Raisya terjaga dari tidurnya. Tubuh tanpa seurat benang miliknya dipeluk kejap oleh Ridzwan. Dia menolak perlahan tangan milik Ridzwan dari terus memeluk badannya. Sehelai tshirt yang berselerak di lantai bilik dicapai lalu disarungkan ke badan. Dia duduk bersandar di atas sebuah sofa yang terdapat di dalam suite tersebut. Fareez serta MC tiada di situ, mungkin mereka pergi selesaikan kerja mereka.
"Morning, babe." Raisya melirik senyuman tatkala mendengar sapaan Ridzwan yang hanya berbaring di atas katil diselimuti selimut tebal.
"Morning, hun. Mana Fareez dan MC?" Raisya berjalan mendekati Ridzwan lalu duduk di birai katil.
"Diorang cakap ada suprise untuk you but I tak tahu diorang ke mana or apa suprise tu." Raisya mencapai botol Jack Daniels lalu ditogaknya perlahan. Ridzwan hanya merangkul pinggangnya lalu disembamkan wajahnya pada sisi pinggang gadis itu.
"Come join me, darl." Ajak Raisya sambil mengukir senyuman nakal pada bibirnya. Ridzwan tertawa halus.
"Tak takut ke I buat something kat you?" Duga Ridzwan bersahaja membuatkan Raisya ketawa mengekek, dia meletakkan kembali botol minuman keras tersebut. Sekilas pergerakan sahaja dia telah berjaya menolak tubuh Ridzwan lalu pantas dia naik ke atas badan Ridzwan sambil terus tersenyum nakal.
Tiba-tiba pintu bilik terkuak dari luar, kelihatan Fareez serta MC muncul disebalik pintu yang terkuak itu.
"Amboi korang! Pantang kena tinggal kejap masing-masing dah menggatal!" Usik MC mengundang tawa kami bertiga.
"Morning, hun." Sebuah kucupan singgah ke dahi Raisya. Raisya tersenyum gembira tatkala melihat Fareez menghulurkan sejambak bunga Rose berwarna merah gelap serta sebotol red wine.
"Seingat I, you tak minum sangat red wine kan?" Persoalan tersebut meniti pada bibir Raisya.
"Memang kitorang tak minum sangat but kitorang akan buat apa saja untuk you asalkan you terus tersenyum macam ni." Jawab MC sambil mencuit laju hidung Raisya.
"Thanks, korang." Raisya bingkas bangun lalu memeluk setiap mereka dengan erat. Dia benar-benar gembira. Saat bersama mereka, dirasakan seolah-olah semua masalah yang dihadapinya hilang begitu saja.
"Korang checkout pukul berapa?" soal Raisya sambil tangannya ligat menuangkan red wine yang baru diterimanya ke dalam gelas masing-masing.
"Kitorang checkout lusa sebenarnya sebab kerja tak settle lagi. Asal?" ujar Ridzwan seraya menyambut huluran gelas dari Raisya.
"Oh takpe la macam tu. Cuma I kena balik checkout hotel I buat job semalam. Sooo... After this, I nak kena gerak dah la." Raisya mencicip perlahan minuman keras tersebut.
"Lah! You tak join kitorang breakfast dulu ke ni?" Celah MC yang sedang duduk di birai katil.
"I rasa tak sempat la, yang. Next time eh bila I turun sana?" Sengaja Raisya membuat riak wajah comel membuatkan mereka ketawa melihat Raisya.
"Takde hal laa, babe! Macam tak biasa pulak. Apartment I tu sentiasa terbuka je untuk You." Balas Fareez bersahaja.
Selesai Raisya menghabiskan minumannya, dia terus bergerak ke bilik mandi. Selesai mandi Raisya mengerling ke arah mereka bertiga yang kelihatan nyenyak tidur. 'Pasti dorang penat nii!' getus hati kecil Raisya, nakal.
Raisya mengatur langkah keluar daripada hotel tersebut lalu terus memandu ke arah hotel 'job'nya semalam di Cyberjaya. Entah kenapa hatinya terasa tidak sedap. Selesai urusan checkout, dia terus pulang ke rumahnya pula.
Seusai dia tiba di rumah, kasut milik Hanani telah ada di rak kasut menandakan sahabatnya ada di rumah.
"Woi, Hanani!" Pekik Raisya terdengar hingga ke kamar Hanani di tingkat atas.
"Apa, gila!" Hanani membalas pekikan Raisya dengan lebih deras sebelum kedua-duanya ketawa mengekek.
"Jilake betul kau! Jumpa mak tak ajak aku pun!" Perli Hanani sambil menolak lembut tubuh Raisya seolah-olah terasa hati.
"Aku tak plan pun, syial! Spontan je tu aku ajak dia. Lagipun kau tengah kerja, malas laa aku nak kacau." Mereka meniti tangga ke tingkat atas bersama-sama.
"Macam mana job kau semalam?" Sambung Raisya segera menukar topik bualan mereka.
"Job? Nak macam mana lagi. Macam biasa laa." Bidas Hanani sambil membuat muka bosan. Raisya tertawa kecil. Bagasinya diletak di atas katil lalu mereka duduk di birai katil.
Tiba-tiba Raisya berdiri statik di hadapan Hanani. Hanani sedikit kaget dengan perlakuan Raisya.
"Kau dah kenapa?" Tanya Hanani cuak.
"Entah lah. Sebenarnya aku rasa tak sedap hati. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa!" Raisya mencekak rambutnya sendiri dengan perlahan seolah-olah cuba melepaskan beban di fikirannya.
"Calm down la bongok! Apa kata kau pergi bercuti? Mana-mana je la yang kau nak?" Usul Hanani sedikit risau dengan reaksi Raisya sebentar tadi. 'Minah ni depression ke apa?' tukas hati kecil Hanani.
"OMG! Betul la. Dah lama aku tak bercuti kan? Betul tu betul!" Wajah Raisya mulai ceria semula.
"Sekarang apa kata kau join aku?" Sambung Raisya sambil mengeluarkan red wine pemberian Fareez daripada bagasinya. Terhambur tawa Hanani tika itu.
"Bangang! Kau belanja KFC sedap jugak. Natang jadah ni buat apa? Kau pun tahu aku tak minum." Raisya terus tertawa sambil duduk di meja kopi dalam biliknya. Sebuah gelas kaca dikeluarkan dari drawer bersebelahan.
"Harini aku ada job lagi. Anddd ..." melihat Raisya cuba memotong kata-katanya, Hanani terlebih dahulu mencelah.
"Aku akan pastikan semua berkunci dulu sebab minah sekor ni kalau dah mabuk, kena rogol pun tak sedar haaa!!" Usik Hanani sambil terus berlari keluar dari bilik tersebut apabila Raisya dah bersiap sedia hendak mengejarnya. Raisya ketawa terbahak-bahak melihat perlakuan Hanani tadi. Dia meneruskan aktivitinya yang terbengkalai sehingga akhirnya dia sendiri tidak tahu bila dia terlelap.
YOU ARE READING
Relakah Dikau?
RomancePerit? Namun masih gagah melangkah sambil tersenyum demi hari-hari yang dilewatinya? Dugaan demi dugaan menimpa Nur Raisya Afiqah sehingga dia terpaksa mengambil jalan mudah. Tetapi apakah kesudahannya? Adakah dia kekal di dalam sisi gelap hidupnya...