Aku tengok gambar aku dengan Jimin dalam gallery telefon aku. Tak sangka ini adalah perakhiran kita cinta kita.
Sedihkah aku? Gembirakah aku?
"Noona? " aku tutup telefon aku dan pandang dia. Dia datang dekat dengan aku. Dia hulurkan sekeping kad kat aku.
Aku ambil dan tengok muka depan. Aku senyum perit.
"Noona.. are you okay? " aku angguk dan masih melihat kad tu.
"Noona akan pergi? " aku pandang dia balik.
"Nanti kita pergi sesama okay" aku senyum dan bagi balik kad itu kepada Jungkook.
Jungkook letak kad itu atas meja sebelah katil aku dan duduk sebelah aku. Dia ambil tangan aku dan genggam tangan aku.
"Noona.. I'm sorry" dia usap tangan aku. Aku geleng.
"Maafkan kookie sebab bersubahat dengan Jimin, kookie cuma nak noona bahagia "
"It's okay Kookie.. Semu-" dia tarik aku dalam dakapan dia.
"Kookie sayang Noona" aku tutup mata aku dan biar diri aku dalam dakapan kookie.
___________
Sebulan kemudian..
Aku agak sedih tapi.. Aku kena terima. Aku dah pun hantar surat perceraian kepada Jimin melalui Jungkook. Mula-mula Jimin tolak tapi Jungkook hanya letak surat perceraian itu depan pintu rumahnya.
Aku jalan menunggu bilik jungkook, bila aku masuk, aku nampak Taehyung bermain dengan Jinhyuk.
Dia perhatikan Jinhyuk, aku rasa sedih sepatutnya Jimin berada di samping Jinhyuk. Aku tutup kembali pintu bilik itu. Tak lama lagi Jimin akan jadi husband orang lain. Aku lepaskan tombol pintu itu dan mula melangkah pergi.
Aku dengar pintu itu terbuka semula.
"Eunji" aku toleh taehyung yang baru keluar dan pandang aku.
Dia semula pintu itu dan melangkah arah aku. Dia berdiri depan aku dan selak rambut aku ke belakang.
"I'm sorry.. " aku senyum pudar. Dia pandang aku dan peluk aku.
"Kita boleh bina hidup baru bersama kan? " dia tanya aku. Aku hanya diam. Aku masih sayangkan Jimin macam mana aku sayangkan dia sebelum aku kahwin dengan dia.
Tapi.. Semuanya akan berakhir tak lama lagi.
"Aku akan jaga kau dan Jinhyuk sehingga nafas terakhir aku" aku tolak dada dia sedikit. Dia leraikan pelukkan dia terhadap aku.
"Bagi aku masa.. " aku tak pandang dia terus masuk dalam bilik di mana Jinhyuk berada.
Aku tutup pintu itu dan tengok Jinhyuk yang lena tidur. Aku hampirinya dan tatap muka dia.
Muka dia sebiji macam Jimin. Aku cium pipi Jinhyuk dan baring sebelah dia.
Aku tepuk dia lembut.
"Jinhyuk.. Jalja.. " aku pejamkan mata aku.
___________
Jimin pov
3 am..
Aku buka pintu rumah itu, sangat sunyi dan tutup pintu itu kembali. Aku buka tie aku dan tengok sudut rumah aku. Kosong, sunyi, gelap.
Aku letak kunci kereta atas meja makan. Tengok rumah ni tak lagi seperti dulu. Masa eunji masih lagi di sini. Sejak dia pergi.. rumah ni, hati aku jadi kosong tanpa dia.
Aku tarik kerusi ruang makan itu dan duduk untuk berehat seketika. Telefon aku berbunyi. Aku keluarkan telefon aku dan tengok Dahyun chat aku.
Dahyun
Oppa Goodnight! Jumpa esok!Aku tutup chat itu dan scroll contract yang lain. Aku ternampak " Chagiya Eun❤" aku tengok profil dp dia. Aku rindu dia tapi aku dah banyak sakitkan hati dia.

Aku tengok dp profile dia yang letak gambar Jinhyuk. Aku mula sentuh skrin telefon aku. Sampai sekarang aku tak dapat memegang dia, dukung dia. Aku mula menangis. Aku selak rambut aku ke belakang."Maafkan appa Jinhyuk.. Maafkan appa.. "
____________
Eunji pov
Aku terbangun lepas terdengar Jinhyuk menangis di sebelah aku.
Aku cepat dukung dia dan tepuk dia lembut."shh jinhyuk.. Omma here.. Don't afraid.. " aku cium dahi dia. Jinhyuk berhenti menangis dan tidur kembali.
Aku tengok jam.. 3 am.. Aku masih dukung Jinhyuk dan tepuk dia lembut,biarkan dia lena dalam dukungan aku.
Aku baringkan dia semula dan dengar pintu bilik dibuka. Aku tengok taehyung masuk.
"Jinhyu-"
"Shh" aku letak jari petunjuk aku di bibir aku. Dia angguk dan hampiri aku. Dia duduk sebelah jinhyuk perlahan-lahan. Dia cium pipi Jinhyuk dan pandang wajah jinhyuk yang dah tidur kembali.
Aku nak bangun tapi dia pegang tangan aku. Dia usap tangan aku. Aku tarik tangan aku dan keluar dari situ.
_____
Jimin pov
Aku rebahkan tubuh aku atas katil dan pandang sebelah aku. Kosong. Selalunya eunji berada di situ yang lena tidur. Aku selalu pandang wajahnya yang sedang tidur. Kini..
Aku raba sebelah aku..
Aku senyum pudar. Aku nak kau kembali eunji bersama Jinhyuk.. Hidup bersama.. Jadi keluarga yang bahagia.
"Aku.. Rindu kau.. Jeong Eunji"
TBC
YOU ARE READING
So Far Away✨•P.J.M•
FanfictionCover by @CHOCTAE- You Love Someone Who Not Love You Perasaan Cinta Yang Tak Terbalas. Hanya rasa sakit yang diterima olehnya. Dia percaya bahawa semuanya akan bertukar menjadi cinta walaupun menyakiti hatinya. "Cinta?? Hidup aku dah hancur lepas d...