bangun dari duduknya bersama botol dan gelas minumannya lalu diletakkan ke tempat sepatutnya semula. Dia hanya menoleh sekilas ke arah teman wanita rakan serumah Fareez sambil tersenyum sebelum kembali ke sofa di ruang tamu.
"Nak?" Soal seorang lagi rakan serumah Fareez yang berwajah seakan-akan cina itu sambil menghulurkan sekotak rokok Dunhill kepadanya. Raisya hanya mempamerkan wajah kelirunya.
"I nampak rokok you dah habis. You boleh ambil yang ni, nanti I claim dengan Fareez." Terang jejaka tersebut panjang lebar membuatkan Raisya tergelak kecil.
"Thank you." Ujar Raisya ringkas sambil mencapai huluran kotak rokok daripada rakan serumah Fareez itu. Walaupun rokok itu bukan seperti yang kebiasaan dihisapnya namun itu lebih baik dari tiada.
Entah bila Raisya tertidur, dia tidak sedar. Televisyen telah ditutp dan kelibat rakan-rakan serumah Fareez dan wanita tadi sudah tidak kelihatan. Raisya tidak ambil pusing hal mereka. Kepalanya terasa berat sekali sehingga dia terasa hendak jatuh setiap kali cuba berdiri untuk ke tandas. Pundi kencingnya meraung meminta dikosongkan dengan segera.
Dia berpaut di sofa dan dinding lalu segera ke tandas di dalam bilik Fareez. Selesai melepaskan hajat kecilnya itu, dia duduk di birai katil Fareez. Jam dinding dikerlingnya sekilas.
"Baru pukul 1 tengahari!" Keluhnya bosan. Dia mengatur langkah ke ruang tamu semula. Tika itu rakan serumah Fareez yang tinggi lampai itu berada di sofa bersama teman wanitanya.
"Duduk lah sini, join kitorang tengok movie." Ajak wanita itu ramah. Raisya tersenyum sambil mengangguk kecil lalu mengambil tempat duduk di sofa lagi satu. Dia mencapai kotak rokok milik jejaka berwajah chinnese tadi lalu dinyalakan sebatang buatnya.
"Kuat jugak you ni." Ujar wanita itu tiba-tiba. Raisya mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.
"Tadi I tengok you minum banyak jugak. Rokok lagi." Balas wanita itu sambil tergelak kecil membuatkan Raisya turut tertawa.
"Fareez yang ajar I." Balas Raisya ringkas sambil membelek batang rokok dicelah jarinya.
"By the way, I Kamelia. Ni Zakri, boyfriend I merangkah kawan serumah Fareez." Mesra benar wanita bernama Kamelia itu. Dia kelihatan seperti berumur 20an.
"Panggil I Raisya. You asal sini juga ke?" Tanya Raisya sekadar berbasa-basi.
"Yups. I dari Georgetown. You pulak?" Jawab Kamelia sambil memerhatikan Raisya yang asyik menghisap rokok.
"I dari Alor Star je" Balas Raisya ringkas, dia agak kekok apabila terasa Kamelia terus menerus memerhatikan dia.
"Wow! Jauh juga you datang sini. Drive sendiri ke?" Celah Zakri yang diam sedari awal mereka berborak.
"Nope. I datang dengan KTM. Malas drive. Petang ni I dah nak balik, tunggu Fareez je ni." Raisya perasan yang Kamelia mula menjeling tidak senang setelah Zakri berborak dengannya.
"Eh ganggu pulak korang berdua. I masuk bilik dulu la." Raisya meminta diri lalu dibawa bersama telefon bimbit dan kotak rokok tersebut. Dia tidak ingin timbulkan masalah lalu terus berlalu pergi. Dia sempat mengambil minuman keras yang masih berbaki lalu dibawa masuk ke dalam bilik Fareez.
Tak lama kemudian terdengar pintu hadapan berdentum kuat. Pasti Kamelia cemburu! Huh perempuan! Benda kecil begitu pun nak cemburu. Sebab itu Raisya tidak punya ramai rakan perempuan. Baginya sifat sekaumnya itu kadang kala agak mengjengkelkan. Benda remeh pun hendak dibesarkan.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk dari luar sebelum dikuak oleh seseorang. Terpacul wajah Zakri dimuka pintu.
"Sorry pasal Kamelia tadi. Dia memang macam tu." Jelas Zakri sambil tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Raisya tertawa kecil sambil membuka penutup botol minuman tersebut lalu diteguknya sedikit.
"Perempuan, biasalah tu." Sahut Raisya seolah-olah dah biasa dengan keadaan begitu.
"You pun perempuan juga so you pun mesti macam tu." Ujar Zakri sinis sambil bersandar di pintu bilik.
