Bab 57

1.1K 51 2
                                    

"What?! Are you kidding me? Hey minggu depan I dah nak kahwin tau sepatutnya dah siap gaun I tu" Nazirah memarahi pekerja di butik tersebut. Sudah tiga bulan dia menempah tup tup gaunnya belum siap lagi. Hanya 30 percent sahaja yang siap.

"Maaf cik. Tapi labuci dan manik-manik yang cik mahu tu agak sukar untuk kami dapat. Kami perlu ke luar negara untuk mendapatkan bahan tersebut" jawab pekerja tersebut sedikit ketar.

"I tak kisahlah mana you nak dapatkan bahan tu. Kat luar negara ke dalam negara ke even kat planet marikh pun I tak kisahlah. Yang I tahu baju I kena siap juga"

"Beli yang ready to wear jelah" balas Airish yang dari tadi diam menghadap fon. Telinganya sudah malas mahu mendengar bebelan Nazirah. Dari dalam kereta lagi dah membebel pasal hantaran belum siap.

"Ha betul cakap encik tu. Cik beli je yang ready to wear. Kami akan beri potongan harga" pekerja tersebut menyetujui Airish.

"Amboi-amboi sukahati you all je kan? Yang pakai I ke you all?" bangkah Nazirah. Tanggannya memeluk tubuh. Geram dengan Airish.

"I cuma bagi cadangan. Itupun kalau you nak kahwin lah. Kalau tak, tak payah kahwin. Senang"

"Ergh fine! Bagi I tengok dulu gaun-gaun yang paling late and paling mewah sekali kat sini" nak tak nak Nazirah terpaksa bersetuju. Kalau tak setuju nanti tak dapat kahwin pulak.

Pekerja kedai itu kemudiannya membawa keluar beberapa helai gaun pengantin yang mewah-mewah.

Nazirah membelek satu persatu gaun tersebut. Diacu-acu ke badan. Akhirnya dia memilih sebuah gaun kembang berwarna merah dan dihiasi lace berwarna hitam dan manik putih yang menyerlah. Di bahagian dadanya agak terdedah dan tiada lengan.


"Sayang, cantik tak yang ni?" tanya Nazirah kepada Airish yang dari tadi sibuk menghadap telefon. Dia memusing-musingkan diri di hadapan cermin besar.

"Cantik" balas Airish. Matanya tidak beralih dari telefon.

"You tak tengok pun I you kata cantik? You ni ada mata ketiga ke apa?"

"Hah I dah tengok and baju tu memang cantik. Puas?" Airish melihat Nazirah. 'Cantik lah sangat terdedah dada tu' sambung Airish dalam hati

"Okey kalau macam tu I nak gaun ni. Baju nikah dengan gaun ni nanti you hantar ikut alamat yang I bagi haritu eh" pesan Nazirah kepada pekerja di butik tersebut.

Setelah itu mereka makan tengah hari dan melihat dewan. Setelah berpuas hati Airish menghantar Nazirah pulang ke rumah.

****************

Notes: lepasni author akan percepatkan sikit cerita ni sebab dah masuk bulan februari kan dah lama sangat tak tahu bila nak habis😂

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu Nazirah. Hari ini dia akan berkahwin dengan Airish dan secara rasminya menjadi isteri kepada Airish Irfat. Errr pembetulan isteri kedua Airish Irfat.
Tapi lantaklah yang  Nazirah tahu adalah Airish Irfat akan menjadi miliknya.HAHAHHAHA.

Nazirah duduk bersimpuh di atas pelamin nikahnya. Bibirnya tidak habis-habis mengukir senyuman. Para tetamu yang hadir juga memuji keayuan Nazirah. Gaun putih suci tersarung di tubuh Nazirah. Malangnya hati si pemakai tidak seperti itu.

Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Tok kadi dan saksi yang lain sudah menunggu. Akan tetapu bayangan pengantin lelaki masih tidak kelihatan. Nazirah resah menunggu. Bimbang jika Airish berubah fikiran.

Isteriku Si Queen Selfie ✔Where stories live. Discover now