Aku dengar denyutan Jantung aku sendiri. Begitu juga denyutan mesin itu. Aku mula buka mataku perlahan-lahan.
Aku masih memakai mesin pernafasan itu. Kepala aku rasa sangat berat ketika ini.
Jari aku mula bergerak. Aku tengok siling dinding itu.
"Eunji"
Aku tak boleh toleh ke tepi.
"Eunji.. " Aku nampak wajah dia. Dia seakan baru bangun tidur.
Dia pegang pipi aku dan mula usap.
"Kau dah sedar! " Air mata dia mula mengalir. Dia Jimin...
"Tolong jangan buat macam ni lagi.." dia mula peluk aku.
Aku seakan tak boleh berkata-kata sekarang. Aku dengar tangisan dia. Dengan dia yang masih berpakaian doktor.
Dia tak rehat ke? Dia tunggu aku sedar?
Dia kembali tengok muka aku.
Dia genggam tangan aku.
Wajah dia.. Suara dia.. Seakan aku rindu semua itu.
"Sebulan kau tak sedar.. Aku tak pernah senang bila kau masih tak sedar.. Kau nyawa aku eunji.. Kau segalanya bagi aku" dia tunduk dan air matanya jatuh ke tanganku.
Aku mula genggam tangan dia dan mula mengalirkan air mata aku.
Maafkan aku Jimin.. Mungkin aku bodoh sebab buat macam itu tanpa fikir panjang tapi aku cuma nak pergi dari semua masalah itu.
______________
"Kenapa eunji.. "
"Aku cuma nak pergi dari semua itu.. Aku tak mampu Jimin"
"Sesusah mana pun kau.. Aku akan tetap tolong kau eunji even aku paksa gadaikan nyawa aku sendiri"
Dia mula serius.
"Kau buat aku hilang nyawa aku sendiri Eunji.. "
Baru aku tahu betapa sayangnya dia kepada aku.
"Hyung sudahlah.. " Sungwoon cuma tenangkan Jimin.
"Sungwoon tolong jaga Eunji untuk sementara" muka kecewa dia tampak aku lihat.
Sungwoon angguk.
Jimin melangkah pergi.
"Jimin... Mianhee..."
_______________
Aku pergi ke bilik kerja Jimin. Aku melangkah perlahan-lahan. Baru aku hendak mengulas tombol pintu.
Sungwoon tahan aku. Aku toleh sungwoon.
"Jimin nak bersendirian sekarang.. Noona tolong bagi dia waktu" betapa sedihnya aku bila sungwoon kata begitu. Tapi ini semua salah aku.
Aku angguk dan tengok Jimin dari cermin pintu itu sahaja.
Jimin sedang berbual dengan seorang nurse.
Sungwoon tolong aku untuk melangkah ke bilik kau.
________________
"Noona nak apa-apa lagi? "Sungwoon tanya aku.
"Tak.. Sungwoon boleh tak tinggalkan noona sendiri" aku baring.
"Arraseo " dia angguk dan terus keluar.
Aku selimutkan diri aku sendiri.
Jimin.. Bencikah kau kepada aku.
Aku mula nangis sendiri. Aku rindu dia. Aku nak dia.. Aku cuma nak dia. Aku jadi lemah bila dia langsung tak jenguk aku. Aku bodoh sebab buat dia macam itu.
"Kau nangis? "
Suara siapa itu. Aku mula toleh ke arah suara itu.
Jimin..
Dia melangkah ke arah aku. Aku terus duduk dan kesat air mata aku.
"Kenapa kau kat sini? " aku acah-acah okay dan buat muka tak nangis aku tadi.
"Saja nak melawat kau"
"Ohh tak payah kisahlah pasal aku. Kau tengok aku okaykan dahlah aku nak bersendirian "
Aku kembali baring dan baring berpaling daru dia.
"Kau marah aku? "
Aku tak jawap walaupun aku dengar dia tanya aku.
"Aku minta maaf sebab buat kau macam ni"
"Tak perlu minta maaf kalau buat salah kau pun" aku balas.
"Aku sayangkan kau lebih dari nyawa aku sendiri "
"Aku tak nak kehilangan kau lagi eunji. Cukuplah kau pergi tinggalkan aku dan buat aku merana cari kau"
Aku membisu dan hanya dengar luahan dia.
Aku dengar pintu dibuka dan kembali tutup semula. Mungkin dia dah pergi. Aku toleh belakang. Betul dia dah pergi.
"Aku pun sayang kau juga.. Jimin.. "
TBC
YOU ARE READING
So Far Away✨•P.J.M•
FanfictionCover by @CHOCTAE- You Love Someone Who Not Love You Perasaan Cinta Yang Tak Terbalas. Hanya rasa sakit yang diterima olehnya. Dia percaya bahawa semuanya akan bertukar menjadi cinta walaupun menyakiti hatinya. "Cinta?? Hidup aku dah hancur lepas d...