Part 2

14K 108 0
                                    

     Raisya melontar tubuh lesunya ke atas katil empuk itu. Cadar yang berkecamuk tidak dipedulikannya, matanya terpejam seketika menikmati dingin udara dari aircond yang terpasang di dalam bilik hotel tersebut.

     Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada sebuah pesanan ringkas diterima pada aplikasi Wechat miliknya. Dia mencapai malas telefon bimbit tersebut lalu membuka pesanan ringkas Wechat tersebut.

     "Hi, babe! I dengan yang lain ada di KL. Jom lepak nak?"

     Raisya berfikir sejenak lalu membalas pesanan tersebut.

     "Zouk tonite, pukul 9 eh? sebab I nak dinner dulu."

Raisya bangkit malas dari pembaringan. Dia mengemas bilik tersebut ala kadar sebelum mencapai tuala di dalam wardrobe lantas melangkah ke bilik mandi. Air pancur dibuka dan dibiarkan mengalir melalu susuk tubuhnya.

Selesai mandi, dia mengelap lembut tubuhnya lalu menyapu lotion kegemarannya. Tangan kirinya mencapai telefon bimbit di atas drawer bersebelahan katil. Aplikasi Wechat segera dibuka dan terpapar balasan mesej daripada Fareez, kawan lelakinya yang berasal daripada Pulau Pinang.

     "See u tonite 😘"

     Raisya membiarkan pesanan ringkas tersebut. Sehelai blouse berwarna merah serta sehelai mini skirt berwarna hitam dicapai lalu disarung ke tubuhnya. Rambutnya dibiar mengurai lalu lip balm disapu pada bibir mungilnya. Dia sememangnya tidak gemar bersolek tebal. Purse dan telefon bimbitnya dicapai, lampu dan aircond ditutup lantas dia berlalu keluar bilik.

     Pintu kereta dikuak perlahan lalu masuk ke dalam perut kereta Waja miliknya. Andai diikutkan pekerjaannya, dia mampu membeli kereta lebih mewah malah secara cash tapi dia tidak mahu keluarganya mengesyaki apa-apa tentang pekerjaannya. Low profile gitu haha.

     Keretanya di pandu ke arah sebuah kedai makan untuk mengisi perutnya terlebih dahulu setelah berkerja keras petang tadi. Bermacam ragam pelanggan perlu dihadapinya namun periuk nasinya perlu dijaga. Selesai memesan sepinggan kuey teaw goreng berserta jus tembikai, dia duduk bersandar di kerusi sambil merancang 'slot' nya yang akan datang.
     Dia juga merancang sebuah birthday party sempena hari lahirnya yang akan datang pada bulan depan, hari lahirnya yang ke-19. Ya, dia masih muda. Baru berusia 19tahun tapi pelbagai dugaan menimpanya sehingga memaksa dia mengambil jalan mudah sebegini.
     Dia juga teringinkan kehidupan normal, sambung belajar kemudian bercinta dan berkahwin, punya keluarga sendiri yang bahagia. Namun rata-rata pelanggannya juga merupakan kekasih, tunang bahkan suami orang membuatkan dia bimbang andai suatu ketika nanti dia berkahwin lalu suaminya pula 'makan luar' seperti pelanggan-pelanggannya. Dia tersentak apabila pelayan tiba bersama pesanannya. Dikerling sekilas lalu ke arah jam yang menunjukan waktu telah menginjak ke pukul 7 malam, dia segera menikmati makan malamnya.

     Raisya memandu secara santai, kenderaan di jalan pun tidak terlalu banyak melancarkan lagi pemanduannya. Telefonnya berdering mendendangkan lagu Attention nyanyian Charlie Puth menarik perhatiannya. Dia melihat nama pemanggil sebelum menyambungkan earphone ke telefon bimbitnya lalu disumbat ke telinga kanannya. Skrin telefon di slide ke kanan bagi menjawab panggilan tersebut.

     "Woii anak bertuah! Kau ke mana sial? Dah lama aku tak nampak kau update kat Wechat. Ni baru muncul balik haha!" bertalu-talu soalan daripada sahabatnya di panggilan. Khairulina atau Raisya menggelarnya dengan panggilan Mak kerana sikapnya yang suka membebel. Pasti sahabatnya itu terlihat update 'slot' yang baru saja dia muat naik di wall Wechat miliknya tadi.

     "Assalamualaikum!" sindir Raisya sambil tersengeh biarpun dia tau Khairulina tidak nampak reaksi wajahnya ketika itu.

     "Hahahaha Waalaikumsalam! Haa kau pergi mana, anak oiii?!" Soal Khairulina sambil ketawa terbahak-bahak.

     "Aku ade je, mak! Kau kan busy sokmo. Malas ah aku nak ganggu. Selalu dalam group ada aku, Nani dengan si Wan je. Kau tu yang tenggelam timbul!" Bidas Raisya selamba sambil terus fokus pada pemanduannya.

