Part 10

6.4K 57 0
                                    

     Semua ahli keluarga Raisya sudah berkumpul di hospital. Ayahnya yang memanggil mereka untuk berbincang sama ada hendak lakukan atau tidak pembedahan terhadap Puan Rahmah. Raisya hanya terduduk lesu di ruang menunggu. Sedari pagi tadi dia belum menjamah sebarang makanan. Tekaknya terasa kering lalu dia bergerak keluar untuk ke kantin hospital.
     Dia memilih tempat yang agak tersorok, bimbang orang melihat keadaannya yang agak serabai itu. Fikirannya melayang memikirkan tentang ibunya, sekali lagi air matanya mengalir deras.
     "Eh hang buat apa kat sini?" Raisya tersentak, segera diseka air mata yang mengalir. Dia memandang lelaki di hadapannya yang memakai uniform guard.
     "Ibu aku kena stroke lagi sekali." Ringkas Raisya menjawab. Dia tiada mood untuk melayan sesiapa buat masa sekarang. Perlahan air matanya terus jatuh lagi. Dia seakan terpandang senyum ibunya. Lelaki yang dikenali dengan nama Anas tersebut menghela nafas perlahan. Dia bekerja di hospital tersebut dan dia berkenalan dengan Raisya ketika ibunya mula-mula jatuh sakit dulu.
     "Hang ada nombor aku lagi kan? Apa-apa nak mintak tolong, call ja la." Raisya mengangguk tanpa menoleh ke arah Anas. Riak wajahnya kosong sekosong jiwanya sekarang. Air mata yang terus mengalir hanya dibiarkan sahaja.
     Setelah Anas berlalu pergi, Raisya bangun ke arah kaunter. Sebotol air mineral dicapai lalu dia segera membayarnya. Diatur langkah longlainya menuju ke arah ruang kecemasan. Dia mendekati ayahnya terlebih dahulu.
     "Ayah? Mintak kunci kereta Isya. Isya nak balik mandi. Kalau ada apa-apa call la Isya." Ayahnya mengangguk kecil tanpa bersuara seraya menyerahkan kunci kereta milik Raisya yang dipandu olehnya ketika datang ke hospital tadi.
     Raisya mendekati ahli keluarga yang lain untuk bersalaman dan meminta diri. Sebelum keluar, dia sempat berjumpa dengan ibunya terlebih dahulu. Doktor Rusli hanya memandang dari jauh.
     "Ibu.. Isya balik kejap ye. Isya nak mandi. Malam ni Isya temankan ibu tau!" Ujar Raisya sambil tersenyum kelat. Air matanya terus menitis tanpa disekanya. Sebuah ciuman dihadiahkan pada dahi ibunya. Raisya bergerak ke arah Doktor Rusli.
     "Doktor.. Kalau ada apa-apa beritahu saya ya?" Doktor Rusli tersenyum kecil sebelum mengangguk mendengar permintaan Raisya itu. Raisya terus keluar dari ruang kecemasan tersebut. Sebaik sahaja dia tiba ke keretanya, sebuah suara menegurnya dari belakang.
     "I dah agak you ada sini. Masa you update pasal ibu you tu, I dah tahu mesti dia dihantar ke sini." Raisya kenal suara itu. Pian, salah seorang pelanggannya yang enggan keluar bilik ketika slotnya minggu lepas tu. Raisya mengeluh kecil, dia tiada daya hendak bertekak di situ.
     "Apa you nak? Sampai stalk hidup I segala. You tahu kan you tak patut ambil tahu hal i macam ni?" Keras suara Raisya menyoal Pian.
     "Sorry la kalau you rasa I stalk you but no.. I bukan stalk you. I tahu you perlukan sokongan buat masa ni." Jelas Pian lembut namun sikit pun tak terkesan di hati Raisya.
     "I nak you ambil ni." Pian menghulurkan beberapa not 100 kepada Raisya. Muka Raisya berkerut.
     "Untuk apa duit ni?" Soal Raisya tidak senang. Dia memeluk tubuh sambil bersandar pada keretanya.
     "Kalau-kalau you perlukan duit. You ambil la duit ni. I tahu apa yang jadi dekat ibu you. Doktor Rusli tu kawan I. I tahu you ada duit lagi banyak dari yang i hulur ni and I bukan mintak but if jadi apa-apa dekat ibu you...Takkan you nak uruskan ibu you dengan duit-duit tu?" Lembut sahaja tutur bicaranya namun keras menyentak jiwa Raisya.
     "Thanks." Raisya teragak-agak mencapai duit tersebut. Dia tahu ada benarnya kata-kata Pian itu. Selama ini juga dia menyediakan semua keperluan ibunya menggunakan duit haram. Andai ditakdirkan ajal ibunya sampai, dia sendiri tidak tergamak hendak menggunakan duit haram itu lagi untuk menguruskan ibunya.
     "But if ibu I selamat.. I akan pulangkan duit ni dekat you." Janji Raisya lantas terus masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu dia terus beredar dari situ. Dia memandu tanpa hala tuju. Sebenarnya dia hanya ingin pergi dari situ. Semakin lama dia di situ, semakin dia terasa sesak. Akhirnya Raisya tiba di sebuah kawasan rekreasi. Kereta diparkir lalu sebatang rokok dikeluarkannya.
     Semua kenangan bersama ibunya terlayar di fikiran. Lebih lagi kenangan seminggu ini yang membuatkan dia terasa begitu rapat dengan ibunya seperti ketika dia kecil dulu. Saat ini dia berasakan Tuhan tidak adil dengan hidupnya. Daripada kecil dia ditimpa dengan pelbagai dugaan. Langsung tidak pernah berhenti dugaan yang datang. Dan sekarang apabila dia merasakan hidupnya makin stabil, ibunya makin sihat, Tuhan sudah menduganya lagi.
     Raisya terus-terusan meraung di situ sambil terus menghisap rokok. Sudah berbelas batang rokok dihisapnya namun pedih di hatinya tetap berbekas. Sehingga satu saat dia menggapai kotak rokok untuk mengambil rokok lagi namun kotak itu telah kosong. Dia memandang jam pada telefon bimbitnya. Sudah jam 2petang bermakna sudah hampir 2jam dia di situ menangisi nasib hidupnya.
     Dia segera beredar dari kawasan tersebut lalu pulang ke rumah. Tibanya di rumah bagai terngiang-ngiang di telinga seakan suara ibunya yang selalu menegurnya andai terlihat dia melalu ruang depan itu. Air mata yang ingin mengalir segera diseka. Dia segera ke biliknya untuk mandi dan menukar pakaian. Dia menggapai kotak rokok yang masih belum dibuka lalu dimasukkan ke dalam kocek seluar jeans nya.
     Dia mendekati katil milik ibunya yang terdapat di ruang depan. Begitu kuat bau haruman badan ibunya di katil tersebut. Ditarik selimut yang sering digunakan ibunya lalu dicium sepuas-puasnya. Bantal tidur ibunya dicapai lalu dipeluk kuat. Tubuhnya melorot ke bawah. Menggigil tubuhnya menahan sedu tangis yang semakin menggila. Telefon bimbitnya bergetar, dia segera menjawab panggilan daripada ayahnya itu.
     "Kenapa ayah?" Soal Raisya risau.
     "Isya kat mana? Dah nak datang hospital ke?" Tanpa menjawab soalan Raisya, ayahnya terus menanyakan keberadaan gadis itu.
     "Isya baru nak keluar rumah ni. Ayah ada nak pesan apa-apa ke?" Soal Raisya sopan. Seolah terlupa seketika sengketa antara mereka.
     "Isya tolong belikan roti dengan 100Plus. Sekali dengan panadol." Pasti ayahnya mula pening kepala, sebab itu dimintanya panadol.
     "Baik, yah." Raisya meletakkan semula selimut dan bantal milik ibunya ke atas katil. Dia melangkah keluar dari rumah itu lalu dengan pantas dia menghidupkan enjin keretanya. Dalam perjalanan dia terus menghisap rokok tanpa henti. Sehingga satu ketika dia berasa aneh. Bonet hadapan keretanya kelihatan seperti berasap. Tika itu baru dia perasan bahawa temperature keretanya naik.
     "Ah bala.." Omelnya bengang. Dia segera berfikir di mana dia hendak memberhentikan keretanya lalu dia teringat senior ketika sekolah rendahnya dulu tinggal berdekatan situ. Sebaik sahaja dia tiba di hadapan rumah seniornya itu, keretanya terus mati. Berkali dia cuba menghidupkan enjin namun gagal.
