Bab 35

1K 62 3
                                    

Datin Lea menolak perlahan kamar puterinya.Dilihatnya Hairin termenung di birai katil. Mukanya muram.Matanya menjadi sembab disebabkan terlalu banyak menangis.Kadang naik kesian Datin Lea melihat anak perempuan tunggalnya itu.Badan Hairin yang sebelumnya agak berisi sudah semakin kering.Rambutnya tidak terurus.Serabai! Bak kata si kembar.

"Sayang.. makan sikit eh. Lepastu makan ubat eh sayang.." pujuk Datin Lea.Mangkuk yang berisi bubur nasi itu disudu dan di hala ke Hairin.

Hairin menggeleng."Rin tak lapar" Hairin menolak perlahan sudu tersebut.

"Rin.. dah dua minggu arwah tinggalkan kita rin.. Rin tak boleh macam ni.Rin kena kuat" Datin Lea mengusap lembut bahu anaknya.Dia juga turut bersedih atas kehilangan bakal cucu pertamanya itu.

"Kuat? Rin tak kuat ma,rin tak kuat. Anak rin tinggalkan rin ma.Kekuatan rin dah hilang. Biarlah rin ikut anak rin mati" Air matanya kembali jatuh. Hairin kembali menangis.Benar kekuatannya sudah tiada.

"Siapa cakap kekuatan rin dah tiada? Rin masih ada mama,papa,bang cad, fit,mummy. Dan rin masih ada Airish. Suami rin"

"Mama please jangan sebut nama lelaki tu depan rin. Dia yang buat anak rin mati! Dia bunuh anak rin!" jerit Hairin

Irshad yang terdengar Hairin menjerit cepat-cepat naik ke atas. Risau dia jika ada apa-apa berlaku kepada adiknya tu.

"Rin,ma kenapa ni?" soal Irshad apabila tiba di bilik Hairin.Kakinya dilangkah masuk dan berdiri di sebelah Hairin. Diusap perlahan rambut Hairin.

"Kenapa ni sayang? Any problem you want to share with me?" soal Irshad lembut.Hairin diam.

"Takpelah mama keluar dulu. Nanti cad pujuk rin makan eh.Sayang, mama keluar dulu eh mama nak masak untuk papa" dicium lembut dahi Hairin.

"Now kita berdua je. Abang cad nak rin cerita kenapa rin jerit-jerit tadi?" Irshad mengambil tempat di sebelah adiknya.

"Lelaki tu bunuh anak rin. Dia pembunuh. Rin benci dia" Hairin mengadu

Irshad sudah mengagak ini pasti kerana Airish. Baru semalam dia keluar dengan Airish. Airish juga seperti Hairin. Dua-dua tersiksa.

"Nisha, kalau arwah Naiem ada lagi mesti dia tak suka tengok nisha sedih macam ni"Irshad cuba memujuk Hairin menggunakan panggilan tersebut.

"6 bulan bang cad.6 bulan dia dalam perut rin. Setiap hari rin terasa pergerakan dia. Tapi lelaki tu yang bunuh anak rin. Sebab dia anak rin mati!"

Irshad memeluk tubuh cengkung adiknya. Ini kali kedua Hairin begini. Pertamanya sewaktu arwah Naiem meninggal dan kini sewaktu dia keguguran.

"Sayang.. Jangan macam ni please. Rin kan kuat. Rin boleh hadap ni semua. Rin masih muda sayang. Mungkin ni bukan rezeki rin. Rin sepatutnya gembira tau sebab rin ada anak syurga sayang.  Dia yang akan tunggu rin kat sana"

Tangisan Hairin mula reda. Sedikit sebanyak dia mula terpujuk dengan kata-kata itu.

'Rin.. Kalaulah rin tahu keadaan rish sekarang ni mesti rin lagi sedih. Rish pun tersiksa macam rin. Dia rasa bersalah dengan rin dan anak korang. Semua ni salah Nazirah rin! Salah Nazirah!' malangnya kata-kata itu hanya terlafaz di hati sahaja. Bukannya Irshad tidak mahu berterus terang tetapi dilarang oleh Datin Lea. Bimbang jika keadaan Hairin makin teruk.

"Rin makan sikit eh? Pastu makan ubat" ajak Irshad

Hairin mengangguk. Dia mulai sedar yang dia perlu kuat. Dia juga tahu yang tiada apa yang boleh diubah kerana semuanya telah berlaku. Tetapi marahnya pada Airish dan Nazirah masih belum hilang.











































Sorry pendek. Author hanya mampu update ni sahaja sebab kesihatan masih belum mengizinkan. And sorry sebab takde pasal Airish. Bab seterusnya pasti ada Airish and Hairin. Of course bukan sweet punya bab tapi entahlah belum fikir lagi😅 . And to the silent readers please jangan menyilent kan diri anda😢 vote or comment please😢 kalau ada yang kurang menarik tu tegur jela author akan menerimanya dan memperbaikinya☺
Okk mmuahh cikeddd

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now