Bab 62

750 28 2
                                    

Airish membuka mata perlahan-lahan. Sakit di kepala semakin kurang. Kebas dilengan pula yang terasa. Ingin dialihkan lengan kanannya tapi seakan ada beban yang menimpa. Mata dilirik ke tepi. Terkejut Airish melihat sekujur tubuh Hairin sedang nyenyak tidur disebelahnya. Airish mengiring ke kanan dengan perlahan. Tidak mahu mengejutkan Hairin. Ditiliknya keseluruhan wajah Hairin. Rambut yang menutupi dahi dibawa ke belakang telinga. Diusap pipi cengkung Hairin.Terasa basah pipi Hairin.Begitu juga dengan bawah mata Hairin. Kemudian baru Airish perasan yang bajunya juga turut basah.Mengertilah Airish yang Hairin menangis sehingga tertidur disisinya. 

Airish mencium lembut dahi Hairin.Tempat yang sama sewaktu mereka akad nikah dulu. Dia kembali menatap wajah Hairin. 

'Sungguh indah ciptaan mu Ya Allah' detik hati Airish.

"Angah ni ub..."kata-kata Sarra dipintu terberhenti apabila Airish membuat isyarat senyap dan menunjuk Hairin disebelah. Sarra membalas dengan membuat isyarat okay dan kembali menutup pintu.

Hairin disebelah bergerak sedikit. Airish yang terperasan hal itu lantas berpura-pura tidur. Matanya dibuka sedikit untuk melihat Hairin yang sudah bangun. Mungkin akibat suara Sarra tadi.

"Hurm tertidur rupanya aku. Dah pukul 2 petang. Ya Allah lamanya aku tidur. Solat dululah" Hairin cium pipi Airish sebelum turun daripada katil dan pergi ke bilik Sarra.

Airish mengambil peluang untuk membuka mata seluas-luasnya dan melihat kepergian Hairin.Airish memegang pipinya lalu tersenyum sendiri. 

'Sayang jugak rin dekat abang kan ?' 

Setelah dirasakan demamnya makin kebah, Airish bangun dari katil. Dia turut ke bilik air untuk mandi dan solat zuhur. 

Hairin kembali ke bilik Airish untuk melihat keadaan Airish. Tetapi lelaki tersebut tiada di atas katil. Hairin terjenguk-jenguk ke dalam. 

"Cari siapa ?" tegur seseorang di belakang Hairin.

Hairin yang terkejut itu lantas berpaling ke belakang. Dilihatnya Airish sudah menukar pakaian. Menandakan lelaki tersebut sudah mandi. Rambut Airish tersikat kemas. Walaubagaimanapun wajah Airish masih lagi pucat. Badan sadonya juga turut kendur (?). Akan tetapi Airish masih lagi tetap kelihatan kacak. Hairin lantas memeluk Airish. Dihamburkan tangisannya sekali lagi di dada Airish. Airish membalas pelukan itu. Rambut Hairin diusap.

Mereka kekal begitu. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut masing-masing melainkan esak tangis daripada Hairin. Airish mengusap belakang Hairin cuba untuk menenangkan Hairin.

Setelah agak lama begitu. Dan tangisan Hairin mulai reda. Hairin merungkai pelukan dan menggapai tangan Airish. Dicium lembut tangan Airish dan diusap perlahan. 

"Rin nak mintak maaf dengan abang. Rin banyak buat salah dengan abang. Rin abaikan tanggungjawab rin pada abang. Rin letakkan semua salah tu pada abang. Rin pentingkan diri sendiri. Rin tak pedulikan pun perasaan abang. Rin tak kisah pun sakit hati abang. Tapi percayalah bang. Tak pernah sekali pun rin bencikan abang. Mungkin abang dengar tu dari mulut rin sendiri tapi perkataan tu tak pernah terlintas pun di hati rin. Tak pernah sekali pun rin bencikan abang. Walau sakit macam mana pun hati rin. Tak pernah pun perasaan benci tu datang pada rin. Sebaliknya perasaan sayang dan cinta pada abang yang makin kuat datang. Berkali-kali rin nak bencikan abang tapi tetap tak boleh. Abang tahu sebab apa ? sebab abang lelaki yang bertakhta dalam hati rin. Abang buat rin kenal apa erti sebenar cinta. Abang buat rin lebih matang dalam menghadapi ujian hidup. Jujur dari hati rin, abang segalanya buat rin. Mungkin abang bukan cinta pertama rin. Tapi abanglah cinta terakhir. Demi Allah rin sayang abang dunia dan akhirat" Hairin meluahkan rasa kesalnya pada Airish.

"Demi Allah jugak abang sayang rin dunia akhirat. Dah lama abang maafkan rin. Kita bina hidup baru ya sayang ? Tutup buku lama buka buku baru"

Hairin mengangguk gembira. "Terima kasih sebab maafkan rin"

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now