Part 13

4.9K 55 2
                                    

Bunyi alarm dari telefon bimbit Raisya telah mengejutkan dia dari tidur. Terpinga-pinga dia bangun lalu mematikan alarm tersebut. Raisya termangu seketika di birai katil. Dia tidak tahu hendak melakukan apa di situ. Tiba-tiba dia teringatkan Fareez dan lain-lain. Telefon bimbit digapai lalu terus dia menghantar pesanan Whatsapp kepada Fareez.
"You! Ada kat rumah ke?"
Sambil menunggu balasan daripada Fareez, Raisya menyalakan sebatang rokok bagi menghilangkan bosan.
"Ada jaa. You nak mai ka?"
Rokok dicelah jari dihisapnya asyik sebelum menghembuskan asap keluar. Jari tangan kirinya ligat membalas pesanan Fareez itu.
"12.40 tengahari japgi jemput i kat KTM. RedBull and JD untuk I."
Raisya menghabiskan rokok yang berbaki lagi sebatang di dalam kotak.
"All set!"
Selesai dia menghisap rokok, dia berlalu pergi ke kamar mandi bagi membersihkan dirinya.
Menggigil tubuh kecil Raisya setelah selesai mandi. 'Mungkin malam tadi hujan! Tu pasal air sejuk semacam je!' Gumam Raisya sendirian. Dia mengenakan seluar jeans dan singlet putih tanpa lengan sebelum disarung cardigan agar lengannya tertutup. Sehabis dia membutangkan cardigan tersebut, dia menghadap cermin sambil menyisir rambut panjangnya lembut. Secalit lipstik berwarna merah garang dikenakan pada bibirnya.
Tas tangan bersama telefon bimbit dicapai laju sebelum melangkah keluar dari pintu kamarnya. Dia melihat ayahnya sedang solat bersebelahan katil arwah Puan Rahmah. Raisya menunggu ayahnya selesai solat terlebih dahulu.
Sebaik sahaja Encik Radi selesai mengerjakan solat, dia terus menoleh ke arah Raisya. Dia sedar akan kehadiran anak tunggalnya itu sejak awal solat lagi.
"Kenapa, Isya?" Tanya Encik Radi lembut.
"Isya nak keluar ni. Malam ni Isya tidur rumah kawan. Ayah tak payah tunggu Isya." Ujar Raisya sambil membetulkan pakaiannya.
"Baik. Jaga diri elok-elok." Pesan ayahnya sebak.
Raisya mengangguk kecil lalu terus melangkah keluar ke arah keretanya. Enjin kereta dihidupkan lalu dia terus bergerak ke arah Stesen KTM Alor Star. Jam pada dashboard keretanya menunjukkan waktu sudah hampir jam 10.15pagi. Dia segera membelok ke tempat parkir kereta setelah tiba di stesen tersebut.
Selepas memastikan semua barang penting dimasukkan ke dalam tas tangannya, Raisya berlari anak ke arah kaunter stesen. Tiket yang menunjukkan waktu berlepas pada jam 10.40 pagi itu berjaya dibelinya. Raisya hanya mengikut arahan pengawal sehingga dia selamat ke dalam koc lalu keretapi yang dinaikinya mula bergerak ke destinasi yang dituju.
     Pada hujung minggu sebegini memang Raisya lebih gemar ke Butterworth dengan komuter berbanding memandu ke sana. Lebih rilex dan tenang walaupun Raisya terpaksa menahan nafsu untuk menghisap rokok.
     Setibanya Raisya di terminal komuter Butterworth tersebut, dia berjalan ke arah foyer sambil mengeluarkan sebatang rokok. Sebelah lagi tangannya ligat menghantar chat kepada Wechat Fareez sambil menjinjing tas tangan. 'Huh! Multitasking benor!' rungutnya di dalam hati.
     "I dah sampai. You kat mana?"
     Telefon bimbitnya berbunyi nyaring mendendangkan lagu "Cheap Trills" nyanyian artis barat itu. Dia melekapkan telefon ke telinga sambil mengambil tempat duduk di tangga foyer tersebut.
      "Babe! I ada kerja sikit ni tapi Ridzwan dah ontheway ambil you. Apa-apa you call dia." Maklum Fareez di corong telefon. Raisya membuang putung rokoknya seraya menjeling ke arah beberapa orang yang asyik memerhatikan dia merokok dengan pelbagai pandangan.
     Serentak itu juga sebuah kereta Mercedez-Benz berwarna hitam berhenti di foyer, cermim tingkap hadapan dibuka lantas lelaki keluar dari kereta tersebut lalu bergerak ke arah pintu belakang sebelah kiri lalu dibukanya.
     "Sorry kami lambat!" Ucap MC yang berada di sebelah pemandu seraya tersengih menampakkan barisan giginya yang bersih. Raisya segera bergerak ke arah pintu yang dibuka lalu segera meloloskan diri ke dalam kereta tersebut sambil tersenyum.
     "So.. Fareez pergi mana?" Tanya Raisya sebaik sahaja kereta itu dipandu keluar dari terminal.
