Part 9

6.3K 61 0
                                    

Ibunya sudah tertidur selepas menonton movie dari aplikasi Netflix milik Raisya. Dia memilih movie hindustan bertajuk Singham. Ya, ibunya memang peminat cerita-cerita hindustan. Dia menarik selimut bagi mengelakkan ibunya kesejukan. Anehnya malam itu ibunya tidak membenarkan dia masuk ke dalam bilik, dipinta agar Raisya terus menemaninya di katil tersebut namun setelah dipujuk berkali-kali dan sudah puas Raisya menyatakan bahawa dia sangat menyanyangi ibunya barulah ibunya tidur. Ayahnya keluar sejak petang tadi lalu masih tidak pulang hingga kini, jarum jam sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam. Raisya tidak menghiraukan hal itu lantas diatur langkah ke arah biliknya.
Setelah memastikan pintu biliknya dikunci, dia segera mengeluarkan sebotol red wine yang dihadiahkan oleh Fareez. Penutup botol dibuka lalu ditogak rakus. Sebatang rokok dinyalakan. Sempat lagi dia mengambil gambarnya tapi seperti biasa wajahnya disembunyikan lalu gambar itu di post pada wall Wechat miliknya. Belum sampai 5minit sudah ada beberapa orang memberikan komen pada gambarnya. Ada komen yang berunsur lucah daripada pelanggan-pelanggannya, Raisya hanya membalas ala kadar. Seketika kemudian Fareez menghantar chat padanya.
"U bawak red wine tu balik kampung ke? Cari penyakit je u ni 😂!"
Raisya tergelak kecil sebelum membalas.
"Rilex laa u! Takkan ada sape yg tahu laaa."
Sebaik sahaja butang send ditekan, Fareez terus pantas membalas.
"Bahaya laa u! Next time mmg tak boleh kasi u satu botol terus."
Raisya hanya membiarkan chat tersebut. Telefon bimbitnya diletakkan sebelah. Raisya mula merasakan mukanya kebas dan seakan-akan mengembang akibat daripada minuman keras tersebut. Dengan langkah yang terhuyung hayang, Raisya berjalan mendekati bagasinya. Sehelai costume ala-ala askar dikeluarkannya lalu diganti dengan pakaian yang tersarung pada tubuhnya.
Sudah hampir seminggu Raisya pulang ke kampung lalu Raisya membuat keputusan untuk membuka. slot di Alor Star. Costume yang dipakai itu menyerlahkan lagi tubuhnya. Jelas kelihatan perutnya yang langsing manakala skirt berceloreng yang dipakainya hanya cukup untuk menutupi alat sulitnya lalu mendedahkan hampir keseluruhan kakinya. Dia berdiri di hadapan cermin besar dalam biliknya lalu beberapa gambar bersama aksi ghairah diambil.
Selesai mengedit gambar-gambar tersebut agar mukanya tidak kelihatan, dia segera post gambar tersebut pada wall Wechat nya bersama jadual slotnya yang terbaru. Selesai tugasnya itu, dia menyarung semula baju tidurnya dan duduk di birai katil. Tangan kanannya erat menggengam botol arak lalu terus menerus ditogaknya. Matanya mula berpinar, pada pandangannya, bilik tersebut seolah-olah berpusing membuatkan dia agak pening. Dia segera menyimpan semula botol minuman tersebut ke dalam bagasi lantas sebatang rokok lagi dinyalakan.
Setelah habis sebatang rokok dihisap, dia merebahkan diri ke atas katil lalu terus tertidur. Nyenyak sekali tidurnya tanpa dia menyangka dia bakal menerima kejutan pada keesokannya.

Raisya terjaga daripada tidur, Kepalanya sakit, badannya sengal seolah-olah semalam dia melakukan kerja berat. Jam dinding dalam biliknya dijeling sekilas, Jelas jarum jam menunjukkan pukul 9pagi. Raisya bangun daripada katil dengan malas. Dia segera ke bilik mandi yang terletak dalam biliknya lalu membersihkan diri.
