Part 20

6K 80 5
                                    

     "Hang nak pi mana ni?" Soal Hafiz sambil memandang ke depan. Namun Raisya langsung tidak menjawab pertanyannya malah Raisya sedang mengelamun sendirian.
     "Raisya?" Panggil Hafiz lagi sekali sekaligus menarik perhatian Raisya yang sedang asyik mengelamun.
     "Awat?" Soal Raisya terpinga-pinga. Jelas sekali dia tidak mendengar pertanyaan Hafiz sebentar tadi.
     "Hang nak pi mana ni?" Hafiz mengulangi pertanyaannya pada Raisya sekali lagi.
     "Kita singgah kubur sat."Jawab Raisya tanpa menoleh ke arah Hafiz. Hafiz turut berdiam diri setelah Raisya menjawab soalannya. Dia enggan bertanya lebih lanjut bimbang Raisya semakin sedih mengenangkan pemergian ibunya.
     Kawasan perkuburan itu dekat benar dengan rumah Raisya jadi perjalanan hanya memakan masa 5minit sahaja lebih-lebih lagi kalau pergi dengan kereta. Kawasan itu masih baru lagi, termasuk ibunya, baru 6 orang sahaja yang dikebumikan di situ.
     Hafiz memakirkan kereta di tempat biasa manakala Raisya terus bergerak ke arah kubur ibunya. Sesampainya di situ, dia terus saja melabuhkan punggung di tepi kuburan itu. Langsung tidak dihiraukan baju kurung yang dipakainya itu.
     Tangan bergetar perlahan seraya menyentuh tanah kubur milik ibunya itu. Diusap perlahan seolah-olah dia mengusap wajah ibunya tika beliau masih ada.
     "Assalamualaikum ibu.." Ucap Raisya lembut sambil tersenyum sayu. Hafiz hanya duduk berdiam diri di belakangnya tanpa berkata apa-apa.
     "Isya rindu ibu. Isya rindu masakan rendang ibu, Isya rindu nak pakaikan tudung dekat ibu. Isya rindu sangat nak tengok ibu senyum, nak pegang ibu, nak peluk ibu. Masa ibu hidup dulu Isya jarang sangat kan nak peluk ibu? Kenapa Isya tak peluk ibu puas-puas dari dulu eh?" Raisya berjeda seketika cuba sedaya upaya menahan air matanya dari gugur.
     "Sebab dulu Isya tak tahu yang secepat ni ibu akan tinggalkan Isya. Haha tak ikhlas betul kan Isya ni, ibu. Kalau tahu ibu nak pergi secepat ni baru ingat nak peluk bagai. Kalau tak tahu, macam ni la. Penuh penyesalan. Sunyi rumah tu ibu. Takde lagi dah suara ibu panggil Isya, marah Isya, gelak dengan Isya." Pantas tangannya menyeka air mata yang semakin laju turun.
     "Maafkan Isya ye ibu. Isya tak sempat nak mintak ampun masa ibu hidup. Haritu Isya sampai hospital pun ibu dah tak ada. Isya minta ampun sangat-sangat ibu. Maafkan Isya sebab selalu lawan cakap ibu. Maafkan Isya sebab selalu buat benda yang ibu tak suka. Maafkan Isya sebab terkadang Isya tinggikan suara dengan ibu. Maafkan Isya atas semuanya ye ibu?"
     "Raisya.." Panggil Hafiz dari arah belakang Raisya. Selalunya bila dia rasa keadaan akan jadi lebih teruk, memang awal lagi dia akan menegur aku.
     "Nanti bila-bila ibu datang la dalam mimpi Isya ye? Isya rindu sangat dengan ibu. Isya dapat tengok ibu, dapat tengok senyuman ibu, dapat peluk ibu dalam mimpi pun dah cukup. Datang ye ibu? Isya tunggu ibu tau! Isya balik dulu ye..." Dikesat lembut air mata yang berjuraian di pipinya lalu dihadiahkan Surah Al-Fatihah buat ibunya. Selesai itu Raisya terus berjalan ke arah kereta milik Hafiz tanpa menoleh lagi.
     "Sekarang nak pi mana?" Soal Hafiz perlahan memecah kesunyian di dalam kereta.
     "Kita pi Kuala Perlis nak? Lama tak pi situ?" Pinta Raisya sambil tersenyum kelat.
     "Boleh jaa. Hang rehat dulu takpa, sat lagi sampai aku kejut la." ujar Hafiz sambil memandu keluar dari kawasan perkuburan tersebut. Namun Raisya menggeleng laju.
     "Aku okey ja." Jawab Raisya pendek. Dia terus mengeluarkan kotak rokok dari tas tangannya lalu sebatang rokok dinyalakan. Mereka berdua lebih banyak mendiamkan diri pada sepanjang perjalanan. Hanya ditemani dj radio berceloteh serta rokok yang hampir habis sekotak dikerjakan oleh Raisya. Sebenarnya Raisya juga bingung dia menghisap rokok atau memakan rokok-rokok tersebut.

    
 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 03, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now