     Dia segera berlari keluar ke arah bonet depan lalu dibuka. Asap keluar berkepul dari situ. Dia cuba memegang penutup tangki air keretanya namun dia segera menarik jarinya tatkala mencecah penutup tangki tersebut. Panas! Sah air tangkinya kering! Raisya buntu. Sebenarnya dia tidak punya kawan yang betul-betul rapat dengannya. Rumah seniornya tu pula kelihatan kosong tanpa penghuni.
     Raisya terduduk lemah di sebelah kereta. Diraup wajahnya kasar. Tiba-tiba dia teringat salah seorang pelanggannya yang juga tidak di kawasan tersebut namun Raisya tidak tahu secara terperinci. Dia segan hendak meminta tolong Pian setelah apa yang berlaku antara mereka. Dia hanya mencuba nasib, untung-untung pelanggannya itu dapat membantunya. Dia segera menghantar pesanan buat lelaki tersebut melalui Wechat. Raisya tidak gemar mencampuri hal peribadi orang dan kerna itu juga dia tak punya nombor telefon lelaki itu.
     "Where r u? URGENT! S.O.S!!!"
     Tak putus-putus Raisya berdoa semoga lelaki tersebut melihat pesanan tersebut. Tiba-tiba ada nombor tak dikenali menghubunginya.
     "Babe! I ni Bruiz." Raisya menghela nafas lega. Pelanggannya itu pasti membaca pesanannya tadi.
     "You! You busy tak ni? I nak mintak tolong. Ayah I still kat hospital. I tak tahu nak mintak tolong siapa!" Raisya mula menangis seperti anak kecil.
     "I tak busy sangat. I oncall je harini. You okey tak ni? You kat mana?" Soal Bruiz prihatin. Raisya berusaha menenangkan dirinya.
     "I dekat simpang sebelum hospital ni. Kereta I temperature naik. I syak air tangki kering la." Jelas Raisya dalam sendu.
     "Simpang mana eh? Macam ni la. I gerak dulu. Kejap lagi I call you balik kalau I tak jumpa you." Cadang Bruiz lembut.
     "Okay-okay. I tunggu. You tahu kan kereta I?" Soal Raisya meminta kepastian.
     "Ha ah I ingat lagi kereta you. Tunggu kejap eh." Raisya terus menamatkan panggilan. Dia mengeluarkan sebatang rokok. Orang yang lalu lalang di situ hanya memerhatikan gelagat Raisya tapi sedikit pun Raisya tidak peduli.
     Selepas hampir 20minit menunggu sebuah Honda Civic berwarna hitam berhenti di belakang kereta miliknya. Dia segera bangun mendapatkan Bruiz.
     "Thanks sudi datang tolong I." Ucap Raisya ikhlas.
     "Benda kecik je ni." Tiba-tiba Raisya terpandangkan kot putih yang dipakai oleh Bruiz. Selama ini Raisya menanyakan tentang kerja Bruiz, lelaki itu sering mengelak. Bruiz yang menyedari Raisya memerhatikan dirinya berpura-pura memeriksa kerera milik Raisya.
     "Ha ah lah you. Air tangki kering. Sekarang ni memang tak dapat buat apa, tunggu sejuk sikit baru jalan. Kejap lagi I tambah air." Terang Bruiz sambil berdiri sebelah Raisya.
     "Now you dah tahu I kerja apa kan?" tebak Bruiz sambil tersenyum. Raisya hanya tersengih.
     "I ingatkan you polis, sebab you selalu oncall." Bruiz tertawa mendengar telahan Raisya. Tapi hanya seketika sebelum wajahnya bertukar serius.
     "Actually I dah baca file ibu you." Raisya terus memintas.
     "Ayah I cakap nak operate lagi sekali?" Bruiz memandangnya dengan riak hairan.
     "Eh tak ada lah. Ayah you dah inform tadi taknak operate. Katanya family sebelah ibu you tak setuju." Wajah Raisya berubah keruh.
     "Actually.. Kes ibu you tu memang dah teruk. Sorry cakap eh tapi I sebagai doktor terus terang cakap dengan you yang ibu you memang dah tak ada harapan. Sekarang tinggal doa kat tuhan je moga ada peluang beberapa hari lagi untuk dia bertahan." Sedu-sedan Raisya membuatkan Bruiz menoleh ke arah gadis itu.
     "I harap you tabah dengan apa yang jadi ni." Ucapnya perlahan. Raisya tidak mempedulikannya. Dia terus menangis lalu sebatang rokok dikeluarkan daripada kotak dalam kocek seluarnya. Bruiz menggeleng perlahan sambil senyum.