"Isyaa..." Terdengar sayup suara ibunya memanggil dari ruang depan rumah. 'Pasti ibu nak susu!' Fikirnya sendiri. Setelah lengkap berpakaian, Raisya keluar daripada bilik lalu bergerak ke arah depan. Ibunya tersenyum melihat kelibat Raisya di situ.
"Ibu nak susu ke?" Soal Raisya lembut. Ibunya hanya mengangguk perlahan.
"Sat na, ibu. Kita tunggu ayah balik, kita tukaq pampers dulu. Lepas tu kita minum susu." jelas Raisya sambil mengelus lembut kepala ibunya. Seketika kemudian ayahnya muncul di muka pintu. Tanpa menghiraukan Raisya, Encik Radi terus menuju ke arah isterinya.
"Sayang nak tukaq pampers ka? Sayang ada rasa nak berak tak?" Soal ayah Raisya lembut.
"Haa.. Nak.. Berak..." Balas ibunya satu persatu.
"Biaq ayah uruskan ibu. Isya pergi masakkan bubur untuk ibu." Raisya terus bergerak ke dapur tanpa sepatah kata. Sebelum ke dapur dia sempat mencium dahi ibunya lalu dibisik 'I love you' pada ibunya membuatkan ibunya tersenyum ceria. Raisya suka apabila ibunya tersenyum begitu.
Sedang Raisya memasak di dapur, dia terdengar ibunya menangis disusuli suara ayahnya meminta ibunya bertenang dan terus cuba meneran. Ya, Raisya dimaklumkan bahawa ibunya mengalami sembelit semenjak mula memakan makanan pejal. Mungkin perut ibunya masih cuba menyesuaikan diri dengan bubur setelah berbulan hanya meminum susu melalui tiub.
Tetapi tiba-tiba tangisan ibunya hilang dan diganti dengan rengusan kasar. Raisya berasa tidak sedap hati.
"Raisya! Tolong ayah sat!" Panggil Encik Radi cemas. Raisya terys berlari ke hadapan mendapatkan ibunya.
Raisya tergamam. Jelas ibunya sudah membuang tapi ibunya kini kelihatan seperti kejang. Seluruh badannya mengeras termasuk anggota badannya yang lumpuh. Raisya kaget.
"Ibu! Ibu! Kenapa ni,ibu?!" Soal Raisya cemas sambil menarik wajah ibunya agar memandang ke arahnya namun badan ibunya tetap mengeras. Bunyi rengusan masih kedengaran daripada bibir ibunya, bola matanya memandang ke atas.
"Isya pegangkan ibu, ayah nak call ambulans." Raisya hanya mengangguk laju lantas terus memegang ibunya. Encik Radi bergerak ke hadapan rumah sambil mendail nombor hospital.
"Ibu! Ibu kenapa ni! Ibu dengar Isya tak?!" Soal Raisya bertalu-talu. Air mata merembes laju menuruni pipinya. 'Tak! Ini tak mungkin berlaku! Ibu dah makin sembuh! Tapi.. Keadaan ni sama dengan masa ibu mula-mula diserang strok!'
Badan ibunya terus mengeras dan mulai sejuk tapi badannya berpeluh. Raisya kaget apabila ibunya langsung tidak memberi respon malah bola mata ibunya tidak lagi bergerak dan hanya memandang ke atas.
"Ambulans dalam perjalanan. Ayah nak pergi kat depan jalan masuk, risau depa tak jumpa jalan nak mai." Maklum ayahnya sambil mencari kunci motorsikal miliknya.
Mulut ibunya mula mengeluarkan buih-buih halus seperti terkena sawan.
"Ya Allah! Ayah! Tengok ibu ni! Ayah, cepat lah!!!" Panggil Raisya cemas. Encik Radi kaku di hadapan pintu. Telefon bimbit ayahnya berbunyi nyaring.
"Ya ya saya ke depan sekarang." Encik Radi segera keluar dan menghidupkan enjin motorsikalnya lalu dipecut laju.
