Aku tunggu giliran aku untuk dipanggil oleh doktor. Walaupun aku tak sakit.
Akhirnya nombor aku dipanggil. Aku masuk dan tengok Jimin sibuk menulis sesuatu.
Aku duduk kerusi yang disediakan di situ.
"Sakit apa?? " dia tanya.
"Aku tak sakit.. " aku menjawab. Dia pandang aku.
"Eunji?? Kenapa kau datang sini?? "Dia berhenti menulis dan pandang aku pelik.
"Aku nak jumpa kau.. "
"Kenapa tak call aku je kita jumpa kat luar?? " dia tertawa sedikit.
Aku diam dan senyum palsu aku tunjukkan.
"Kau sibuk jadi aku.. Tak nak ganggu kau.. " aku main dengan jari aku sendiri.
"Muka kau nampak pucat.. Kau kenapa sebenarnya?? " dia.. Perasan muka aku pucat. Mungkin aku tak langsung ambil berat pasal diri aku sejak-sejak ini.
Dia cuba sentuh pipi aku tapi aku jauhkan muka aku.
"Maaf.. " aku bersuara. Aku tak nak dia sentuh aku sebab aku masih teringat apa terjadi kepada aku.
"Kau tunggu kat luar.. Aku bawa kau pergi tempat yang sesuai arraseo"
Aku angguk. Aku baru hendak melangkah. Entah mengapa tubuhku jadi begitu lemah sehingga aku tak sedarkan diri aku.
________________
Aku buka mata aku.. Aku kat mana?? Tangan aku.. Dimasukkan sesuatu. Aku sakit??
Aku kat hospital??
"Kau dah sedar?? " suara seseorang.
Jimin..
"Kau pengsan tadi" dia senyum. Tangan dia di masukkan dalam poket baju doktornya.
"Keadaan kau lemah sekarang. Kau tak ada tenaga. Kau tak makan ??" dia tanya.
Aku geleng.
"Kau rindukan Taehyung?? " dia tanya soalan macam itu buat aku terkedu seketika.
" hahaha kau rehatlah, aku nak kena rawat pesakit aku arra" dia belai rambut aku. Dia baru pusing.
Aku pegang tangan dia. Dia toleh kembali.
"Aku nak cakap sesuatu.. "
"Bukan sekarang.. Aku nak kau rehat. Aku akan jaga kau sementara taehyung tiada di sini" dia usap tangan aku. Dia alihkan tangan aku letak atas perut aku.
Dia senyum dan keluar dari bilik itu.
Kau tak faham Jimin.. Aku perlu bagitahu sekarang. Air mata aku mula jatuh ke pipi aku.
Aku tak dapat bayangkan taehyung dan Jimin anggap aku bukan seperti yeoja yang mereka fikirkan lagi.
____________
Nurse itu check keadaan aku. Aku tertunggu-tunggu Jimin untuk tengok aku. Aku kena bagitahu dia tapi mana dia.
"Cik makanlah saya keluar dulu" nurse itu berkata.
"Nurse"
"Ye cik?? "
Aku geleng, nurse itu keluar dari situ.
Makanan itu aku hanya tengok dan tak lalu langsung aku nak makan.
YOU ARE READING
So Far Away✨•P.J.M•
FanfictionCover by @CHOCTAE- You Love Someone Who Not Love You Perasaan Cinta Yang Tak Terbalas. Hanya rasa sakit yang diterima olehnya. Dia percaya bahawa semuanya akan bertukar menjadi cinta walaupun menyakiti hatinya. "Cinta?? Hidup aku dah hancur lepas d...