     "Aku busy laa. Kau tahu-tahu je laa kerja aku macam mana. Stress aku haha" Balas Khairulina sambil masih ketawa kecil.

     "Haa alang-alang kau tengah stress. Zouk mehh. Aku ontheway dah ni." Ajak Raisya ceria. Sememangnya sudah lama dia tidak bertemu dengan wanita kelahiran negeri Pahang itu.

     "Zouk ehhh? Sape lagi yang join? Kalau budak-budak cheong, aku taknak ah." Raisya sedia maklum Khairulina memang seorang perahsia. Setelah setahun berkawan melalui Wechat baru dia dapat menyakinkan wanita itu untuk bertemu dengannya. Betapa perahsianya si Khairulina itu. Nama sebenar Khairulina diketahui oleh Raisya pun setelah dia membeli barang dengan Khairulina untuk membantu wanita itu melangsaikan hutang credit cardnya.

     "Takde la, aku dengan member-member biasa aku je. Diorang daripada Penang, ada kursus kat sini tu yang diorang ajak aku lepak. Nani ada job, tu pasal aku sorang je ni. Boleh eh mak? Pukul 9 aku sampai sana." Terang Raisya panjang lebar.

     "Haa yelah. Pukul 9, tunggu aku kat depan. Segan aku nak masuk sensorang." Akhirnya Khairulina bersetuju.

     "Cantikkk! Jumpa japgi ye mak." Raisya menamatkan panggilan lalu terus memandu hingga tiba ke destinasi.

     Jarum jam di pergelangan tangan Raisya menginjak ke pukul 8.45 malam ketika dia tiba ke pusat hiburan Zouk tersebut. Dia melangkah keluar dari perut kereta bersama purse dan telefon bimbit dalam genggaman tangannya. Setelah memastikan pintu keretanya di lock, Raisya bergerak ke arah sebuah kereta Toyota Vios, di sisi kereta tersebut berdiri 3 orang pemuda yang dikenalinya.

     "Hi, guys! I lambat ke?" Sapa Raisya manja seraya memeluk tubuh pemuda-pemuda di hadapannya. Fareez, MC dan Ridzwan.
     "Takde lah. Kalau you lambat, you tak jumpa kami depan ni hahaha" balas MC mesra sambil mengucup pipi gadis itu, Raisya hanya membiarkan perlakuannya itu. Mereka umpama teman tapi mesra buat Raisya dan Raisya lebih senang begitu kerana dia tidak perlu berikan sebarang komitmen.
     "Korang sampai bila KL? Tetiba je si Fareez ni chat I bagitau korang dah ada sini." Raisya cuba mencari topik perbualan. Begitu lah sikapnya, di mana dia berada sekalipun dia memang terkenal dengan sikap ramahnya tak kira pada siapa.
     "Kitorang sampai pagi tadi je. Then teringat pulak you still kat sini tu pasal ajak hangout." terang si Ridzwan pula. Raisya yang kesejukan dibuai angin malam mula memeluk tubuh. Iya lah, dengan mini skirt yang mendedahkan kaki langsingnya, blouse yang turut mendedahkan hampir separuh buah dadanya.
     "You dah sejuk, bila kita nak masuk ni?" Celah Fareez sambil memeluk bahu gadis itu. Raisya tertawa kecil.
     "Kejap laa. I pun dah tak sabar nak minum, lama tak turun Penang so tak dapat la minum free hahaha" Sakat Raisya sambil terus ketawa, yang lain turut ketawa bersama.
     "Ohhh you turun Penang sebab nak minum free je la ehh." Sakat Fareez sambil menghabiskan sisa tawanya.
     "Dah tuu? Mana mungkin I turun sana sebab I jatuh hati kat you pulak!" Bidas Raisya sambil terus galak ketawa. Dia senang begitu, mereka boleh terima gurauan kasarnya tak seperti beberapa kawannya yang terlalu mudah sentap.
     "Actually I tengah tunggu kawan I ni. Dia cakap dia nak join. Tapiiii I warning korang sesiap eh. She's only doing sex with someone that she love only! Bukan dengan sembarangan lelaki so korang jangan nak melebih dengan dia kang dia mengamuk!" Sambung Raisya lagi sambil melihat wajah mereka bertiga. Fareez berwajah seperti mamak, mungkin sebab dia anak jati Pulau Pinang, bertubuh sederhana tapi perutnya sedikit buncit mungkin kerana kerap minum minuman keras. Manakala MC berwajah melayu sejati, kulitnya sedikit cerah namun agak gempal. Ridzwan kalau yang tidak mengenalinya pasti berkata dia orang India kerana wajahnya seperti mamak dan turut berkulit gelap. Ketiga-tiganya sudah berusia 30an namun masih bujang. Sama seperti aku, mereka tidak gemar mempunyai komitmen kerana bagi mereka apabila sudah berkahwin, mereka tidak dapat lagi untuk enjoy seperti ini.

Relakah Dikau?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang