Doktor keluar dari bilik kecemasan. Aku terus bangun dan pandang risau doktor.
Jimin terus datang dekat kat doktor.
Walaupun aku tak tahu apa yang dikatakan oleh doktor. Aku melihat riak mukanya langusng tak menunjukkan berita gembira.
Doktor itu gelengkan kepalanya dan pegang bahu Jimin.
Jimin tunduk dan doktor itu berlalu pergi.
Mungkin aku tahu jawapannya. Jimin seperti kesat air matanya. Jungkook tepuk belakangnya perlahan-lahan untuk tenangkan dirinya.
Jimin toleh belakang dan peluk Jungkook. Jelas aku lihat wajahnya yang sudah dibasahi oleh air matanya.
Aku tahu sakitnya dia melepaskan seseorang yang dia cintai.
Entah mengapa aku rasa sebak di hati. Jimin terlalu cintai IU.
Aku bukan untuknya. Tapi kenapa aku masih di sini dan menanti cintanya yang tak akan pernah ada.
Tanpa aku sedar air mataku membasahi pipiku.
Aku pandang Jimin yang masih lagi tidak tenang.
Sedang semua sibuk tenangkan keadaan Jimin. Aku ambil langkah untuk pergi.
Tanpa aku toleh belakang kembali, aku terus melangkah tanpa henti. Berlalu dari tempat itu.
Tanganku seolah-olah digenggam hingga langkah aku terhenti. Aku tak mahu toleh belakang saat ni. Aku tak sanggup tengok Jimin menangis.
"Kau perlu ada untuk dia sekarang bukan lari macam ni"
Suara itu..
Aku cuba toleh belakang.
Jin..
"Kenapa kau cepat give up"
Aku diam.
"Sekarang peluang kau untuk ada dengan dia.. And sedar kehadiran kau"
Aku pandang lantai.
___________________
Terlihat sedih bila Jimin masih menatap kubur IU. Walaupun dah ramai yang sudah balik.
Aku masih berdiri di tempat yang sama dan tengok Jimin.
Mungkin hanya aku dan dia je sekarang.
Kenapa aku masih di sini??
Jimin melutut di situ dan aku dengar tangisannya.
Aku tak mampu.. Aku tak mampu dengar semua tangisannya sebab aku terasa ingin nangis.
Aku ingin saja pegang bahu dan tepuk bahunya untuk tenangkan dirinya tapi aku tak boleh.
Dia bangun dan toleh belakang.
Mataku tepat pandang dia. Dia pandang aku dan berdiri di tempat yang sama.
Denyutan jantungku jadi laju bila menatap wajahnya.
Dia datang dekat dan tarik aku dalam dakapannya.
"Gomawo"
Aku seakan terkedu di dalam dakapannya. Terasa tangannya rangkul pinggangku.
Jantungku semakin laju berdenyut. Aku pejam mataku sekuat yang boleh.
_________________Patut ke.. Aku terus begini..
Aku pandang ke langit dan rebahkan tubuhku atas rumput. Aku mula melihat awan di langit dan senyum pudar di bibirku.
"Kau tak patut tunggu dia eunji.. "
Aku berkata kepada diriku sendiri.
"Dia terlalu sayangkan IU.. Kau bukan milik dia"
Aku mula nangis teresak-esak. Entah mengapa aku mudah mengalirkan air mataku kerana semua ini.
Aku mula tutup muka dengan tanganku dan air mata itu mampu aku hentikan walaupun setitis.
Seperti bodoh.. Aku menangis di sini.
Aku dapat rasa titisan hujan. Aku mula alihkan tanganku dan tengok langit.. Mendung..
Aku tengok orang sekeliling. Semuanya berlari mencari tempat teduh. Lagi sayu bila seorang namja pegang tangan yeoja itu berlari bersama-sama.
Mereka nampak bahagia. Hujan mula lebat. Aku membiarkan diriku dibasahi hujan. Basah sudah bajuku.
Aku mula bangun dan melangkah perlahan-lahan. Aku mula mengigil ketika aku melalui jalan itu seseorang.
Tiba-tiba aku rasa, aku dilindungi. Aku toleh sebelah aku. Aku mula terkejut.. Jimin buka jacketnya dan lindungi aku dari hujan. Aku terkaku di situ.Rambut dia basah. Dia muka toleh aku.
"Kau yeoja.. Nanti kau demam "
Aku tak mampu berkata walaupun sepatah.
"Kau nak tunggu sini sampai bila?? Dahlah jom aku hantar kau balik"
Dia rangkul bahuku dan tarik aku pergi ke kereta dia.
________________
Aku langsung tak berkata apa-apa. Aku mengigil mungkin sebab hujan tadi.
"Aku dah lama cari kau"
"Ermm?? "Aku toleh dia.
"Ermm.. Tak ada apa"
Aku tunduk balik.
"Ohh.. Kau dengan v bila nak tunang?? "
"Aku.. "
"Aku tahu v tipu aku"
Aku mula toleh dia semua.
"Kau bukan yeojachingu v"
"Tapi.. Dia akan jadi namjachingu aku.. "
Dia toleh.
"Ohh.. Tahniah"
Aku angguk dan senyum pudar.
"Maaf sebab aku terlambat "
"Terlambat?? "
"Yeah. Tak apalah aku cuma harap kau bahagia dengan v nanti"
"Kau pun Park Jimin"
TBC
YOU ARE READING
So Far Away✨•P.J.M•
FanfictionCover by @CHOCTAE- You Love Someone Who Not Love You Perasaan Cinta Yang Tak Terbalas. Hanya rasa sakit yang diterima olehnya. Dia percaya bahawa semuanya akan bertukar menjadi cinta walaupun menyakiti hatinya. "Cinta?? Hidup aku dah hancur lepas d...