"Raisya!!!" tersentak Raisya dari lamunan panjang tatkala terdengar Hanani memekik namanya di pintu kamar.
"Apa benda kau ni terpekik-pekik? Mujur aku takde sakit jantung." balas Raisya seraya menjeling tajam ke arah Hanani. Terletus tawa di bibir Hanani bila melihat jelingan Raisya.
"Kau tu yang berangan di siang hari dah kenapa? Sangkut dengan pelanggan ke beb? Hahaha.." soal Hanani sambil terus ketawa.
"Euuww!! Memang tak lah. Aku teringatkan family aku je.." riak wajah Raisya berubah sayu membuatkan tawa di bibir Hanani terhenti.
"Kau taknak balik ke?" Raisya menggeleng laju mengdengar soalan daripada Hanani.
"Nanti lah aku balik. Duit aku bank in je kat bapak aku.. Nanti-nanti aku balik la. Kau pun tahu simpanan aku belum cukup. Kalau aku balik kampung, kerja apa je aku boleh buat.." Hanani memeluk lembut bahu Raisya, dia tahu benar masalah yang dihadapi sahabatnya itu. Suasana berubah sunyi sepi seketika, sesekali terlihat Raisya menyeka air mata yang keluar.
"Eh kau kenapa belum siap lagi? Bukan kau ada 'job' ke di Kuantan hari ni?" Raisya segera mengubah topik perbualan mereka.
"Aku nak siap la ni, aku datang ni nak panggil kau turun makan. Pukul 12 tengahari kejap lagi aku bertolak. Driver aku pun belum sampai lagi." terangguk-angguk Raisya mendengar celoteh si Hanani.
"Kalau macam tu, jom kita makan sama-sama. sekarang baru pukul 10pagi, sempat je nak makan then terus siap. Aku pun ada 'job' harini." Raisya bangun sambil mengemaskan meja tulisnya.
"Eh Raisya, aku nak gitau something ni." tetiba Hanani bersuara apabila dia menghampiri muka pintu.
"Hah apa lagi?" Raisya toleh ke arah Hanani seketika sebelum bergerak ke katil dek kerana katilnya belum dikemas.
"Siapa lambat sampai ke bawah, dia kena cuci pinggan lepas makan kejap lagi!!!" ujar Hanani teruja sambil terus berlari ke anak tangga menuju tingkat bawah.
"Celaka kau Hanani!!!!" maki Raisya sambil ketawa mengekek.
Bahagia? Tidak. Raisya sudah pun bergelumang dengan sisi gelap dunia kini. Biarpun dia masih mampu ketawa, tapi hatinya memberontak hebat. Tubuhnya terpaksa menjalankan tugas meski hatinya menolak semahu-mahunya. Tetapi apa kan daya. Demi seorang insan bergelar ibu, yang membesarkannya dengan susah payah."Raisya, aku gerak dulu!" teriak Hanani di muka pintu utama sambil menjinjing sebuah bagasi kecil. Raisya muncul seketika kemudian. Ditarik lembut tubuh Hanani lalu dipeluk kejap.
"Buat 'job' elok-elok. Jaga diri, situ kawasan panas. Apa-apa call aku terus." bisik Raisya perlahan sebelum meleraikan pelukannya.
"Kau ni macam laa aku tak pernah buat 'job' luar kawasan." usik Hanani sambil tersenyum.
"Aku ada kau je Hanani. Aku sayang kau, kau banyak tolong aku." Hanani ketawa lagi sambil menepuk bahu Raisya.
"Sudah-sudah. Kau tak payah nak berdrama kat sini. Kau tu jaga diri, pintu dengan tingkap jangan lupa kunci bila keluar. Aku gerak dulu." Pesan Hanani seraya menyarung sneakers nya dan melangkah keluar dari rumah tersebut.
"Syam, ambilkan beg aku tu. Kita gerak sekarang." arah Hanani pada kekasih merangkap pemandunya juga. Sejauh mana serius hubungan mereka, Raisya tidak tahu.
"Byee Hanani!!!" jerit Raisya di muka pintu sebelum Hanani melangkah masuk ke dalam perut kereta milik Syam. Kereta dipandu Syam meluncur laju keluar daripada perkarangan rumah sewa Raisya dan Hanani itu."Eh dah pukul 12 lebih, baik aku siap sekarang. Nak ke Cyberjaya pun lambat-lambat jammed pulak nanti." gumam Raisya sendiri sambil mengunci pintu dan bergerak ke biliknya di tingkat atas.
Selesai mandi, Raisya terus mengemas barang-barang peribadi yang wajib dibawa untuk 'job' nya kejap lagi. Jeans ketat dan tshirt lengan panjang disarung ke tubuhnya. Rambut ikal mayangnya diikat tinggi. Dibelek seketika wajahnya di cermin lantas dia tersenyum.
'Cantik!' getus hatinya sambil tersenyum di hadapan cermin. Dia mencapai bagasi kecilnya dan terus mengatur langkah ke bawah. Selesai memastikan semua tingkap dan pintu dikunci, dia menyarung sandalnya dan terus melangkah masuk ke dalam perut kereta Waja miliknya. Enjin dihidupkan, bagasi diletak di belakang, Raisya mula memandu ke destinasi.
Sebaik sahaja tiba di sebuah hotel bertaraf 4star di Cyberjaya, dia segera check in dan berlalu ke bilik sebaik saja mendapat kunci.
Raisya menyusun barang-barang peribadi lalu segera menukar ke pakaian wajibnya ketika 'job' yakni sehelai lingerie berwarna merah yang sangat seksi. Setiap lekuk tubuhnya dapat dilihat dengan jelas melalui lingerie tersebut. Tepat jam 3petang, doorbell pintunya berbunyi. Raisya melepaskan rambutnya biar terurai panjang, sedikit perfume disembur ke tubuhnya lalu dia melangkah ke arah pintu dengan senyuman meleret di bibir.
Pintu bilik dibuka, seorang lelaki 40an bersusuk tinggi lampai melangkah masuk. Raisya segera merangkul manja tubuh lelaki itu seraya menutup kembali pintu bilik. Saat itu syaitan bersorak gembira, dua orang anak adam melakukan dosa terkutuk tanpa rasa bersalah.
YOU ARE READING
Relakah Dikau?
RomancePerit? Namun masih gagah melangkah sambil tersenyum demi hari-hari yang dilewatinya? Dugaan demi dugaan menimpa Nur Raisya Afiqah sehingga dia terpaksa mengambil jalan mudah. Tetapi apakah kesudahannya? Adakah dia kekal di dalam sisi gelap hidupnya...