Part 7

7.5K 57 0
                                    

Jarum jam sudah menginjak pukul 10.00 pagi namun pelanggannya yang sorang ini masih enggan meninggalkan bilik. Puas sudah dipujuk namun lelaki itu tetap enggan. Ini salah satu risiko yang perlu dihadapi oleh gadis seperti Raisya.
     Pernah saja ada kes FL dirompak oleh pelanggan. Seperti kejadian di Penang, pelanggan itu melanggan salah sorang FL sana, selesai melempiaskan nafsunya, secara tiba-tiba pelanggan itu mengacukan sebuah pisau lipat ke arah gadis itu. Dua biji handphone, laptop dan sejumlah wang yang banyak diambilnya. Report tidak dapat dibuat kerana akan menyusahkan gadis tu sendiri. Macam mana dia nak explain pada polis apa lelaki tu buat di biliknya dan dari mana datangnya sejumlah duit yang banyak itu bukan? Maka gadis itu terpaksa berdiam diri saja. Tubuh dinoda, duit diambil.
Sejak kes itu, Raisya memang selalu membawa sebuah pisau lipat juga buat mempertahankam dirinya. Manakala duit selalunya disimpan dalam safety box dan disorok dalam wardrobe.
"You kena keluar sekarang juga! I tak suka bila you buat hal macam ni. You ganggu kerja I!" Bentak Raisya sebal. Wajahnya sudah berubah kelat, keningnya hampir bercantum akibat Raisya mengerutkan wajahnya itu.
"But I can pay you more, sayang." Tegas lelaki itu lagi. Raisya mula membuat wajah bosan.
"Ko paham ke tak yang aku dah ada booking?! Ko nak turun sekarang atau ko nak aku panggil handler aku? Dan aku akan buat sampai ko kena banned dari cheong!" Gertak Raisya tipu, itu ayat yang sering digunakannya andai ada pelanggan yang berkeras.
"Okay-okay. Calm down. I keluar sekarang, Okay?" lelaki itu bangun dari katil dan mula memakai semula pakaiannya. Walletnya dicapai lalu sejumlah wang diserahkan kepada Raisya. Raisya mencebik lalu terus menyentap wang tersebut dari genggaman lelaki itu. Raisya menghantar lelaki itu sehingga ke pintu. Sebaik saja menghampiri pintu, lelaki itu bersuara.
"May I hug you?" Soalnya sambil tersengih. Raisya mengeluh kasar.
"Berambus sekarang!" Pintu dibuka kasar dan tubuh lelaki itu ditolak kasar.
Handphonenya di atas keja solek dicapai lalu Raisya segera menghantar pesanan Wechat kepada pelanggan seterusnya.
"Sorry, babe. Lewat sikit, ada masalah. You boleh naik sekarang, no bilik tahu kan?"
Raisya melepaskan tuala pada badannya lalu menyarung semula sehelai lingerie berwarna hitam. Jelas kelihatan susuk tubuhnya disebalik lingerie tersebut. Raisya membetulkan rambut panjangnya dan disembur sedikit perfume ke tubuhnya. Seketika kemudian loceng pintu biliknya berbunyi. Raisya segera bergegas ke arah pintu san membukanya sedikit. Seorang lelaki berumur 20an melangkah masuk. Ini kali kedua lelaki ini melanggan Raisya.
"Kenapa lambat sangat?" Soalnya dingin. Pasti dia kurang senang dengan kelewatan tadi. Lewat 30minit! Siapa suka?
"Sorry, bonker tadi taknak keluar bilik." Jawab Raisya gugup. Ditatap wajah lelaki di hadapannya itu. Sedikit tinggi daripada Raisya, berkulit sawo matang but one thing she love about that guy is his teeth. Gila bukan? Hahaha tapi itulah kenyataannya.
Rambut Raisya dielus lembut oleh lelaki itu. Raisya hanya membiarkan sebelum bersuara.
"You mandi la dulu. I tunggu." Raisya mengucup pipi lelaki itu mesra. Lelaki itu mula tersenyum seraya mengangguk. Raisya tidak mengetahui nama sebenar lelaki itu kerana bagi Raisya, hal peribadi tidak wajar di beritahu andai mereka berada dalam dunia cheong kerana itu akan membahayakan mereka. Lelaki itu mula menanggalkan bajunya dan mencari tuala untuk dipakai. Raisya mengutip tuala miliknya lalu dihulur kepada lelaki itu.
"Take mine. Yang lagi satu bonker dah pakai, risau you tak selesa." Senyuman manis dihadiahkan pada lelaki itu. Lelaki itu kelihatan seperti agak naif pada mulanya. Raisya baring di atas katil sementara menunggu lelaki itu membersihkan dirinya.
Lelaki itu mengambil tempat sebelah Raisya setelah selesai mandi. Ketika slot Raisya jarang minum atau merokok kecuali dia diajak oleh pelanggan kerana ada sesetengah pelanggannya yang tidak minum dan merokok. Seolah-olah satu kesalahan andai dia merokok apabila pelanggannya tidak merokok kerana setelah slot Raisya akan mendapatkan feedback daripada pelanggan untuk mengiklankan slot akan datang. Jadi Raisya bimbang ada yang komplen di dalam feedback mengenai hal kecil seperti itu. Lagipun hanya beberapa orang FL sahaja yang merokok.
