"Isya.. Bangun.. Dah pagi ni.." Satu suara mengejutkan Raisya dari tidur. Raisya menggosok matanya lembut. Jelas nenek sebelah ibunya, Puan Halimatun yang telah mengejutkannya dari tidur.
"Ibu macam mana, nek? Maaf lah Isya tertidur." Raisya mengeliat seketika sebelum berdiri. Segera dikemas tempat pembaringannya lalu di simpan ke meja kecil di sebelah katil ibunya.
"Macam tu la, Isya.. Tak ada perubahan lagi." Wajah sugul Puan Halimatun singgah ke pandangan Raisya.
"Atuk dah keluar wad. Pagi ni biar nenek tunggu dengan ibu ya. Isya pergi la balik dulu." Jelas Puan Halimatun lembut. Raisya mengangguk kecil sebelum mencapai walletnya.
"Nenek dah makan ke?" Tanya Raisya sambil menghampiri katil ibunya. Dikucup lembut dahi ibunya.
"Nenek dah makan tadi. Isya balik lah dulu." Jawab Puan Halimatun seraya mengambil tempat duduk di kerusi sebelah katil Puan Rahmah. Dikeluarkan senaskah Surah Yassin daripada tas tangannya.
"Isya balik kejap ya, bu." bicara Raisya sendiri di sebelah ibunya. Dikucup lama wajah ibunya kali ini. Sesudah itu dia menyalami neneknya lalu terus bergerak keluar dari wad itu.
Tika dia tiba di ruang menunggu wad itu, seorang guard wanita seusia ibu menegurnya.
"Hai adik.. Datang jaga siapa pula kali ni?" Soalnya mesra. Raisya mengenali guard itu tika dia menjaga ibunya di situ dulu. Iya lah. Hampir 2bulan ibunya tinggal di hospital tu dulu, sudah pasti dia mengenali hampir semua guard di situ.
"Ibu masuk wad balik. Dia kena strok lagi sekali. Doktor cakap kali ni harapan dia memang tipis dah... Tapi.. Dia dah nak sembuh haritu, makcik! Dia dah boleh cakap, dah boleh makan macam biasa.." Ratap Raisya pilu. Guard tersebut menarik Raisya ke dalam pelukannya.
"Sabar ya, nak.. Allah nak uji tu.." Pujuknya sambil menggosok perlahan belakang Raisya. Raisya masih menangis perlahan. Setelah dia bertenang barulah Raisya meleraikan pelukan itu.
"Terima kasih, makcik." Ucap Raisya sambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Raisya segera meminta diri lalu turun ke bawah dan bergerak ke arah keretanya.
Raisya tidak singgah ke mana-mana kali ini. Dia terus saja pulang ke rumah. Ayahnya tiada di rumah, Raisya malas hendak ambil pusing perihal ayahnya itu. Dia terus ke bilik dan mengeluarkan red wine dari bagasinya bersama kotak rokok yang masih dalam koceknya. Setelah memastikan pintu bilik berkunci, dia naik ke atas katil lalu duduk bersandar pada dinding.
Botol minuman keras itu dibuka lalu diteguk perlahan. Sebatang rokok dinyalakan lalu dia membuka galeri pada telefon bimbitnya. Ditatap penuh rindu semua foto milik ibunya. Sekali lagi dia menangis memikirkan tentang keadaan ibunya itu.
"Ibu jangan tinggalkan Isya... Isya dah balik dekat ibu ni..." Ratapnya sendirian. Dikesat kasar air mata yang mengalir. Kali ini minuman keras itu diteguknya rakus. Rokok dihisap sedalam-dalamnya lalu dihembus keluar asap dari mulutnya. Teresak-esak dia menahan tangis.
Disimpan semula botol minuman tersebut yang kini hanya tinggal suku botol. Dia membakar sebatang lagi rokok sambil duduk di birai katil. Dia berhenti apabila terasa seakan sesak nafas. Dia cuba mengambil nafas secara perlahan. Hidungnya tersumbat dek kerana hingus akibat menangis tadi. Setelah merasakan pernafasannya kembali normal, dia merebahkan diri di atas katil sambil masih lagi teresak-esak.
Entah bila dia tertidur. Apabila dia bangun, jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Dia segera ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Seketika kemudian dia terus bersiap selepas selesai mandi. Dia tergesa-gesa bergerak ke arah keretanya. Dia berasa tidak sedap hati lebih-lebih lagi terdapat misscall daripada neneknya. Semasa dalam perjalanan dia cuba menghubungi neneknya kembali. Syukur panggilannya segera dijawab.
