Bab 37

1K 45 0
                                    

Hairin berlari anak menuju ke arah keluarga mentuanya. Dilihat Datin Laila sedang menangis disisi Sarra. Arrash mundar mandir dihadapan bilik ICU itu.

"Mummy" Hairin menyalam tangan Datin Laila dan memeluk tubuh tua itu. Tangisannya kembali lebat.

"Rin.. Rish, rin.. Rish" Datin Laila teresak-esak menangis di bahu Hairin.

"Rin minta maaf mummy. Ni semua salah rin. Kalaulah rin tak halau rish. Semua ni takkan jadi"

"Maafkan saya. Ni keluarga encik Airish ke?" tegur seorang doktor yang baru keluar daripada merawat Airish.

"Ye. Saya isteri dia. Macam mana keadaan suami saya doktor?"

"Pesakit dah stabil. Cuma belum sedarkan diri lagi"

"Alhamdulillah. Boleh kami masuk?"

"Boleh tapi cuma dua orang sekali sahaja yang dibenarkan ya"

Mereka mengangguk mengerti. Hairin dan Datin Laila masuk terlebih dahulu. Dilihatnya kepala Airish berbalut dan kesan-kesan calar di sekitar lengannya. Makin sedih Datin Laila apabila melihat keadaan puteranya itu.

"Abang.. Rin ni. Rin mintak maaf sangat kat abang. Sebab rin abang jadi macam ni. Sepatutnya rin yang duduk sini bukannya abang. Abang.. Rin sayang sangat kat abang. Rin rindu sangat kat abang" Hairin mengucup lembut tangan Airish.

Datin Laila menghampiri Hairin. Diusap lembut bahu Hairin." Dah takdir sayang rish excident. Nanti bila rish sedar dia mesti maafkan rin"pujuk Datin Laila

Hairin menangis dan menangis. Dipeluknya tubuh kaku Airish. Dicium lembut ubun-ubun Airish.

Hairin berasa amat menyesal. Andai dapat diputar kembali masa dia tak mahu suaminya begini.

Berdosa? Ya dia berasa amat berdosa. Dia bimbang jika apa-apa terjadi pada Airish tanpa dia meminta maaf.

*************

"Ya Allah kau sembuhkanlah suamiku ya Allah. Sesungguhnya aku berasa amat berdosa ya Allah. Izinkan aku untuk meminta maaf darimya ya Allah. Janganlah kau ambil dia dariku ya Allah setelah kau ambil anakku. Aku tak kuat ya Allah. Aku tak kuat"

Hairin melipat sejadah yang digunakan dan meletakkan semula ditempat asal. Kain telekung ditanggal dan digantung. Dia kembali menuju ke wad Airish. Airish telahpun dipindahkan ke wad biasa. Sudah 3 hari Airish terlantar di hospital. 3 hari tu jugak Hairin menjaga Airish.

Datin Laila dan yang lain sudah pulang. Hairin duduk disisi suaminya. Tangan Airish dicapai dan dikucup lembut. Parut-parut luka dilengan Airish diusap perlahan. Hairin diberitahu yang Airish kemalangan sewaktu cuba untuk memotong sebuah treler panjang. Treler itu yang kemudiannya hilang kawalan dan melanggar kereta Airish disebelah. Akibatnya kereta Airish dan Airish terhimpit di pembahagi jalan.Airsh terselamat dan hanya luka di kepala dan lengan.

"Kesian abang. Kalaulah rin tak halau abang mesti abang tak jadi macam ni kan? Rin minta maaf ye bang. Kalaulah rin dapat putar semula waktu,rin taknak semua ni terjadi bang" Hairin menangis lagi

Pintu wad ditolak dari luar. Terpacul muka Sarra dipintu. "Eh akak. Ingatkan akak dah balik tadi. Tu yang Sarra datang teman angah".  Sarra mengambil tempat disisi akak iparnya

"Taklah akak pergi solat kejap tadi. Lagipun takkan akak nak balik kalau suami akak masih kat sini?"

"Akak belum makan eh? Pucatnye muka akak. Ni mesti tak cukup rehat kan?"

Hairin mengangguk."Kejap lagilah akak makan. Lagipun akak takde selera nak makan" Hairin kembali merenung wajah Airish

"Akak.. Apa kata kalau akak balik dulu. Rehat. Makan. Kan Sarra ada boleh tengok-tengokkan angah" Sarra memujuk Hairin untuk pulang berehat. Risau dia melihat muka pucat Hairin.

"Takpelah dek. Nanti kalau rish sedar tapi akak takde macam mana?"

"Laa nanti Sarra call lah akak suruh datang sini. Lagipun kalau akak sakit macam mana? Akak terlantar kat hospital sama dengan angah. Akak nak?"

Hairin menggeleng. "Haaa sebab tu Sarra suruh akak balik dulu rehat pe semua"

"Hmm yela akak balik kejap. Nanti akak datang balik".  Hairin akhirnya mengalah. Berat hatinya nak tinggalkan suaminya. Tapi apakan daya kesihatan pun kena jaga juga.

"Abangg rin balik kejap eh. Nanti rin datang balik". Hairin mencium tangan Airish dan mengucup dahi Airish.

Langkahnya diatur keluar. Kepalanya terasa agak pening. Dari semalam dia belum menjamah apa-apa makanan. Dia hanya minum air. Itupun jika rasa haus. Dia pergi ke kantin hospital untuk menjamah makanan sebelum pulang ke rumah.

Setelah mengambil makanan dan minuman Hairin bergerak mencari tempat kosong. Selepas menjumpainya Hairin cepat-cepat makan. Dia baru teringat yang dia ada gastrik. Sedang dia asyik makan seseorang menegurnya.

"Doktor Hairin?" tegur orang itu

Hairin mengangkat kepala untuk melihat gerangan yang memanggilnya doktor itu.

"Hazwan?"















Haaaaa Hazwan is back!! Wuuu rasa-rasa Hazwan still ada hati tak dengan Hairin? Haaaa nak tahu tunggulah nanti😂 kbye!😂 mmmuahhh cikeddd

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now