     "Dia ada kerja sikit tu. Kami sepatutnya sekali dengan dia tapi dah you mai, kami kena follow you dulu laa." Jelas MC sambil melihat wajah Raisya melalui cermin pandang belakang.
     "Tapi kejap lagi settle kerja, dia follow kita la. Kunci apartment ada kat I ni." Celah Ridzwan pula sambil fokus pada pemanduannya.
     "I cakap siap-siap ni. I tak available rini. I baru period pagi tadi." Bohong Raisya bersahaja. Dia tiada mood untuk melakukan seks langsung. Dia hanya ingin berseronok.
     "Eh takpa you. Kita minum-minum dengan lawat kawasan dah laa." Ujar MC sambil diiringi anggukan oleh Ridzwan.
     "Kami tahu ibu you baru meninggal so memang kami tak plan nak seks pun." Jelas Ridzwan lagi. Raisya tersenyum senang. Setibanya di apartment milik Fareez, kereta diparkir di luar apartment tersebut seperti biasa oleh Ridzwan.
     "You tolong ambil beg kat belakang kejap, Isya." Pinta Ridzwan sambil menunjukkan tempat letaknya beg tersebut. Raisya segera mencapai beg tersebut lalu menghulurkannya kepada Ridzwan.
     "You tahu? Ridzwan sanggup bawak mai koleksi terbaik dia ni demi you." Ujar MC sambil menghampiri Raisya dan Ridzwan.
     "Apa ni?" Soal Raisya tidak faham. Wajahnya yang terpinga-pinga itu mengundang tawa Ridzwan dan MC.
     "JD ni, I beli 12tahun lepas. Tak pernah buka! Hari ni I nak rasmi." Jawab Ridzwan sambil mengeluarkan sebotol Jack Daniels dari beg tersebut. Raisya turut ketawa kecil dan agak teruja untuk mencuba minuman tersebut.
     Mereka berjalan beriringan menuju ke apartment milik Fareez di tingkat 3. Raisya segera masuk ke dalam sebaik sahaja kunci dibuka bagi mengelakkan orang nampak kelibatnya di situ. Raisya mengambil tempat duduk di meja makan lalu membuka cardigan yang dipakainya.
     Raisya menyalakan sebatang rokok sambil memerhatikan Ridzwan dan MC menyiapkan minuman untuk mereka.
     "Nah! Untuk you. Cuba tengok okey ke tak?" Ridzwan menghulurkan segelas minuman padanya. Raisya segera menyambut gelas tersebut sebelum mencuba minuman tersebut. Agak keras rasanya membuatkan wajah Raisya berkerut sedikit.
     "Keras sangat ke?" Soal MC yang perasan akan riak wajahnya itu tadi.
     "Keras sikit tapi.. Bagi laa I minum macam ni eh. Kang kalau si Fareez balik, mesti dia tak bagi. Dia campur redbull banyak-banyak dah tak sedap pulak." Rungut Raisya sambil memuncungkan mulutnya.
     "Hahaha. You minum ja laa sementara Fareez tak balik lagi ni. You nak minum plain pun boleh." Bersinar mata Raisya setelah mendapat kebenaran daripada Ridzwan sebentar tadi. Dua gelas minuman keras itu diminum oleh Raisya sebelum dia mula merasakan wajahnya kebas dan pandangannya tidak mampu difokuskan. Dia langsung tidak dapat menangkap percakapan Ridzwan dan MC.
     Apabila ditanya, dia hanya menggeleng atau anggukan kepalanya sahaja. Apabila mereka ketawa, dia ikut ketawa. Akhirnya mereka memutuskan untuk menonton movie sementara menunggu kepulangan Fareez. Raisya duduk di tengah-tengah ruang tamu sambil menghisap rokok manakala Ridzwan di atas sofa dan MC di dalam bilik Fareez.
     Hampir sejam menonton movie Twilight itu baru lah terdengar seperti ada orang membuka pintu grill apartment tersebut. Mereka tahu Fareez sudah pulang.
     "Hai, babe!" Sapa Fareez di muka pintu sambil menjinjing plastik KFC.
     "Yeayy! KFC!!!!" Jerit Raisya teruja. Fareez menepuk dahinya perlahan dek kerana sikap Raisya itu.
     "Dia dah minum hampir 3 gelas, jangan pelik kalau macam tu perangai dia." Ujar Ridzwan sambil tertawa.
     "Patut laa. Yang hampa pi bagi buat apa?" Soal Fareez sambil menggeleng kepala apabila Raisya terus menyambar plastik KFC di tangannya.
     Ridzwan hanya menjawab soalan Fareez dengan tawanya. Raisya menarik tangan Fareez ke arah ruang tamu lalu di buka plastik KFC tersebut.
     "You panggilkan MC sekali boleh? Kita makan sama-sama." Pinta Raisya sambil menoleh ke arah Ridzwan. Ridzwan bingkas bangun ke arah bilik Fareez bagi mengejutkan MC.
     Mereka tamatkan malam itu dengan kunjungan ke Beer Factory di Georgetown sebelum pulang dan tidur bersama-sama. Mujur lah housemate Fareez outstation. Kalau tidak, pasti dia terkejut melihat Raisya di situ!

    
    

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now