"Nenek call Isya tadi ke?" Tanyanya sopan sambil memberi tumpuan pada pemanduannya.
"Ya, Isya.. Isya nak datang pukul berapa?" Berkerut dahi Raisya kehairanan dengan soalan neneknya itu.
"Isya dah ontheway ni nenek. Kejap lagi dalam 15minit Isya sampai la. Kenapa nenek? Ibu okey ke?" Soal Raisya risau. Terdengar neneknya menghela nafas dihujung talian.
"Ada doktor nak jumpa Isya arau ayah. Nenek dah cuba call ayah tapi tak dapat." Maklum neneknya perlahan.
"Cakap dekat doktor kejap lagi Isya sampai." Talian terus diputuskan. Hatinya berdebar tak menentu. Berdasarkan pengalamannya, bila doktor nak berjumpa hanya ada dua kemungkinan. Berita baik atau berita buruk dan hati Raisya kuat mengatakan dia bakal menerima berita buruk. Sebatang rokok dinyalakan sebelum dia tiba ke hospital.
Raisya segera mendaki tangga ke tingkat lima kerana lif hospital tersebut sering rosak, maka Raisya tidak ingin mengambil risiko. Tidak dihiraukan lelah yang menghambat dirinya, dia hanya ingin segera tiba ke wad ibunya.
"Nenek? Kenapa dengan ibu?" Soal Raisya cemas apabila melihat nenek kedua-dua belah ibu dan ayahnya berada di situ. Masing-masing sedang menangis kecil.
"Nenek! Kenapa dengan ibu?!" Soal Raisya geram melihatkan neneknya tidak menjawab soalannya. Namun neneknya hanya berdiam diri sambil terus menangis. Raisya beralih ke arah katil ibunya.
Mesin yang terdapat di sebelah ibunya diperhati lama. Garisan-garisan graf pada mesin itu hanya mendatar. Tidak seperti sebelum ini. Tubuh ibunya juga kaku tanpa sebarang pergerakan. Kaki ibunya disentuh perlahan, sejuk sekali!
"Tak! Tak mungkin!" Ratap Raisya pilu sebelum bergerak ke kaunter nurse. Penjaga di katil pesakit di bilik itu tidak di hiraukannya.
"Nurse! Panggilkan doktor. Ibu saya.." Pinta Raisya sayu kepada jururawat di situ.
"Cik sabar ya. Kejap lagi doktor sampai."Jururawat tersebut terus berlalu keluar daripada bilik itu. Panggilkan doktor mungkin.
"Mintak laluan, cik." Pinta seorang doktor wanita sebelum bergerak ke katil ibunya. Langsir ditarik menutupi katil ibunya. Hampir 5minit berlalu langsir tersebut dibuka semula.
"Mintak maaf cik. Kami dah buat semua ujian dan dah check semua nadi ibu cik. Semuanya dah tiada. Ibu cik dah meninggal dunia." Ujar doktor wanita itu sambil menundukkan wajahnya, mungkin bersimpati.
"Cik boleh mengucap di sebelah ibu cik. Mungkin rohnya masih ada." Kata seorang jururawat yang berada di situ. Raisya mendekati katil ibunya. Terketar-ketar jarinya menyentuh wajah Puan Rahmah. Puan Halimatun mengusap lembut belakang Raisya tanda memberikan sokongan.
Raisya mendekatkan wajahnya ke telinga ibunya. Diusap penuh kasih sayang wajah itu lalu dia mula ucapkan syahadah.
Tidak dapat menahan rasa sedih, Raisya terus berlari keluar wad. Tubuhnya melorot jatuh di ruang menunggu wad. Dia menghamburkan tangis semahunya. Menggigil tubuhnya mencapai telefon bimbit lalu cuba menghubungi ayahnya.
Panggilannya tidak dijawab. Seusai dia melihat jam di telefon bimbitnya baru dia dapat berfikir secara waras. Hari ini hari Jumaat dan waktu ini ialah waktu untuk solat Jumaat. Sudah pasti ayahnya tidak dapat menjawab panggilannya.
"Orang dah tak ada baru nak menangis melalak bagai." Sinis satu suara menyapa gegendang telinganya. Seorang wanita memakai kot putih yang melalui kawasan itu, dia lah yang mengeluarkan kata-kata pedih itu. Raisya sendiri tidak tahu apa motif wanita tersebut berkata begitu. Raisya hanya membiarkannya sambil membalas jelingan tajam buat wanita itu.