Raisya memaut tubuh lelaki itu dan memeluknya mesra sambil tersenyum. Sebaik sahaja dia mengangkat wajahnya, Raisya terpaku seketika. Lelaki itu tengah memerhatikan wajahnya dan kelihatan begitu asyik. Secara tiba-tiba lelaki itu berkata.
"You ni cantik.." Bisik lelaki itu perlahan namun kedengaran jelas di telingan Raisya. Raisya tergamam. Tidak pernah lagi dia dipuji sebegitu secara berdepan. Selalunya pelanggannya hanya akan memuji perkhidmatannya tapi lelaki kali ini agak berlainan membuatkan Raisya terasa malu. Wajahnya yang putih mula merona merah. Wajahnya disembamkan ke dada lelaki itu.
     "Okay, now you dah blushing." Usik lelaki yang dikenali dengan nickname 'Nocturnal' itu. Raisya ketawa kecil menyembunyikan rasa gugupnya.
     "Diam lah you!" Ujar Raisya geram apabila diusik sebegitu. Raisya bangun lalu capai kotak rokok, sebatang rokok dikepit pada celah bibirnya lalu dinyalakan.
     "Bak la sebatang." Pinta 'Nocturnal' tersebut sambil ketawa kecil. Dia tau Raisya buat begitu bagi hilangkan gugupnya. Dia melihat Raisya mengangguk kecil sambil menghulurkan kotak rokok padanya. Asap mula bercampur dengan udara dalam bilik itu.
     "Naik sesak nafas dibuatnya, asal tak bukak tingkap?" Soal 'Nocturnal' sambil bangun ke arah tingkap dan membukanya. 'Budak ni nak matu cepat ke apa?' getus hati 'Nocturnal'.
     "You, kalau kita just chit chat camtu kan, not doing sex, I still kena bayar full price ke?" Soal 'Nocturnal' tiba-tiba. Raisya tergelak kecil mendengar soalan yang meluncur keluar dari bibir lelaki itu.
     "Masa itu emas, sayang!" Balasnya sambil terus tergelak. 'Nocturnal' turut ketawa sambil menghisap rokok.
     "Kenapa you tanya? Tetiba je?" Apabila tawanya sudah reda, Raisya bertanya pada lelaki itu.
     "Nothing just I baru balik kerja ni sebenarnya and im a little bit tired la. Risau I tak dapat nak cum." Lelaki itu menjelaskan sebabnya pada Raisya membuatkan sekali lagi Raisya ketawa.
     "Nothing funny, okay?" Lelaki itu mula membuat wajah kelat. Makin gamat tawa Raisya tika itu.
     "It is funny!" Ujar Raisya sambil terus mengekek. Melihatkan wajah kelat lelaki itu, Raisya mula menenangkan dirinya.
     "Okay, macam ni. Kalau kita tak buat apa-apa just hugging, kissing or something like that, I'll take dalam 300 je. Discount 50." Raisya masih cuba menahan ketawa sampai wajahnya merona merah kembali.
     "Tak dapat discount lagi dah ke?" Soal lelaki itu sambil tersengih.
     "Take it pr leave it, sayang." Raisya membalas seraya mengeyitkan matanya. Akhirnya lelaki itu mengalah.
     "Okay, fine." Balasnya ringkas sambil mengambil sebatang rokok lagi. Sejam berlalu dengan hanya mereka berbual kosong dan merokok bersama. Setelah selesai sejam, Raisya menghantar 'Nocturnal' ke pintu bilik dan mandi.
     Dia mengenakan sepasang jeans dan blouse lalu mula mengemas barang-barangnya. Kesemua duit yang diperolehnya di masukkan ke dalam safety box lalu disimpan ke dalam bagasinya bersama redwine dan pakaian. Selepas memastikan semuanya telah dikemaskan, Raisya mengatur langkah ke lif. Setibanya di tingkat bawah, dia ke kaunter receptionist untuk checkout.
     Raisya terus memulakan perjalanan pulangnya ke Kedah. Dia sudah tidak sabar lagi mahu berjumpa dengan ibunya. Pasti ibunya merindui dia juga. Raisya melajukan pemanduannya agar dia segera tiba ke negeri tersebut. Sesampainya dia ke Alor Star, dia singgah ke Tesco Mergong dan sebuah farmasi berdekatan untuk membeli barang keperluan perubatan ibunya.
     Untuk itu saja dia sudah habis hampir RM800! Betapa mahalnya keperluan ibunya, dan sebab itu lah dia terpaksa buat kerja sebegini. Barang-barang yang dibelinya hanya bertahan seminggu lebih sahaja. Bermakna dalam sebulan dia memerlukan lebih kurang RM3000! Mana lagi dia nak dapat duit sebanyak itu melainkan kerja sebegini.
     Raisya terus memandu pulang ke rumah ibunya setelah selesai membeli keperluan ibunya. Hatinya masih berasa tidak enak seolah-olah bakal ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Raisya hanya mampu tenangkan dirinya dengan menghisap rokok lagi dan lagi sehingga dia tiba ke destinasi.
    

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now