Part 8

6.6K 57 0
                                    

Raisya akhirnya tiba jua ke rumah milik ibunya itu. Dia segera menurunkan bagasi-bagasi dari bonet belakang kereta. Kereta milik ayahnya tidak kelihatan di porch rumah tersebut. Raisya mengheret setiap satu bagasinya ke muka pintu.
"Assalamualaikum!!!" Salam diberi terlebih dahulu sebelum kedengaran bunyi kunci pintu dibuka dari dalam. Terjengul wajah sepupunya, Farhana disebalik pintu. Jelas kelihatan dari air muka sepupunya itu yang dia terkejut dengan kepulangan Raisya.
"Waalaikum..salam.." Sahut satu suara lagi dari dalam rumah. Iya, itu suara ibunya. Ibunya masih tidak dapat cakap secara normal akibat strok yang dialaminya.
"Kak Ana sihat ka?" Sapa Raisya mesra seraya memeluk erat sepupunya itu.
"Kak Ana sihat ja. Isya sihat ka? Lama Isya tak balik sini." Balas Farhana sambil tersenyum.
"Isya sihat ja.. Sibuk sikit kerja, bos pulak tak bagi cuti selagi kerja tak settle. Tu yang payah nak balik sini." Terang Raisya panjang lebar. Farhana hanya mengangguk sebelum membantu Raisya bawa bagasi-bagasinya ke dalam.
Ruang hadapan rumah itu kosong tanpa sebarang perabot. Yang ada hanyalah sebuah katil, meja dan almari. Semuanya untuk kegunaan ibunya. Di atas katil yang terletak di sudut ruang itu ada seorang wanita terbaring sambil matanya melingas ke serata bilik. Matanya berhenti bergerak tatkala pandangannya jatuh ke wajah Raisya. Wajahnya serta merta memerah, air matanya mengalir laju, tangisannya tidak bersuara, hanya esak tangis yang kedengaran.
Raisya segera menerpa ke arah katil ibunya, dipeluk erat tubuh ibunya yang lumpuh sebelah badan itu. Betapa dia merindui wajah itu.
"Isya balik,ibu. Isya mintak ampun.." Rintih Raisya sambil terus memeluk tubuh ibunya yang jelas makin susut.
     "Isya.. Balik.." Sahut ibunya setelah tangisannya agak reda. Raisya mengangguk laju mengiakan kata-kata ibunya itu.
     "Abah pi mana?" Tanya Raisya sambil mengesat air mata yang jatuh ke pipi ibunya.
     "Abah.. Taktau.." Raisya tergelak kecil melihat ulah ibunya itu. Raisya agak gembira dengan perkembangan ibunya itu. Ternyata ada peningkatan dalam sebutan dan perkataan yang dikeluarkan.
     "Ibu dah makan?" Raisya mengusap lembut kepala ibunya. Sesekali apabila tangannya mencapai bahagian kiri kepala ibunya, jelas terasa kesan pembedahan yang dijalani ibunya 9bulan lepas.
     "Dak... Lagi..." Jawab ibunya sambil tersenyum. Senyumannya agak senget tapi bagi Raisya, senyuman ibunya tetap manis seperti biasa.
     Raisya baru teringat akan sepupunya tadi, dia segera menoleh ke belakang. Jelas sepupunya itu turut mengesat air mata sambil tersenyum le arah mereka. Tiba-tiba ibunya menangis, Raisya gelabah.
"Awat ibu?" Soal Raisya cemas. Ibunya hanya menangis sambil menunjuk ke arah pampers yang dipakainya. Rupanya pampers tersebut dan penuh dan bocor. Kelihatan seperti langsung tidak ditukar dalam masa yang agak lama. Dada Raisya mula berombak marah, pasti ayahnya tidak tukar terlebih dahulu.
"Kak Ana tak larat nak tukar sorang." Jelas Farhana tanpa dipinta, Wajahnya jelas riak bersalah.