Raisya berpaut pada katil kosong yang terdapat di ruang menunggu itu untuk bangun. Perlahan-lahan dia berjalan masuk ke dalam wad. Semua wayar yang terdapat pada tubuh ibunya sudah dibuang, malah tubuh ibunya sudah ditutup dengan kain putih. Terlihat Puan Halimatun sedang bercakap di telefon manakala nenek sebelah ayahnya, Puan Melissa pulak bergerak ke arah kaunter. Raisya sedia maklum bahawa hubungan Puan Halimatun dan Puan Melissa tidak terlalu baik.
"Sat lagi maksu dengan yang lain-lain sampai." Maklum Puan Rahmah lesu. Raisya mengambil tempat duduk di sebelah katil ibunya. Dicapai sebuah buku Surah Yassin lalu di bacanya perlahan. Hening seketika suasana di wad itu. Hanya kedengaran bunyi dari mesin-mesin milik pesakit lain.
Puan Melissa kembali dengan sebekas air paip.
"Nenek nak buat apa?" Soal Raisya kehairanan.
"Nenek nak ambilkan wudhuk buat ibu.." Mendatar suara Puan Melissa namun Raisya tahu jauh di sudut hati Puan Melissa pasti dia berasa sedih atas kehilangan menantunya itu. Telefon bimbit Raisya bergetar perlahan, Raisya segera menyambut panggilan tersebut.
"Isya kenapa call tadi? Ayah dekat masjid, tak dapat nak jawab. Ibu macam mana?" Soal ayahnya bertubu-tubi. Raisya menarik nafas panjang.
"Ibu dah tak ada, yah.. Ayah datang la hospital cepat." Ringkas Raisya menjawab. Sedaya upaya ditahan agar air matanya tak jatuh semula.
"Sat lagi ayah sampai. Ayah ada di masjid dekat hospital ja." Panggilan terus terputus setelah itu. Raisya merenung kosong ke arah katil ibunya. Dia telah kehilangan ibunya buat selamanya. Dia tidak akan dapat melihat senyum tawa, tangis dan rajuk ibunya lagi. Mengingatkan semua memori dia membesar bersama ibunya membuatkan hatinya hiba kembali.
Pintu wad dikuak dari luar. Terpacul tubuh ayahnya di sebalik pintu itu. Perlahan Encik Radi mendekatil katil isterinya. Ditarik kain putih yang menutupi wajah Puan Rahmah. Tercetus jua tangisan daripadanya. Dipeluk erat tubuh kaku di atas katil tersebut. Raisya tidak dapat menahan perasaan lalu beredar keluar daripada wad tersebut. Dia bergerak ke arah tangga lalu terduduk di situ.
Bunyi pintu dikuak membuatkan Raisya terhenti menangis lalu dia menoleh. Terlihat Doktor Rusli sedang berada di belakangnya.
"Ibu macam mana cik?" Soal Doktor Rusli seraya tersenyum.
"Ibu baru je meninggal..." Jawab Raisya perlahan cuba menahan tangis. Riak terkejut jelas di wajah Doktor Rusli.
"Maaf saya tak tahu.. Takziah ye." Ucap Doktor Rusli sebelum menuruni tangga tersebut. Raisya terus menghubungi saudara-saudara sebelah ayahnya. Dia juga update status baru pada akaun Facebook dan Wechat nya.'Assalamualaikum.. Pada hari Jumaat yang mulia ini ibu telah pergi meninggalkan kami. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.'
Selesai hal itu baru lah dia bergerak ke dalam wad semula.
"Isya.. Ayah dah minta nak mandi dan kapan kan arwah kat hospital. Lepas maghrib kita kebumi. Isya ada duit tak? Kat ayah ada tapi tak banyak. Risau tak cukup pula.." Raisya mengangguk kecil sambil mengeluarkan walletnya. Tiga keping not 50 diserahkan kepada ayahnya.
"Isya pergi ambil duit lagi. Kejap lagi Isya bagi." Raisya terus mengatur langkah ke tingkat bawah. Sesampainya dia di tingkat bawah, telefon bimbitnya bergetar lagi. Raisya segera menjawab panggilan tersebut.
"I baru baca pasal mak you. Takziah.." Suara Amri menyapa gegendang telinganya dari hujung talian.