"Ibu! Ibu jangan tinggalkan Isya! Isya tak puas lagi jaga ibu! Maafkan Isya sebab tinggal ibu. Tapi ni Isya dah balik. Ibu jangan lah tinggalkan Isya! Isya minta maaf. Isya tahu Isya jahat. Isya bukan anak yang baik. Isya minta ampun, buu!" Ratap Raisya sayu. Jelas kelihatan air mata turut mengalir di pipi ibunya namun ibunya tetap tidak memberikan respon. Raisya memeluk erat tubuh ibunya yang masih mengeras itu.
Sebuah ambulans tiba lalu di parkir di porch hadapan rumah. Dua orang pegawai perubatan berlari memasuki rumah dengan peralatan mereka. Mereka segera memeriksa tekanan darah ibu.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal salah seorang pegawai tersebut. Ayahnya hanya terduduk lemah dimuka pintu sambil meraup wajahnya kasar.
"Saya kat dapur tengah masak bubur untuk ibu. Ayah nak tukar pampers ibu sebab ibu cakap nak berak. Then masa ibu tengah teran tu tiba-tiba ibu kejang macam ni. Mulut dia baru saja keluar buih-buih tu." Jelas Raisya sambil terus menerus cium pipi ibu. Beberapa orang jiran berkumpul di luar rumah kami, mungkin terkejut dengan kehadiran ambulans.
"Tekanan darah dia sangat tinggi ni." Jelas pegawai tersebut sambil diperhatikan seorang lagi.
"Puan? Puan dengar tak saya panggil ni. Kalau puan dengar, puan kerdipkan mata ya." Pinta pegawai tersebut lembut namun ibu tetap tidak memberikan sebarang tindak balas.
"Kita gerak hospital sekarang. Dah teruk ni." Arah seorang lagi pegawai perubatan yang seorang lagi. Keadaan cemas membuatkan Raisya langsung tidak sempat melihat nametag mereka. Driver ambulans tersebut mengeluarkan sebuah stretcher lalu ayah bangun membantu mereka mengangkat tubuh ibu ke atas stretcher tersebut.
"Isya ikut ibu je hospital. Kalau ada apa-apa terus call ayah. Ayah nak maklumkan kat nenek dan lain-lain." Pinta ayah lesu. Raisya hanya mampu mengangguk, lidahnya kelu tanpa sebarang kata, badannya menggeletar hebat. Raisya berlari ke dalam bilik lalu beberapa dokumen penting milik ibunya dan dompet milik Raisya sendiri.
"Cik duduk di belakang ya." Arah salah seorang pegawai perubatan tersebut. Aku hanya menurut tanpa kata, pegawai perubatan tersebut juga duduk di belakang bersama Raisya. Siren dibuka lalu ambulans terus bergerak laju menuju ke hospital. Raisya terus menggenggam erat tangan dingin ibunya. Raisya mengeluarkan telefon bimbitnya lalu sebuah status di post pada akaun Wechat dan Facebook miliknya bagi memaklumkan keadaan ibunya.
Tiba-tiba Raisya terkaku. Mulut ibunya mula mengeluarkan buih-buih bersama darah!
"Encik! Ibu saya!" Ratap Raisya pilu. Pegawai tersebut bangun lalu menghulurkan kotak tisu pada Raisya. Raisya mengelap darah bersama buih tersebut menggunakan tisu. Namun buih dan darah itu berterusan keluar hingga Raisya melihat ibunya seperti sukar bernafas.
"Encik? Suction tak ada ke dalam ambulans ni? Ibu macam susah nak bernafas sebab buih-buih tu!" Raisya mengharapkan pegawai tersebut memberikan lebih perhatian namun hampa.
"Dalam ni tak ada suction, cik." Hanya itu yang dibalas oleh pegawai perubatan tersebut. Mujur perjalanan ke hospital hanya memakan masa 15minit, mungkin sebab ambulans tersebut dipandu laju. Ibunya terus ditolak ke Zon Merah, Raisya terus membontoti stretcher ibunya. Seorang doktor wanita India menghampirinya.
