Part 3

13.1K 85 0
                                    

"Woi amoi!" Panggil seseorang dari arah belakang Raisya. Seorang wanita 30an bertubuh chubby curvy, memakai jeans hitam bersama blouse serta turut memakai cermin mata menghampiri mereka.
"Guys, this is Sofea. Sofea, meet Fareez, MC dan Ridzwan." Sofea ialah nama samaran buat Khairulina, dia kan seorang yang perahsia maka dia turut menggunakan identiti rahsia apabila berjumpa dengan orang baru.
"Hi, babe!" Sapa MC mesra seraya cuba mengucup pipi 'Sofea' namun sempat ditepis oleh Fareez.
"Woahhh! Kau dah lupa ke ape yang awek kita ni pesan tadi? Aku debik kau kang!" Ujar Fareez sambil mengacah MC seolah-olah ingin memukulnya mengundang tawa kami berempat .Fareez sememangnya seorang yang memahami tidak seperti Ridzwan dan MC. Fareez tahu apabila aku berkata 'No means no!'. Raisya dan Khairulina ketawa kecil melihat gelagat mereka bertiga.
"Sekarang masa untuk kita enjoyyyy!!!" Seru Raisya ceria sambil menarik tangan Khairulina menuju ke entrance Zouk. Fareez, MC dan Ridzwan membontoti mereka berdua sambil berborak kecil.
Suasana bingit dan suram yang ditemani dengan kerlipan lampu disko merancakkan adrenalin gadis muda seperti Raisya. Tak terbilang ramainya anak muda tak kira lelaki atau perempuan terkinja-kinja di lantai tari. Masing-masing menari secara freestyle sambil ditemani lagu remix Despacito yang diputarkan oleh DJ kelab malam tersebut.
"Mana satu kita nak pergi dulu niii?" Tanya Raisya teruja, suaranya terpaksa dikuatkan agar teman-temannya dapat mendengar suaranya di dalam suasana bingit itu.
"Why not kita menari dulu then baru kita minum?" cadang Fareez sambil menyelak rambut Raisya yang mengurai menutupi suku wajahnya. Raisya mengangguk laju tanda menyetujui rancangan tersebut. Mereka berlima bergerak ke lantai tari sebelum masing-masing mula melenggokkan badan mengikut irama.
Sedang asyik Raisya menari tiba-tuba sepasang tangan memaut pinggangnya lembut. Raisya hanya membiarkan si pelaku kerana dia menyangka itu adalah Fareez berdasarkan bentuk tubuh badan yang rapat dengan tubuhnya.
"Hi, Raisya." Raisya tersentak lalu menoleh. Dia tergamam. Seorang lelaki bertubuh seperti Fareez namun lebih fit kerana lelaki tersebut gemar bermain gym, berambut panjang paras bahu dan berwajah agak garang.
"What are you doing here?" Tanya Raisya sambil cuba melepaskan pautan Mamu atau nama sebenarnya Syakir, wajah Raisya berubah masam menandakan dia tidak suka akan kehadiran lelaki tersebut . Syakir merupakan seorang 'handler slot' dan lebih malang Raisya pernah jatuh hati kepadanya sehingga lah Raisya sedar tubuhnya hanya dipergunakan untuk memuaskan nafsu lelaki tersebut dan Raisya mula sedar bahawa cinta tidak layak buat gadis jalang sepertinya.
"You sepatutnya tahu Zouk ni dah macam rumah kedua I" Balas Syakir manja, Raisya mencebik.
"Oh yeah, lupa pulak you dah tak ada tempat tinggal kann." bidas Raisya sinis, tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Tanpa dia sedar, Khairulina, Fareez, MC dan Ridzwan turut memandang babak tersebut.

"You kenal ke siapa lelaki yang dengan Raisya tu?" Soal Fareez pada 'Sofea'. 'Sofea' menggeleng perlahan.
"Nope, I tak kenal langsung sape mamat tu." mereka hanya memerhati daripada jauh.

"Wow, dah pandai sindir orang sekarang. Hebat! Yelah, dah jadi budak hot dalam cheong kan." Sinis suara Syakir menyapa gegendang telinga Raisya. Raisya mulai berasa panas hati, dia bergerak meninggalkan lantai tari lalu ke arah bar. Syakir terus mengekorinya daripada belakang. Fareez cuba mengikut mereka namun ditahan oleh 'Sofea'

"Apa pun masalah diorang, biar diorang selesaikan sendiri. I kenal Raisya macam mana, jangan risau okay?" Tahan 'sofea' sambik tersenyum. Yang lain hanya mengangguk namun mereka masih risaukan Raisya. Bagi mereka Raisya merupakan kawan baik yang sangat sporting dengan mereka.

"One vodka please!" pekik Raisya pada pelayan bar di situ. Sebuah gelas berisi minuman keras dihidang dihadapannya.
"You masih minum?" Soalan Syakir membuatkan Raisya berasa jelek. Suara lelaki itu pernah membuatkan dia hampir gila bayang kini dia merasa amat benci apabila mendengarkan suara garau tersebut.
"Apa yang kau nak? Kenapa kau ganggu aku lagi?" Tanya Raisya dingin sambil mencicip minumannya. Syakir merampas gelas tersebut dari tangan Raisya membuatkan Raisya membentak geram.
"Kau dah kenapa, hanat?" mata Raisya mencerlung garang, bibirnya diketap.
"This thing.. Tak elok untuk you. Lagipun you pernah janji dengan i nak stop minum." Ringkas Syakir membalas.
"Janji tu dah lama terkubur, terkubur sekali dengan kisah aku dan kau. Kau dengan hidup kau dan aku dengan hidup aku. Kau kan suci bak dewa, tak usah kau hiraukan aku yang jalang ni!" Bentak Raisya garang. Nafasnya mulai turun naik menahan marah.
"I sayangkan you lagi." ujar Syakir seraya tersenyum manja, dia tahu Raisya gemar melihat senyumannya dan sesungguhnya hanya bersama Raisya mampu membuatkan dia tersenyum dan tertawa. Selama ini dia hanya mempamerkan riak dingin tatkala bersama orang lain.
Bibir Raisya menguntum senyuman sinis. Dia segera mengalihkan pandangan ke arah lain. Terlihat Fareez dan yang lain berjalan ke arahnya.
"Is there any problem here, babe?" Soal Fareez sambil memaut bahu Raisya.
     "I pun tak tahu apa masalah mamat ni dengan I. Gila kot agaknye." Ujar Raisya selamba tanpa sedikit pun memandang ke arah Syakir.
     "Yang kau orang ni pulak siapa?" Tanya Syakir kurang senang. Wajah putihnya semakin kemerahan seolah sedang menahan marah.
     "Yang kau sibuk tu kenapa?" Ujar Khairulina garang. Hatinya kurang senang melihat kehadiran lelaki tersebut.
     "Hah ni lagi sekor, jalang jugak ke?" Sinis benar kata-kata Syakir menusuk ke hati Khairulina. Penumbuknya di genggam erat. Namun belum sempat dia berbuat apa, sebuah penampar terlebih dahulu singgah pada pipi lelaki sombong tersebut.

Relakah Dikau?Where stories live. Discover now