     "Orang tengok you tu." Tegurnya lembut. Raisya sedia maklum bahawa Bruiz bukan seorang perokok sepertinya.
     "Punya pasal dorang la. Dorang bukan tahu apa yang I hadap." Tegas Raisya bengang. Bruiz tertawa kecil sebelum beredar ke hadapan kereta Raisya. Raisya tidak ikut kerana dia masih menghisap rokok.
     "I dah tambah air. Tapi lepas ni kalau temperatur masih naik, bawak kereta pergi bengkel. Takut ada leaking." Pesan Bruiz sambil menutup bonet hadapan kereta Raisya.
     "Thanks lagi sekali sebab tolong I. Nanti-nanti I balas budi baik you ni. I nak gerak dulu, ayah I pulak macam tak berapa sihat. Dia mintak I belikan panadol." Raisya memeluk tubuh lelaki tersebut seketika sebelum melepaskan pelukannya kembali. Bruiz hanya tersenyum senang melihat Raisya. Sebelum bergerak pergi dengan kereta miliknya. Raisya turu beredar bersama kereta miliknya. Dia ingin segera tiba ke hospital.

     "Awat Isya lambat?" Soal ayahnya risau.
     "Kereta buat hal tadi. Temperature naik." Jelas Raisya pendek.
     "Sat lagi depa nak pindah ibu masuk wad dah. Malam ni siapa nak tunggu?" Soal Encik Radi seraya menoleh ke arah kakak dan adik iparnya. Masing-masing menunjukkan riak tidak senang. Raisya mengerti.
     "Malam ni Isya teman ibu. Biar yang lain rehat." Tawar Raisya sinis. Ibu-ibu saudaranya hanya menundukkan wajah.
     Setelah menunggu beberapa jam, tepat pada jam 9malam barulah pihak hospital membawa ibunya ke wad. Raisya menurut daripada belakang tanpa berkata apa. Sebak dia melihat keadaan ibunya yang agak comot. Pelbagai wayar berselirat pada tubuhnya. Raisya juga dimaklumkan bahawa buat masa sekarang ibunya dipakaikan dengan Urinary Catheter jadi Raisya tidak perlu menukar pampers ibunya. Raisya hanya terduduk lesu di sisi katil sambil memerhatikan ibunya. Perlahan dia bergerak ke arah kaunter hadapan wad.
     "Nurse, saya keluar makan kejap. Kalau ada apa-apa, terus call saya. Saya ke kedai depan hospital ni je." Jelas Raisya sambil tersenyum.
     "Baik cik." Jururawat tersebut membalas senyuman Raisya. Raisya bergerak turun lalu berjalan kaki ke arah kedai makan di hadapan hospital. Dia tidak berasa hendak memandu malam itu sebab jarak kedai tersebut dengan hospital agak dekat.
     Dia hanya memesan segelas jus tembikai sebelum mengeluarkan kotak rokoknya lalu dinyalakannya. Dia langsung tidak punya selera untuk makan. Bagaimana dia hendak makan kalau ibunya dalam keadaan begitu?
     Raisya mengeluarkan telefon bimbitnya lalu memuat naik status baru di wall Wechat miliknya.
     "Maaf tak sempat reply semua mesej. Terima kasih buat semua yang mendoakan dan membantu. Keadaan ibu masih belum stabil. Moga diberi kesembuhan buatnya. Btw I nak inform yang slot Sabtu ni CANCEL. I perlu tumpukan pada family I dulu. Mintak maaf banyak-banyak. Yang mana dah depo, tolong pm I balik. I nak return depo. Tq."
     Jus yang dipesannya tiba sebaik sahaja dia selesai memuat naik status tersebut. Yang lebih membuatkan dia terharu, ketiga-tiga pelanggannya yang telah memberi deposit tidak mahu menerima kembali wang tersebut. Kata mereka bahawa mereka mengerti akan keadaan Raisya lalu meminta Raisya menggunakan wang tersebut untuk hal yang lebih penting.
     Selesai menghabiskan minuman dan membayar pada kaunter. Raisya menghisap sebatang lagi rokok sebelum masuk ke kawasan hospital. Dia terus mencium ibunya lalu menghamparkan sehelai kain di tepi katil ibunya sebelum baring di situ. Dalam kesejukan dan perasaan sayu, Raisya tertidur.
   

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now