     "Mana abah, Kak Ana?" Tanya Raisya pendek. Dia sangat geram dengan perlakuan ayahnya.
     "Abah kata nak keluar sat, satgi dia balik kot." Jelas Kak Ana sambil mata terus memandang ke lantai. Raisya mengangguk kecil sebelum mengucup dahi ibunya.
"Kak Ana boleh tolong Isya tukar pampers ibu?" Pinta Raisya agak sebak. Sudah lah ibunya tak mampu bangun sendiri, pakai pampers pulak tu tapi Encik Radi tetap sambil lewa dalam penjagaan ibunya.
"Boleh, Isya. Kak Ana ambik barang na." Farhana bergerak ke almari di sebelah katil. Sterile water, gauze, cotton wool dan pampers dicapai lalu di letakkan atas meja sebelah kiri katil. Raisya mengambil tempat di sebelah kanan manakala Farhana disebelah kiri.
Pampers ibunya dibuka lalu tubuh ibunya diiringkan ke sebelah kiri menghadap Farhana. Raisya tergamam sekali lagi. Luka bedsore ibunya berdarah. Gauze yang tertampal pada luka itu ditarik cermat. 'Bedsorenya makin teruk!' getus Raisya dalam hati. Wipes tissue dicapai lalu dibersihkan bahagian luka.
"Kak Ana tolong ambil ayaq suam."Pinta Raisya sambil meminta ibunya memegang besi katil agar kuat untuk menahan tubuh. Farhana kembali dengan sehelai kain bersih dan sebekas air suam.
Raisya lap seluruh tubuh ibunya menggunakan kain tersebut. Pampers yang di pakai ibunya tadi digulung lalu di lipat dan dibuang ke tong sampah di sisi. Raisya mencuci luka bedsore ibunya dengan sterile water lalu di tutup dengan gauze. Kain yang sudah basah dengan air kencing ibunya dilipat lalu ditarik dari tubuh ibunya.
Kain baru dicapai dari almari lalu dihamparkan sebelah kanan katil, diletakkan pampers atasnya dengan betul lalu tubuh ibunya ditarik menghadapnya pula. Air liur yang meleleh di pipi ibunya dilap dengan penuh kasih sayang. selesai mengelap tubuh sebelah kiri ibunya dan di pakaikan pampers, Raisya capai pula sehelai baju kurung yang telah digunting pada bahagian tengah belakang dan dipakaikan ke tubuh ibunya. Ibunya hanya tersenyum memandangnya tanpa sebarang kata.
Farhana bergegas menyimpan segala barang yang telah digunakan sebentar tadi. Dia sudah biasa namun dengan kudratnya seorang, dia tidak mampu untuk menukar pampers ibu saudaranya itu seorang diri.
     "Isya masak sat na, ibu. Satgi Isya suap ibu makan." Raisya melemparkan senyuman buat ibunya sebelum membawa kesemua bagasinya ke dalam bilik lamanya.
     "Kak Ana balik dulu na!" Pekik Farhana dari pintu hadapan.
     "Ya, Kak Ana! Terima kasih na tolong tengokkan ibu." Selesai mengemas bilik itu ala kadar, Raisya terus ke dapur bagi memasak bubur untuk ibunya. Pintu peti sejuk dibuka, Raisya tergamam. Tiada apa di dalamnya. Hanya tinggal sebiji telur! Kurang ajar orang tua sekor ni! Raisya semakin benci dengan ayahnya. Selama ini duit diberikan pada ayahnya entah apa dibuat dengan duit itu.
Sambil menunggu bubur ibunya siap, Raisya menyusun barang keperluan ibunya yang dibeli awal tadi ke almari. Ibunya hanya diam sambil memerhati Raisya. Tombol pintu hadapan dipulas dari luar, muncul seorang lelaki berusia 40an dari sebalik pintu. Iya, itu Encik Radi. Ayah kepada Raisya.