"Thanks.." Pendek Raisya membalas. Dia cuba menahan esak tangisnya lagi.
"I ada transfer duit untuk you. You guna la untuk uruskan ibu you.. You tahu kan I selalu ada dengan you. If you need anything, just call me okay?" Lembut sahaja bicara Amri. Raisya berasa tenang, sekurang-kurangnya dia dapat menggunakan duit dari hasil yang baik buat menguruskan ibunya.
"Terima kasih you.. I betul-betul terhutang budi dengan you." Bicara Raisya sopan. Sungguh dia berterima kasih dengan Amri yang sering membantunya tatkala dia memerlukan duit.
"Anything.. Asalkan you happy. Now you keluarkan duit tu. Uruskan mak you dulu. Kalau tak cukup duit tu, You inform I." Raisya mengesat air mata yang hinggap di tubir matanya.
"Okay you. Nanti I text you balik." Saat Raisya dalam keadaan begini, kekasihnya hilang entah ke mana. Langsung tiada khabar berita. Orang lain pula yang sering mengambil berat tentangnya. Mujur saja Amri sudah beristeri, kalau tidak pasti Raisya menerima tawaran lelaki itu untuk memperisterikannya.
Raisya bergegas ke mesin ATM dalam kawasan hospital tersebut. Dia terkejut melihat jumlah yang dimasukkan oleh Amri. Amri telah memasukkan 1k ke dalam akaun miliknya. Setelah itu Raisya bergegas ke atas pulak untuk menemui ayahnya.
"Ayah.. Ni duit untuk ibu." Raisya menyerahkan semua duit yang dimasukkan oleh Amri kepada ayahnya.
"Terima kasih, Isya.. Isya boleh tak tolong balik kemaskan rumah. Ajak Kak Ana sekali. Petang nanti nak bawak ibu balik rumah duku sebelum ke kubur lepas Maghrib." Raisya mengangguk laju.
"Apa-apa ayah call Isya." Pesan Raisya seraya bergerak ke arah sepupunya.
"Kak Ana, jom balik kemas rumah kejap. Balik dengan Isya ya." Ajak Raisya lembut. Farhana menyapu air mata yang mengalir, dia mengangguk kecil. Di antara semua sepupu Raisya, Farhana lah yang paling rapat dengan Puan Rahmah.
Sedang mereka menuruni tangga, telefon Raisya bergetar lagi. Raisya melangkah perlahan sambil menjawab panggilan tersebut.
"Luna, you ke ni?" Tanya suara di sebalik panggilan tersebut. Suara wanita.
"Yes. Siapa ni?" Soal Raisya perlahan. Dia tak nak sepupunya mendengar perbualan tersebut. Hanya dalam dunia cheong sahaja dia dikenali dengan nama Luna.
"Ni I, Reen Trubies. Sorry I ganggu you. Takziah atas pemergian ibu you. I just nak bagitahu. If you need anything, just call I ye." Raisya terpana. Seorang lagi daripada dunia cheong yang ingin membantunya. Paling mengejutkan, dia langsung tidak pernah berbual atau berjumpa dengan Reen Trubies tapi wanita itu masih mahu membantunya. Raisya kini benar-benar tergaru.
"Thanks, yang.. So far I masih okay. I call you later. Thanks again, Reen." Ucap Raisya terharu.
"No problem, dear. I pun pernah kehilang ibu.. Jadi I faham sangat keadaan you. Even kita tak pernah juma. Tapi tahu je la dunia cheong ni." Balas Reen sambil tergelak kecil.
"Yeah masing-masing suka bawak cerita. I'll text you nanti. I nak balik rumah, kemas-kemas rumah kejap ni." Ujar Raisya setelah mereka menghampiri kereta miliknya.
"Alrite. Bye, babe." Panggilan diputuskan. Raisya terus masuk ke dalam perut kereta. Begitu juga Farhana. Dia terus memandu ke rumah. Kali ini dia tidak menghisap rokok kerana tiada ahli keluarganya yang mengetahui sifatnya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Relakah Dikau?
RomancePerit? Namun masih gagah melangkah sambil tersenyum demi hari-hari yang dilewatinya? Dugaan demi dugaan menimpa Nur Raisya Afiqah sehingga dia terpaksa mengambil jalan mudah. Tetapi apakah kesudahannya? Adakah dia kekal di dalam sisi gelap hidupnya...