Sedang asyik Raisya mengemas pakaian ke dalam bagasi untuk pulang ke rumah orang tuanya, telefon bimbitnya berbunyi tanda masuk sebuah chat pada aplikasi Wechat miliknya. Dia segera membuka aplikasi tersebut, terdapat sebuah chat daripada salah seorang pelanggan tetapnya.
"Hi darling. Available tonite?"
Raisya mendengus kasar. Apa lelaki itu tidak melihat wall nya yang sentiasa di update bagi memaklumkan keberadaannya. Pelanggannya itu di Perlis! Terang lagi bersuluh Raisya tidak punya sebarang urusan di sana kerana slotnya yang bakal datang pun di sekitar Selangor saja.
"Nope. This weekend ada tapi di Selangor NOT PERLIS."
Raisya menyambung semula aktivitinya yang terbantut seketika tadi gara-gara chat tersebut. Tidak perlu menunggu lama, chat nya sudah berbalas. Raisya mengeluh seraya melabuhkan punggung ke birai katil. Tidak selesa dia ingin mengemas andai ada gangguan sebegitu.
"Alahhh! weekend ni i kena pergi Sarawak, ada keje. Tak boleh ke u set macam mana bagi dapat jugak malam ni?"
Raisya menggapai kotak rokok Dunhill Mix yang terdapat di atas meja soleknya. Sebatang rokok dinyalakan. Asap rokok disedut dalam serentak itu akalnya terfikirkan sesuatu. Bibirnya menguntum senyum nakal.
"Boleh but u patut tahu i bukan on ODT sooo this is PS. now i nak tahu, best price u boleh bagi atas effort i nak pergi sana semata-mata slot u je?"
Tawar Raisya ligat. Berkepul asap keluar dari rongga mulutnya. Habis sebatang, sebatang lagi rokok dicapainya.
"2k per nite?"
Raisya ketawa terbahak-bahak. "Apasal jantan ni bodoh sangat. Dia ingat kos aku nak pergi sana rm2 ke ape?" Bebel Raisya sendirian. Jarinya menaip ligat di atas papan kekunci telefon bimbitnya.
" I daripada sini nak turun PERLIS semata-mata untuk u and u just offer me 2k? how about this. cash 2500 and hotel tinggal kat i untuk i rest after that, no need depo cause i trust u. okey?"
Raisya ingin mengambil sebatang rokok lagi namun kotak rokoknya sudah ringan menandakan semua rokok telah habis. Dia menghela nafas panjang. Ketagihannya pada rokok kadangkala sukar dibendung lagi-lagi apabila dia tengah stress.
"But..."
Raisya segera memintas apabila melihat balasan pelanggannya itu.
"Take it or leave it, babe!"
Daripada duduk, Raisya mula berbaring pula di atas katil. Di fikirannya andai lelaki tersebut menyahut tawarannya, itu dikira lumayan juga, cuma Raisya perlu mencari lagi beberapa pelanggan bagi memenuhi masa terluangnya sebelum checkout.
"Alrite.. I'll be waiting for u hun."
Raisya tertawa girang. Dia sudah membayangkan hasil yang dia bakal dapat malam tu. RM2500 memang kedengaran tidak logik bagi pelacur biasa namun bagi golongan FL dari 'dunia cheong' ni, tiada yang mustahil. Semuanya menggunakan wang, mereka bebas meletakkan harga bagi setiap slot mereka asalkan pelanggan mereka bersetuju! Selalunya slot ov hanya bernilai RM1200 atau paling tinggi RM1500 tapi slot biasa Raisya pun sudah RM350 sejam dan dia menawarkan khidmat selama 12jam buat pelanggannya itu. Cuba dikira 350x12jam, sudah mencecah RM4200! Kira bagus Raisya hanya meminta RM2500. Raisya mencongak sebentar tempoh perjalanannya ke sana sebelum membalas chat pelanggannya itu.
"u checkout bila?"
Tanpa menunggu lama , lelaki itu terus membalas.
"esok tengahari sebab i kena bertolak balik dah."
Selesai mencongak waktu, Raisya membalas,
"slot u start 7malam-7pagi. i kasi 12jam untuk u, not only for sex but if u nak i temankan u ke mana2 pun boleh janji dalam tempoh 12jam tu. nanti u send location kat i sekali dengan no bilik. Rm2500 cash dengan bilik untuk i. deal?"
Sekali lagi Raisya meminta kepastian, kadangkala lelaki hidung belang seperti ini inginkan khidmat terbaik tapi culas tika membayar.
"Deal sayang. i tunggu u, okey."
Raisya tersengih sendirian, dia sempat menitipkan pesan kepada Hanani melalui Wechat, mengatakan dia tiada di rumah selama beberapa hari kerana punya urusan.
Selesai mengemas, Raisya terus ke kamar mandi. Badannya terasa melekit dan tak selesa. Seusai mandi, dia menyarungkan sepasang jeans dan tshirt berlengan pendek ke tubuhnya. Rambut panjangnya di sikat rapi dan secalit gincu dikenakan pada bibir mungilnya. Sempat juga dia menapak ke arah 7Eleven di hadapan taman rumah sewanya untuk membeli stok rokok dan minuman. Dia memulakan perjalanan dengan santai bertemankan nyalaan sebatang rokok.
YOU ARE READING
Relakah Dikau?
RomancePerit? Namun masih gagah melangkah sambil tersenyum demi hari-hari yang dilewatinya? Dugaan demi dugaan menimpa Nur Raisya Afiqah sehingga dia terpaksa mengambil jalan mudah. Tetapi apakah kesudahannya? Adakah dia kekal di dalam sisi gelap hidupnya...