"Boleh cik ceritakan apa yang berlaku?" Soalnya lembut. Beberapa orang doktor bertungkus lumus menguruskan ibunya. Raisya menceritakan semuanya seperti yang diceritakan pada pegawai perubatan di rumahnya sebentar tadi. Doktor tersebut mengangguk sambil mencatat sesuatu.
"Cik ada bawak sample ubat yang ibu cik makan sekarang tak?" Soalnya lagi. Raisya menggeleng laju.
"Tak ada." Jawabnya pendek sambil mengesat air mata yang terus mengalir pada pipinya.
"Baiklah cik, kami cuba selamatkan ibu cik. Cik ke depan dulu daftarkan nama ibu cik ya." Jelas doktor tersebut sambil menepuk lembut bahu Raisya. Raisya melangkah lemah ke arah pintu di belakangnya. Sempat dia menoleh ke arah ibunya yang kelihatan lemah sekali.
Sebaik sahaja keluar dari Zom Merah tersebut Raisya menangkap kelibat nenek sebelah ibunya. Dia terus mendapatkan neneknya lalu diceritakan semuanya. Jelas neneknya juga menangis tapi kelihatan lebih tenang berbanding dirinya sendiri. Mereka mengambil tempat duduk di ruang menunggu. Raisya terus berdoa di dalam hati agar ibunya selamat.
"Ada waris pesakit yang baru sampai ke Zon Merah tadi tak?" Umum seorang pegawai yang keluar daripada bahagian pendaftaran. Raisya mengangkat tangan lalu mendekati pegawai tersebut.
"Pesakit perempuan berumur lingkungan 30an yang baru sampai dengan ambulans tadi? Yang high blood pressure tu?" Soalnya lagi bagi mendapatkan kepastian. Raisya menangguk laju.
"Ya, saya."
"Cik ada kad pengenalan pesakit tak?" Raisya mengangguk lagi sambil mengeluarkan kad pengenalan milik ibunya. Kad berganti tangan lalu Raisya duduk kembali di sisi neneknya yang diam tanpa sepatah kata.
"Nenek buat apa di hospital? Datang dengan siapa?" Soal Raisya memulakan bicara.
"Nenek ada kat hospital dari semalam lagi. Atuk masuk ward pulak." Jelas wajah nenek menggambarkan duka. Suaminya sudah di hospital, kini anaknya pulak. Telefon bimbit Raisya bergetar menandakan ada panggilan masuk. Raisya meminta diri sebelum keluar bagi menjawab panggilan tersebut.
"You ada kat mana?" Kedengaran suara Amri di hujung panggilan.
"I dekat hospital.. Ibu I..."Raisya tidak dapat meneruskan kata-kata. Hanya tangisan sayunya yang kedengaran.
"Syyyhhh.. Jangan nangis, sayang. InsyaAllah ibu you baik-baik saja." Amri cuba menenangkannya namun pelbagai andaian bermain di fikiran Raisya mengenai ibunya membuatkan Raisya terdiam.
"If you need anything, just call me, okay?" Pesan Amri lembut. Raisya menahan esak tangisnya lalu mengangguk.
"Okay." Balasnya pendek lalu panggilan ditamatkan. Raisya bergerak semula ke dalam ruang menunggu tersebut. Belum sempat dia melabuhkan punggung dia sudah dipanggil ke dalam Zon Merah.
"Cik waris kepada Puan Rahmah ke?" Soal seorang doktor lelaki kepada Raisya. Jelas kelihatan namanya tertulis pada nametag yang di pinkan pada kot putihnya, Rusli.
     "Ya saya.." Jawab Raisya lemah.
     "Sebelum ni ibu puan makan ubat yang diberikan oleh pihak hospital kan? Atau ada tukar ubat?" Soal doktor tu lagi sambil meneliti sesuatu pada fail di tangannya.