"Bila Isya balik?" Soal Encik Radi ringkas.
"Ayah pi mana? Awat tinggal ibu macam tu ja dengan pampers tak tukar?" Soal Raisya geram tanpa menjawab soalan ayahnya.
"Dah tadi ayah nak tukaq, ibu tak mau lagi." jawab Encik Radi tanpa rasa bersalah. Dia terus menuju ke biliknya tanpa menghiraukan Raisya yang terus menerus memerhatikannya.
Habis 1 mangkuk bubur dimakan oleh ibunya, Raisya tersenyum senang. Ibunya makin berselera nampaknya!
"Ibu nak apa-apa lagi tak?" Soal Raisya lembut sambil mengelus rambut nipis ibunya.
"tak mau apa-apa.. laa.." Jawab ibunya lambat-lambat. Raisya mengangguk sebelum mengucup dahi ibunya.
"Kalau macam tu Isya masuk bilik, nak rehat sat na. Satgi kalau ada apa-apa ibu panggil ja Isya. Malam ni kita tengok movie." Ujar Raisya ceria, ibunya hanya mengangguk lembut tanda faham.
Sebaik sahaja Raisya tiba di bilik, pintu biliknya diketuk dari luar.
"Raisya! Mai duit sikit, ayah nak pi beli barang ibu." Jerit ayahnya dari luar bilik. Raisya mendengus kasar sambil membuka pintu.
"Tak payah! Isya dah beli semua tadi, cukup untuk seminggu. Isya balik lama sikit kali ini so kalau ada barang habis pun Isya boleh belikan sendiri." Tegas Raisya sambil memandang tepat ke anak mata ayahnya. Jelas ayahnya tidak berpuas hati.
"Apa ayah buat sebenarnya dengan duit Isya bagi selama ni hah? Dengan selalu tinggal ibu macam tu? Barang dapur hampir tinggal habuk je! Mana pergi semua duit tu? Bukan sikit tau ayah? Seminggu Isya bagi RM2000.00! Mana pergi duit-duit tu semua?!" Raisya menghamburkan marahnya yang tidak lagi terbendung. Encik Radi mencekak pinggangnya, dia memandang Raisya garang, pantang dia apabila tindak tanduknya dipersoal.
"Ah hang apa tau, Isya! Barang semua mahai sekarang ni! Aku tahu la apa aku buat!" Bentak Encik Radi membalas pandangan marah Raisya. Tangan Raisya dikepal, cuba menahan marah yang semakin membara.
"Ohh ayah tahu apa yang ayah buat? Jadi apa yang ayah buat? Biar peti ais kosong? Habis selama ni ibu makan apa? Susu saje?! Padan lah ibu makin susut!" Tengking Raisya marah.
"Kurang ajar!!!"
Panggg!
Raisya terduduk di sisi katil, diusap pipinya yang terasa pedih. Bibirnya sedikit pecah ekoran ditampar ayahnya tadi. Tangan itu yang menjaga dirinya dari kecil. Kini hanya kerana ego seorang lelaki, tangan yang lembut itu berubah keras lalu hinggap ke pipinya.
"Tak guna punya anak! Susah-susah aku besarkan sekarang nak kurang ajar! Semua nak salahkan aku!" Bentak ayahnya sambil menghayunkan penumbuk ke arah dinding. Raisya bingkas bangun.
"Kalau dalam masa Isya tinggal di sini, ayah masih ego macam ni! Isya takkan teragak-agak bawak ibu tinggal dengan Isya di KL! Ingat tu!" Tegas Raisya memberi amaran kepada ayahnya. Matanya mencerlung marah ke arah ayahnya yang berpaling menghadapnya kini dengan senyuman sinis.
"Jangan cabar Isya, ayah. Isya mampu jaga ibu sendiri walau tanpa ayah!" Pintu bilik dihempas kuat lalu dikunci dari dalam.

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now