Part 19

4.4K 66 4
                                    

     Takbir raya bergema dari surau berdekatan dengan rumah Raisya. Raisya pula langsung tiada semangat nak meraikan hari raya dek kerana dia akan sentiasa teringat akan memori dia bersama arwah ibunya. Selalunya awal pagi lagi mereka akan bangun untuk siapkan rendang dan ketupat bersama-sama. Air tangan si ibu, pasti tiada tandingnya dengan yang lain.
     Namun hari ini suasana rumah Raisya sunyi sekali. Tiada makanan, tiada kuih raya, tiada perhiasan baru dan paling penting ibunya tiada. Pintu biliknya diketuk perlahan lalu Raisya berjalan ke arah pintu dan membukanya. Terpacul wajah ayahnya di muka pintu. Wajahnya kelihatan kusut dan matanya merah, jelas sekali ayahnya menangis sepanjang pagi itu.
     "Isya nak ikut ayah pergi kubur?" Soal Encik Radi perlahan. Suatu aktiviti baru di pagi raya yang bakal dilakukannya mulai tahun ini.
     "Tak kot. Sat lagi Hafiz mai ambik Isya. Nanti bila-bila Isya pergi sendiri." Balas Raisya sambil tersenyum kelat. Encik Radi mengangguk kecil mendengar jawapan dari Raisya.
     "Okey, kalau ada apa-apa, call ayah." Ujarnya sebelum berlalu pergi. Tak lama kemudian terdengar bunyi enjin keretanya dihidupkan. Raisya terduduk diam di atas katil.
     Raisya lebih gemar pergi ke kubur tanpa ayahnya kerana dia dapat mengadu dan menangis sepuas-puasnya di situ tanpa gangguan sesiapa. Kadang kala Hafiz menemani dia tapi Hafiz lebih senang memberikan ruang buat Raisya lalu ria hanya menunggu di tepi Raisya tanpa berkata apa-apa. Mungkin perbuatannya agak kurang elok, menangis meraung di kubur tapi apakan daya, sebaik sahaja dia terlihat batu nisan milik ibunya, air matanya akan terus terhambur keluar tanpa dapat di tahan. Bagai terbayang wajah ibunya tika di bawa pulang ke rumah selepas dikafankan.
     Jauh di sudut hati Raisya setiap kali dia ke kubur ibunya, dia tetap berharap bahawa semua itu hanya mimpi dan ingin segera dibangunkan dari 'mimpi' tersebut. Namun dia sedar, tak semua yang diharapkan dalam hidupnya akan jadi kenyataan. Sesetengah hal harus di telan biarpun peritnya menusuk hingga ke jantung.
     Masih segar diingatan memorinya di hari raya pada tahun-tahun yang lepas. Selepas bersiap, dia akan membantu ibunya memakai 'shawl'. Tika itu Raisya tidak dapat menahan sengih sebab merasakan ibunya terlalu 'old school' dan tidak pandai memakai 'shawl'. Dan hari ini, memori itu lah yang paling dirinduinya.
     Hari ini Raisya masih hilang selera. Malah semenjak pemergian ibunya, dia hanya akan makan sekali sahaja sehari itupun setelah dipaksa oleh Hafiz. Akibat itu, berat badannya turun mendadak, malah pipinya juga agak cengkung dan wajahnya pucat. Namun Raisya tidak pernah hiraukan hal-hal kecil sebegitu.
     Raisya menyalakan sebatang rokok sambil duduk di birai katil. Sekali lagi dia tersengih setelah teringat akan memorinya bersama Puan Rahmah. Dia teringat apabila dia sering curi-curi hisap rokok ketika membantu ibunya berniaga dahulu. Saat itu dia baru berusia 16 tahun. Raisya memulakan tabiat buruknya itu sejak berumur 14 tahun lagi tapi selalunya dia hanya menghisap rokok di sekolah sehingga dia berhenti sekolah dan membantu ibunya berniaga.
     Apabila pelanggan tiada dan ayahnya juga tiada di kedai, dia akan membuat alasan ingin ke tandas bagi menghisap rokok. Setelah selesai dia akan kembali ke kedai seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi wajah ibunya pasti masam dan berkerut setiap kali dia kembali.
     "Huh! Bay busuk rokok pulak!" Getud ibunya keras. Raisya hanya berpura-pura tidak mendengarnya. Dia tahu ibunya sedia maklum dengan tabiatnya itu setelah biliknya sering berbau rokok dan beberapa kali ibunya terjumpa lighter dan rokok di dalam biliknya. Tapi ibunya tidak pernah menegur secara 'direct'. Itu lah Puan Rahmah, sentiasa memendam rasa dan tidak pernah mengeluh.
     Raisya juga sering curi-curi keluar tanpa pengetahuan ayahnya dan seperti biasa, ibunya juga yang sering membantunya agar tidak diketahui oleh Encik Radi. Saat ini baru dia sedar betapa ibunya sayang akan dirinya. Dulu dia hanya rasa bahawa ibunya mengongkong dirinya.
     Telefon bimbitnya berbunyi nyaring, Raisya segera menjawab dan suara Hafiz menjengah pendengarannya.
     "Hang siap dah ka?" Soal Hafiz ceria.
     "Tengah siap ni. Hang nak sampai dah ka?" Jelas suara Raisya agak serak akibat menangis.
     "Dalam 15minit lagi aku sampai." Panggilan terus ditamatkan selepas itu. Raisya menarik nafas panjang sebelum berlalu ke bilik mandi bagi membersihkan diri. Sesudah itu dia mencapai sepasang baju kurung moden berwarna Royal Blue lalu disarungkan ke badannya. Rambutnya dibiarkan lepas lalu dicalit sedikit lipstik ke bibirnya.
     Dia mencapai telefon bimbit dan rokoknya lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Setelah memastikan segala tingkap dan pintu bahagian dapur dikunci, Raisya bergerak ke pintu hadapan sebelum turut mengunci pintu hadapan dan menunggu Hafiz tiba.

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now