     "Ya sebelum ni makan ubat hospital je tapi bulan 3 haritu ada checkup di klinik berdekatan sebab nurse yang datang melawat tu cakap dorang dah tak melawat kat rumah lepas tempoh 3bulab so dorang suruh bawak checkup dekat klinik tu. Time checkup di klinik tu tekanan darah ibu tiba-tiba rendah so doktor sana cakap dia bagi ubat yang dosnya kurang sikit daripada hospital punya." Jelas Raisya panjang lebar. Doktor Rusli mengangguk kecil sambil mencatat sesuatu pada fail di tangannya.
     "Okey macam ni cik. Harap cik bertenang ya."Pinta Doktor Rusli sambil menatap tepat ke anak mata Raisya. Raisya hanya mampu mengangguk kecil, liur yang ditelan terasa kental dan susah ditelan.
     "Ibu puan memang ada rekod di sini yang mengatakan beliau mempunyai masalah tekanan darah yang tidak stabil. Means bila-bila masa boleh turun dan naik tanpa dijangka. Sebab tu kami terus memberikan dos ubat yang kuat. Tapi tindakan klinik tersebut menukar ubat ke dos rendah meletakkan ibu puan dalam risiko yang macam sekarang. Dari andaian saya, ibu cik mengalami sembelit bukan? Jadi masa dia hendak teran tu menyebabkan dia stress lalu membuatkan tekanan darahnya kembali tinggi. Cik faham apa yang saya jelaskan sekarang ni?" Doktor Rusli berhenti seketika. Raisya mengangguk laju. Dia kini menyalahkan klinik yang melakukan pemeriksaan ke atas ibunya. Mereka cuai!
     "Okay. Berdasarkan rekod juga pada 31 Julai 2017 ibu cik telah diserang strok. Pembuluh darah sebelah kanannya pecah lalu berlaku pendarahan dalam otak sebelah kiri. Ibu puan telah dibedah dan selamat namun mengalami lumpuh separuh badan, betul?" Sekali lagi Raisya mengangguk laju. Badannya kembali menggeletar, dia takut hendak mendengar maklumat yang bakal di sampaikan oleh doktor tersebut.
     "Baik. Kami dah buat CT Scan ke atas ibu cik tadi. Kami dapati berlaku pendarahan dalam otak sebelah kanannya pulak." Serentak ayat itu dihabiskan, setitis demi setitis air mata Raisya gugur. Raisya mencapai keputusan CT Scan yang di pegang oleh Doktor Rusli.
     "Pembedahan dulu berjaya sebab ibu cik masih muda dan belum pernah buat sebarang pembedahan. Kali ni boleh juga kalau keluarga cik memutuskan hendak buat pembedahan tapi ada beberapa risiko. Yang lepas pembedahan sebelah kiri menyebabkan ibu cik lumpuh sebelah kanan jadi andai pembedahan kali ni dilakukan kemungkinan besar ibu cik bakal lumpuh keseluruhan. Dan ibu cik mungkin tidak akan dapat pulih seperti sedia kala. Ada kemungkinan juga berlaku komplikasi semasa pembedahan." Jelas Doktor Rusli lagi.
     "Jadi apa pilihan yang kami ada?" Soal Raisya mendatar. Air matanya terus mengalir namun pandangannya kosong, penuh kekesalan.
     "Ada dua pilihan di sini. Yang pertama buat pembedahan sekali lagi namun dengan risiko yang saya nyatakan tadi. Yang kedua kita pasangkan sistem sokongan hayat pada ibu puan sampai saat semua dah bersedia, kita akan cabut sistem tersebut sebab macam mana pun harapan untuk ibu cik memang sangat-sangat tipis." Jelas Doktor Rusli lagi. Raisya mengangguk kecil. Tiada riak tergambar di wajahnya hanya air mata yang setia menemaninya.
     "Doktor bagi masa sikit. Saya nak bincang dengan yang lain." Pinta Raisya lembut sambil mengalihkan pandangan ke arah ibunya. Badan ibunya dipenuhi dengan pelbagai wayar.