"Salah. I half perempuan, half lelaki. So I definitely bukan macam tu." Balas Raisya sambil melemparkan senyum sinis pada Zakri.
"I nak tidur, kejap lagi dah nak balik. You boleh tolong keluar?" Ujar Raisya sambil merapati pintu bilik tersebut.
"Jual mahal!" Getus Zakri sebelum berlalu pergi dari situ.
"Jantan! Asal ada peluang je mesti nak rembat." Gumam Raisya menyampah sambil mengunci pintu bilik tersebut. Raisya meneguk minuman tersebut beberapa kali lagi lalu dia menghabiskan rokok sebatang. Dia berbaring di atas katil sehingga terlelap semula.
Raisya terjaga lagi sekali apabila pintu bilik diketuk bertalu-talu. Dia mula naik angin kerana menyangka itu ialah Zakri. Namun seketika kemudian dia terdengar suara Fareez memanggil namanya. Raisya bingkas bangun lalu membuka pintu bilik tersebut.
"You dah siap ke belum?" Soal Fareez kalut. Raisya masih terpinga-pinga sambil menggosok matanya perlahan.
"Pukul berapa dah?" Soal Raisya sambil menguap kecil.
"Dah pukul 6 la!" Ujar Fareez sambil menepuk dahi Raisya perlahan.
"Hah!!?" Buntang mata Raisya mendengar jawapan Fareez. Dia menoleh ke arah jam dinding bagi memastikan kata-kata Fareez itu benar. Setelah itu dia terus berlari ke kamar mandi bersama tuala. Semuanya dilakukan dengan pantas dan Raisya berjaya bersiap dalam masa 10minit sahaja.
Fareez ketawa terbahak-bahak melihat Raisya yang kelam kabut itu. Raisya tidak membalas namun hanya menjeling tajam ke arah Fareez sambil mengikat tali kasutnya. Mujur saja apartment Fareez dan stesen komuter tidak terlalu jauh. Namun kesesakan lalu lintas pulak yang jadi masalah.
Mata Raisya tidak lepas dari memandang jam di dashboard kereta Fareez. Dia bimbang terlepas train! Dia tiba diperkarangan stesen tersebut pada jam 6.20 petang.
"Fareez, you tahu kan selalu I peluk cium you dulu. But sorry harini tak sempat. Thanks and sorry sebab JD you dah nak habis I minum!" Ujar Raisya tergesa-gesa hendak membuka pintu.
"Wait! JD nak habis.. Dah?" Belum sempat Fareez menghabiskan ayatnya, Raisya terlebih dahulu membuka pintu dah melompat keluar dari kereta sebaik sahaja Fareez berhenti di foyer. Dia hanya berpaling sebentar ke arah Fareez sambil melambaikan tangan lalu terus berlari mendaki tangga ke tingkat dua. Telefon bimbit dan walletnya kemas dalam genggaman.
Saat Raisya tiba di tingkat dua, pengawal baru sahaja hendak menutup pagar. Mujur saja Raisya lebih pantas lalu pengawal tersebut berjaya meminta train tersebut menunggu sebentar agar Raisya dapat masuk. Sebaik sahaja dia tiba di dalam koc, Raisya terduduk di atas lantai sambil tercungap-cungap.
Langsung tidak dihiraukan pandangan orang lain. Perutnya bergolak akibat minuman keras diminumnya tadi. Dia cuba menahan dari termuntah. Seorang lelaki bangun dari kerusi lalu menghampirinya.
"Cik? Cik okay tak? Cik boleh duduk di seat saya." Tawar lelaki tersebut ramah sambil menghulurkan tangan bagi membantu Raisya untuk bangun. Wajah Raisya yang kelihatan agak pucat telah menarik perhatian lelaki tersebut. Raisya melihat wajah lelaki itu sekilas sambil tersenyum kelat lalu disambut huluran tangan lelaki tersebut.
Sebaik sahaja dia didudukkan di seat milik lelaki tersebut, Raisya menghela nafas lega.
"Terima kasih." Ujar Raisya ringkas kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut tersenyum sambil mengangguk kecil sebelum berlalu ke koc seterusnya. Raisya memejamkan mata cuba menghilangkan sakit kepala yang makin mencengkam kepalanya.
YOU ARE READING
Relakah Dikau?
RomancePerit? Namun masih gagah melangkah sambil tersenyum demi hari-hari yang dilewatinya? Dugaan demi dugaan menimpa Nur Raisya Afiqah sehingga dia terpaksa mengambil jalan mudah. Tetapi apakah kesudahannya? Adakah dia kekal di dalam sisi gelap hidupnya...