     "Baiklah tapi jangan terlalu lama sebab kami perlu bertindak secepat mungkin." Raisya mengangguk faham.
     "Boleh saya jumpa ibu saya?" Doktor Rusli mengangguk sambil tersenyum kelat.
     Raisya mendekati katil ibunya. Kesan darah masih ada di bibirnya. Mata ibunya terpejam rapat namun jelas sesekali bebola matanya bergerak seolah-olah cuba membuka mata.
     "Ibu kuat ya.. Isya sayangkan ibu sangat-sangat." Raisya mengucup lama pipi ibunya. Tiba-tiba ibunya jeluak, keluar cecair berwarna hitam daripada mulutnya. Raisya cemas.
     "Doktor! Ibu muntah!" Panggil Raisya cemas sambil cuba mengelap muntah tang bersememeh di mulut ibunya.
     "Itu air dalam perut ibu cik. Tolong cepat ya cik berbincang, keadaan ibu cik dah kritikal." Maklum Doktor Rusli perlahan. Hampir saja Raisya terjelepok di situ namun di gagahkan diri ke arah pintu.
     "Kalau suami atau waris nak jumpa ibu cik boleh masuk ya tapi maklumkan di pintu hadapan dulu nak jumpa patient Doktor Rusli." Raisya hargai pertolongan Doktor Rusli itu, Raisya hanya tersenyum kelat lalu melangkah keluar dari ruang itu.
     "Nenek nak tengok ibu boleh dah tapi cakap dengan pintu depan tu nak jumpa Doktor Rusli." Maklum Raisya pada neneknya sebelum Raisya keluar dari ruangan kecemasan tersebut. Sebaik sahaja dia tiba di luar, dia menghamburkan tangisan sepuasnya. Tidak dipedulikan lagi mata-mata yang memandang. Dia mencari ruang yang agak tersorok, dia terduduk lemah di situ.
     Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar lalu di dail nombor telefon ayahnya. Tidak menunggu lama panggilan tersebut telah dijawab. Raisya menerangkan kesemuanya sambil diiringi esak tangis. Terlupa seketika sengketa di antara mereka.
     "Cakap dekat doktor tu.. Buatlah apa yang terbaik untuk ibu.." Arah Encik Radi lemah. Raisya melepaskan tangisnya lagi sekali. Perit sekali. Dia dapat merasakan bahawa ibunya akan pergi buat selamanya. Dadanya terasa sesak, pandangannya kabur dek air mata, matanya membengkak.
Raisya lihat skrin telefonnya seketika, bertubi-tubi chat masuk daripada Wechat dan juga Facebook, masing-masing ingin mengetahui keadaan ibunya dan tak kurang juga yang bersimpati. Raisya membiarkan semuanya tanpa balasan. Raisya bergerak masuk semula ke arah Zon Merah, setelah dia tiba di dalam, kelihatan kakak kepada ibunya, Puan Liza sudah berada di sisi ibunya sambil menangis.
     "Raisya nak tengok ibu ya? Makngah keluar dulu." Tanpa menunggu balasan daripada Raisya, Puan Liza terus keluar dari situ. Raisya mendekati Doktor Rusli.
     "Ayah saya cakap buat yang terbaik untuk ibu. Kalau perlu pembedahan, pembedahan la jalannya. Apa saja yang terbaik untuk ibu.." Pinta Raisya sambil menahan esak tangisnya lagi. Doktor Rusli mengangguk faham.
     "Buat masa sekarang kita masih menunggu keadaan ibu cik stabil sedikit sebelum dipindahkan ke dalam wad. Dari situ kita akan putuskan apa yang terbaik buat ibu cik. Banyakkan bersabar ya..Jangan banyak nangis, dah tak nampak cantik bila nangis macam ni." Usik Doktr Rusli membuatkan Raisya tersenyum kelat. Dia bergerak ke katil ibunya, sebuah lagi ciuman dihadiahkannya sebelum bergerak keluar.

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now